Saturday 23 August 2014

Soalan 638, 363 dan 368:Mimpi nabi-nabi, ghusl (mandi) dan hamil.

Soalan 638


Pada hari Khamis 14/10/1431 Hijrah (Syawal) saya melihat bahawa saya duduk dan saya bersama abang/adik dan bapa saudara saya, dan saya berkata kepada mereka: Sesungguhnya tidak ada nabi-nabi di negara Kuwait. Oleh itu, mereka mentertawakan saya dan berkata: Kebanyakan para nabi adalah di tanah Kuwait. Apakah tafsiran itu?

Terima kasih kerana atas kebaikan tuan, ya maulai..

Pengirim: Adnan - Arab Saudi


Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Pengertian mimpi-rukya adalah bahawa terdapat ansar Imam Mahdi (as) di Kuwait, dan insya Allah di antara mereka akan menjadi sebahagian dari para sahabat Imam Mahdi. Dan Allah adalah pemberti petunjuka (penjaga) kepada kejayaan.

Dan Dialah Waliy dan Dia menjaga orang-orang yang soleh.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.



Soalan 363:


Saya melihat dalam mimpi bahawa saya telah Mandi (Ghusl) dan saya dipanggil seseorang untuk perbahasan. Kemudian selepas itu saya berada di sebuah bilik, di sana ada seorang kanak-kanak yang saya tidak kenal, dia telah sedang membuat mainan yang bulat-bulat dan meletakkannya ke dalam pinggan, saya tidak tahu sama ada ianya makanan atau kertas. Lalu saya melihat Imam Ali Ibn Abi Talib (as) datang ke arah kami dan kakinya terluka, lukanya bulat merah sebesar cawan teh kecil (Istikan), dan dia menghampiri ke arah kami sambil berkata: (Ali adalah Washiy Allah, Ali adalah Washiy Allah). Adakah terdapat seruan kepada sesuatu perkara dalam mimpi-rukya ini kerana saya lakukan Mandi (Ghusl) kemudian mimpi melihat salah seorang Hujjaj Allah (Tanda Allah)?

Pengirim: Zainab Abdullah

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Mandi dalam mimpi-rukya bermakna penyucian rohani, bermakna anda telah mendapat pembersihan hasil dari perbuatan (amalan) tertentu yang telah dilakukan.


Soalan 368:
Saya ingin bertanya tentang mimpi-rukya yang dilihat oleh saudara perempuan yang beriman tetapi ia adalah tentang saya. Dia melihat seolah-olah saya menelefon dan memberitahunya bahawa saya hamil walaupun saya belum berkahwin. Kemudian dia datang ke rumah saya dan mendapati pakaian saya berwarna hitam, dan ibu saya sangat gembira tetapi ayah saya tidak puas hati.


Pengirim: Diva Divela

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani


Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Kehamilan bermakna anda membawa berita gembira berkenaan sesuatu perkara (seruan kebenaran sebagai contoh).

Dan pakaian merujuk kepada agama atau kepada dunia tempat orang itu tinggal, dan di sini ia merujuk kepada agama.

Warna hitam merujuk kepada asal usul dan fitrah (sifat).

Bagi keadaan ibu bapa, itu bererti bahawa salah seorang daripada mereka menerima khabar gembira yang anda bawa dan seorang lagi tidak menerimanya.

No comments:

Post a Comment