Sunday 12 October 2014

Koleksi rukya dan mimpi yang berkaitan dengan dakwah Al-Yamani

Kiriman: Mostajeer

Selasa 13 Disember 2011 15:09

Koleksi rukya dan mimpi yang berkaitan dengan dakwah

Bismi Allah Al Rahman Al Rahim

Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Mohammed Al-Aemmah Wal Mahdiyin Wa Sallim Taslima

Saya beriman dengan Imam Ahmad (as) dua tahun lalu (sebenarnya saya tidak lakukan apa-apa untuk mencari kebenaran, hanya Allah yang membimbing saya!! Saya sangat cuai dan Allah adalah Sangat-sangat Pemurah) Al Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin

Sepanjang masa saya beriman itu saya sendiri tidak pernah membaca apa-apa buku Imam, Saya hanya mengetahui semua maklumat dari ibu saya (semoga Allah anugerahkannya ganjaran yang baik.)

Hanya baru-baru ini saja saya mula membaca, dan percayalah, bahawa "membaca" pada saya sebenarnya adalah satu keajaiban!! Saya sangat benci membaca dan sangat sukar bagi saya (saya seorang pelajar visual (dengan melihat) dan saya elakkan dari membaca seboleh mungkin)!! Tetapi Subhanallah kerana belas kasihan Allah dan anugerahNya saya mula membaca dan membaca secara berterusan!!

Jadi, selepas membaca "sangat dan terlalu sedikit" dari lautan ilmu Imam (as) berikan kepada kita, saya merasakan syaitan sedang cuba untuk mendapatkan saya lebih daripada sebelumnya dengan membuat saya ragu-ragu tanpa sebab (sebelum saya mula membaca Iman atau kepercayaan saya adalah pada satu kadar) ..

Pada awalnya saya sedikit ragu-ragu, Tuhan dengan rahmat dan keutamaanNya yang tak terhingga, memberi saya melihat rukya (mimpi) kecil (tetapi ia benar-benar memberi kesan kepada saya) pada Hari Arafah.

Saya melihat sebuah pemandangan di langit yang sangat cantik dan cerah dengan awan-awan yang indah, dan di awan itu saya melihat sebuah bintang, sesuatu yang sangat indah ..


Bintang ini adalah seperti bumi atau planet yang cahayanya sangat indah, dan ia bercahaya dengan enam pancaran (sinarannya memancar begitu cepat satu demi satu sehingga ia membentuk bintang dengan enam sinaran seperti bintang Nabi Daud)

Ada sesuatu yang tertulis pada bintang itu tetapi malangnya saya tidak dapat membacanya: "(Saya tahu dalam hati saya bahawa ia adalah bintang Imam Ahmad Al Hassan (as))

Oleh itu selepas saya terjaga saya mencari apa yang Imam (as) katakan mengenai bintang Nabi Daud, dan beliau (as) berkata bintang ini adalah bintang Imam Muhammad bin Al-Hassan (as) bapanya dan ia bermaksud "kemenangan", jadi saya tertanya-tanya kerana saya merasakan ia adalah adalah bintang Imam Ahmad (as)...

Beberapa hari kemudian saya mendapat jawapannya!! Saya dapat pada salah satu topik dalam forum Arab, Ansar Al Imam Al Mahdi (as),

Salah seorang ansar meletakkan kata-kata Imam Ahmad (as) dan dalam kata-kata tersebut dia (as) berkata, "Saya adalah Bintang Pagi, Perisai Daud."!!!

Subhana Allah Ia betul-betul seperti apa yang saya lihat!! Bintang pada waktu pagi!! (kita biasanya melihat bintang pada waktu malam!)
dan Perisai Daud adalah berbentuk bintang Daud (itulah sebabnya mengapa ia dipanggil bintang Daud kerana Nabi Daud (as) membuat perisai yang kelihatan seperti bintang (segi enam))

Tetapi ketahuilah hanya Allah mengetahui makna sebenar rukya (mimpi) itu, ini hanyalah pemahaman kecil saya dan pengetahuan yang memimpin saya..

Allah SWT Maha Pengasih kepada kita manusia yang tidak bersyukur dengan petunjukNya kepada kita melalui cahayaNya.

Semoga Allah menjadikan kita kuat!! Supaya dapat menyokong Imam (as) dan untuk menyelamatkan diri kita dari kegelapan kita:

من الحكمة اليمانية قال الامام احمد الحسن (ع)
"ليس كل من يصطدم بظلمة هو نور بل ربما كان ظلمة ايضا, ولكن كل من يصدم بنور هو ظلمة فيجب اولا معرفة النور وبالنور تكشف الظلمة"

Dari Kebijaksanaan (Al-Hikmah) Al-Yamani Imam Ahmad (as) berkata:

"Tidak semua yang bertembung (melawan) kegelapan adalah cahaya, tetapi mungkin ia juga adalah kegelapan, tetapi semua yang melawan cahaya adalah kegelapan, kita perlu mengenal cahaya kerana dengan cahaya akan mendedahkan kegelapan."

Saturday 11 October 2014

Kerja, Kerja, Kerja,

Kerja, Kerja, Kerja,
(3amal, 3amal, 3amal -Work, work ,work)



Kerja, kerja, kerja, adalah kata-kata dari yang kita cintai Imam Ahmad Al Hasaan (as)

Apakah yang Imam maksudkan dengan melontarkannya, tetapi ia kata-kata yang sangat bermakna?

Imam (as) maksudkan, sebarkanlah dakwah kepada jauh dan dekat yang terbaik daripada kebolehan anda demi Allah Yang Maha Kuasa, untuk keselamatan semua roh-roh (diri-diri). Adakah ia suatu pertandingan? Tidak, bukan itu, kita juga harus bekerja, bekerja, bekerja, melawan Keakuan (Al-Ananiyah – Ego) kita, Ya Keakuan.. Berhati-hatilah dengan perkara ini, kerana banyak keldai membawa ilmu di atas belakangnya tanpa berfikir sebabnya, kita pasti tidak mahu menjadi keldai, kita mahukan ganjaran atas usaha kita daripada Allah SWT.

Jangan berfikir untuk kedua kalinya anda diberikan (dimasukkan ke) Syurga, ini sama sekali bukan apa yang Imam (as) maksudkan, anda akan mendapat Syurga dengan hati yang ikhlas, ingat Imam mengajar Al-Quran, dan Al-Quran mengatakan mereka yang ikhlas ..

Tanya diri anda malam ini dan setiap malam adakah anda ikhlas? Kerana Allah, kerana Allah, anda akan berdiri di hadapanNya, tidak ada orang lain pada hari Perhitungan, yang menilai semua yang anda pernah lakukan, dan tiada apa yang menyelamatkan dengan ilmunya tidak kira berapa pandai dan mahirnya seseorang itu.

Syurga ditawarkan kepada yang ikhlas, ingatlah ia selalu, tiada siapa yang boleh mendahului Allah.. tiada seorang pun..

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata: "Bapaku Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as) telah mengutus aku sebagai pemberi khabar gembira dan sebagai pemberi peringatan, yang mendahului beliau mendapat azab yang teruk Jika anda menolaknya, saya akan bersabar sehingga Yang Maha Mengasihani mengizinkan arahan saya. sehingga Allah mengetahui bahawa saya telah bersabar ke atas perkara yang lebih pahit daripada kesabaran seperti bagaimana bapa saya (as) telah bersabar."

"Dia mengutus saya supaya saya boleh menyelamatkan kamu dari api yang membakar di dunia dan ... nanti pada hari Kiamat. Ketika apabila kamu menjerit memanggil beliau dan memerlukan bantuan daripada beliau pada waktu pagi dan petang. Dan nanti seseorang akan dikatakan bersalah kerana menyamakan dirinya kepada Aali Muhammad."

Satu kenyataan bagi mengemukakan buku (kitab catatan) oleh penolakan orang yang mendustakan utusan Imam (as) - Rabi3 Al-Awwal-1426 H


Kiriman: dawnoftheage

Khamis 13 Oktober, 2011 06:29

Kerja, Kerja, Kerja.

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

Saya sebenarnya tidak mahu kongsikan mimpi (rukya) ini, ia kerana saya ingin mengaitkannya dengan post (kiriman) saya di atas, kerana ia adalah (lebih kepada) untuk pengetahuan saya dan Allah tidak memberitahu saya untuk dikongsikan, yang mana saya lebih gembira untuk melakukannya. Hari ini saya dapati saya masih tidak faham kerana dilemahkan oleh beberapa orang, dengan memohon kepada Allah patutkah saya kongsikannya, alamatnya positif, hanya Allah yang saya taati mengatasi segalanya..Alhamdulilah, bukan saya tidak mempunyai kesalahan kerana saya melakukannya, saya tidak sempurna, saya menganggap diri saya hanya sebagai orang biasa seperti kebanyakan orang.

Selepas menghantar tajuk “Kerja, Kerja, Kerja.” (di atas) yang digerakkan Allah untuk melakukannya, saya masuk tidur dengan perasaan benar-benar menurun (lemah).
 
Mimpi saya bermula dengan saya duduk di hadapan skrin komputer yang besar, cuma ia bukan komputer, pada skrin ini ada senarai avatar-avatar (ikon atau tokoh) dengan komen-komen di samping setiap satu darinya, butiran suara perlahan-lahan masuk ke dalam telinga kanan saya dan bunyinya: Ini adalah senarai semua ansar, saya amat kagum, tetapi sebenarnya saya sangka saya dalam sedar, tidak tidur dan bermimpi, rasa yang sungguh pelik 



Kemudian tiba-tiba seorang lelaki ada di sebelah saya melihat skrin dan dia kelihatan tidak menyenangkan, dia beritahu saya sebenarnya saya bukan dalam sedar tetapi dalam mimpi bersama beliau dan mimpi ini adalah benar pada maknanya. Seterusnya saya tahu bahawa lelaki ini naik ke langit, langit di waktu malam, saya menjelangkan mata saya untuk melihatnya, dia begitu jauh di langit, berada di antara awan-awan dengan sebatang tongkat di tangannya, maka dengan suara yang garau dan kuat bergema berkeliling dia berkata: Saya malaikat... bukanlah kamu yang mengucapkan kata-kata itu tetapi Allah yang mengucapkannya melalui aku (bermaksud apa yang saya telah tulis dan postkan - tajuk di atas) saya terkejut, kemudian dari tempat dia berdiri (di langit), dia melontar sebatang anak panah dan ia mengenai ruangan komen avatar (tadi) pada salah seorang ansar, kemudian dalam sekelip mata dia ada di sebelah saya dan melihat skrin bersama saya dan berkata: 3 orang ansar yang Allah murka. Malaikat ini kemudian meletakkan tangannya di atas bahu kanan saya dan berhubung (berkomunikasi) dengan hati saya, semuanya ok pada saya, saya sungguh terkejut .. yang benar-benar mengkagumkan adalah perkataan untuk menggambarkan apa yang saya telah saksikan. TAMAT

Saya tidak menceritakan mimpi saya untuk menunjuk-nunjuk atau untuk mendapat perhatian, bukan itu yang mendorong saya, tetapi hanya untuk menjelaskan bahawa orang yang melayan saya dengan teruk tanpa sebab sekalipun, perlu bertimbang rasa, mereka perlu mengambil kira kerana ada tindakan-tindakan, seperti yang kita semua patut ada

Saya tidak akan menyebut nama-nama mereka, cukuplah mereka tahu pasti diri mereka, siapa mereka. Ambillah ini sebagai amaran daripada Allah SWT dan bukan secara peribadi dari saya... kerana bukan di hadapan saya anda akan berdiri pada hari kiamat, tetapi di hadapan Allah yang Maha Berkuasa.

Masha Allah Wa Al-hamdu Lillah Wa Al-Syukur Lillah

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata: "Bapaku Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as) telah mengutus aku sebagai pemberi khabar gembira dan sebagai pemberi peringatan, yang mendahului beliau mendapat azab yang teruk Jika anda menolaknya, aku akan bersabar sehingga Yang Maha Mengasihani mengizinkan arahan saya. sehingga Allah mengetahui bahawa saya telah bersabar ke atas perkara yang lebih pahit daripada kesabaran seperti bagaimana bapa saya (as) telah bersabar."

"Dia mengutus saya supaya saya boleh menyelamatkan kamu dari api yang membakar di dunia dan ... nanti pada hari Kiamat. Ketika apabila kamu menjerit memanggil beliau dan memerlukan bantuan daripada beliau pada waktu pagi dan petang. Dan nanti seseorang akan dikatakan bersalah kerana menyamakan dirinya kepada Aali Muhammad."


Satu kenyataan bagi mengemukakan buku (kitab catatan) oleh penolakan orang yang mendustakan utusan Imam (as) - Rabi3 Al-Awwal-1426 H

Mengapa saya menerima Ahmad Al Hassan Al-Yamani - Zolfigar


Mengapa saya menerima Ahmad Al Hassan Al-Yamani - Zolfigar
Mengapa saya menerima Ahmad a.s?

Sebelum saya membincangkan kisah saya, ingin saya menyatakan bahawa saya dilahirkan sebagai seorang Muslim Syiah yang berpegang teguh kepada 12 Imam dengan sepenuh hati. Saya menerima seruan Yamani a.s selepas mengkaji secara mendalam dan juga meminta kepada Allah SWT agar memberi saya satu tanda yang jelas mengenai kebenaran Al-Yamani. Satu lagi sebab saya menerimanya adalah kerana tujuannya yang jelas bahawa dakwah atau mesej ini mempunyai garis pemisah daripada semua pengikut ulama lain. Sebelum saya mula membincangkan tentang tanda-tanda dan bagaimana saya melakukan kajian, saya ingin memulakan dari peringkat awal bagaimana saya mengenali kumpulan-kumpulan orang yang hadir di ruangan Savior (Paltalk).

Semasa saya di ruangan paltalk, Saya biasanya akan pergi untuk menyebarkan mesej Syiah dan bercakap dengan rakan-rakan di ruangan tersebut dan berjinak-jinak dengan mendekati Sunni untuk berdebat dengan mereka sama ada dengan cara menulis teks atau bercakap di mikrofon. Sebuah ruangan yang dikenali sebagai 'Syiah Adalah Islam Sebenar' telah diwujudkan dan beroperasi di mana pengunjung berkumpul dalam satu masa untuk mendengar penceramah bercakap dan saya adalah salah seorang daripada mereka yang baru menyertai ruangan ini. Bulan demi bulan saya menjadi semakin berminat untuk sentiasa memasuki raungan paltalk untuk berdebat dengan Sunni dan memberitahu golongan yang baru menjadi syiah tentang apa yang saya tahu mengenai Ahlulbayt a.s..

Jadi pada suatu ketika semasa berada di dalam bilik sembang (paltalk) saya terdengar seseorang menyebut bahawa terdapat satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai pengikut Imam 24. Sebaik sahaja mendengar khabar tersebut saya terkejut dan menyedari ada satu kumpulan yang jauh dari jalan asal Islam kerana hanya ada 12 Imam dan kami kerap dipanggil pengikut Imam 12. Jadi adalah mustahil untuk mempercayai apatah lagi untuk menerima Mazhab imam 24 dan "sudah tentu" hal ini menjadikan saya terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Saya tidak nampak dan tidak terfikir untuk menyiasat mesej ini sehinggalah saya mengerakkan kursor saya kepada seksyen di bawah Islam di waktu awal pagi di mana ia tertulis "The Savior" jadi saya klik ia dan di sini datang berita "Utusan Elia kepada orang-orang Yahudi, Utusan Imam Al-Mahdi untuk umat Islam dan seterusnya". Saya masuk ke dalamnya dan ramai yang mengalu-alukan saya dan apabila saya mendengar Khadem pada masa itu dan Saihat Jibreel menyebut bahawa Mahdi akhir zaman telahpun muncul, lalu saya terkejut dan sangat keliru. Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa terdapat perasaan yang kuat yang saya rasakan dalam diri saya dan saya tidak pernah merasainya sebelum ini sepanjang hidup saya. Saya juga telah menghantar satu mesej kepada seorang Ansar dan saya merasakan diri saya sedang ditarik kepadanya seolah-olah Allah SWT memberitahu saya supaya bergabung dengan mereka!!!!

Jadi saya mula mempersoalkan mengenai dakwah ini yang ia seolah-olah tidak dibenarkan di dalam Syiah atau tidak sepatutnya ia disebarkan. Jadi, apabila mereka menyatakan hadis tentang para Mahdi selepas 12 Imam terdapat gambar menjijikkan dalam kepala saya di sekitar hadis bahawa hadis ini tidak dianggap sebagai sahih, lemah dan sebagainya serta meyakini bahawa mesej ini tidak akan sampai ke mana-mana. Saya membaca wasiat itu dan mula memikirkan adakah Ahmad Al-Hassan benar-benar orang yang disebutkan di akhir wasiat itu atau tidak.

Oleh itu, sejak dakwah ini mula sampai kepada saya, setiap saat di sepanjang hari tidak pernah saya terlepas nama '"Ahmad Al-Hassan". Saya mula berfikir tentang lelaki ini jika dia adalah Yamani mengapa pula dia memanggil dirinya sebagai Mahdi, dan jika saya percaya beliau adalah Mahdi maka ini bermakna saya telah meninggalkan Imam ke-12 dan serupa menjadi murtad, dan semua perkara pelik ini telah sampai kepada saya melalui private mesej.

Apabila saya pergi ke ruangan sembang ‘The Savior’ beberapa hari yang berikutnya, saya mula serius meluahkan kebencian dan bertanyakan soalan bodoh tentang nama isteri Imam Mahdi. Saya ketawa apabila salah seorang kawan saya dari Ruangan Sembang Syiah Original memainkan Nasheed Sistani untuk membuatkan Khadem marah dan menghuru-harakan keadaan dengan MENCABAR KHADEM SUPAYA BAN NAMA SAYA !!.

Ianya tidak berlaku sehinggalah saya menerima tanda merah lebih daripada sepuluh kali. Tetapi beberapa hari kemudiannya saya mula bersikap lebih matang dengan bertanya kepada mereka tentang bagaimana Imam ke-12 mempunyai seorang anak lelaki dan adakah anda mempunyai apa-apa bukti? Mereka menunjukkan kepada saya 3 doa dan hadis dalam Bahasa Arab dan saya dapati bahawa akan ada anak-anak lelaki dari Imam Al-Mahdi (as) sebagai pengganti dan juga Mahdi-mahdi. Dan hal itu berlaku apabila dakwah yang serius mula datang kepada saya. Pada hari itu semua kawan-kawan saya yang menyokong saya untuk memalukan dengan bercakap yang buruk-buruk tentang dakwah ini telah mempersoalkan saya. Apa yang tidak kena dengan diri saya, adakah saya gila?. Malah pentadbir atau admin Ruangan Sembang Syiah telah memberi amaran kepada saya bahawa saya akan menjadi murtad jika saya menerima atau dipengaruhi oleh mereka.

Oleh itu, apabila saya diyakinkan oleh admin maka saya sering beristighfar atas apa yang telah saya fikirkan dan dia memberitahu saya untuk tidak masuk ke dalam ruangan sembang itu, jadi saya melarang diri saya sendiri daripada memasuki ruangan sembang tersebut walaupun mereka telah bercakap dengan kasar di atas apa yang saya fikirkan sebagai kebenaran tentang dakwah itu.

Saya memberitahu mereka bahawa terdapat Doa yang menyebut tentang anak-anak Imam Al-Mahdi tetapi mereka kata ia palsu, daripada Mafatih Jinan juga mereka berkata itu palsu, Wasiat dan Mahdi-mahdi juga palsu. Jadi di dalam diri saya merasakan bahawa saya perlu berpegang teguh ke atas apa yang saya fikir benar tentang dakwah ini dan dengan fikiran yang bebas saya memasuki semula Ruangan Sembang The Savior sekali lagi dan semua yang saya lihat dari pengikut marja3’ adalah kata-kata menghina, memanggil Ahmad sebagai Zionis, Baathist, yang pada dasarnya mereka datang adalah untuk menyerang dan tidak menerima satupun perkara yang dinyatakan oleh ansar, lalu ia membuatkan saya gila dan itu membuatkan saya berasa seperti saya tidak boleh menjadi pengikut Sistani atau mana-mana ulama di atas apa yang mereka telah kata dan lakukan.

Mereka tidak mahu mendengar apa yang Ahlulbait katakan melainkan hanya mampu untuk memanggil seorang lelaki yang mereka tidak pun Memaca Kitab-Kitabnya sebagai pendusta dan dajjal. Ya, ada hadis yang cuba untuk meyakinkan saya bahawa dia seorang dajjal dari Dijlah Al-pBasrah, saya pergi ke ruangan sembang ansar Arab dan telah memberitahu saya bahawa lelaki inilah yang telah disebut oleh Imam Ali mengenainya adalah Haydar Imshatat di mana laman web beliau masih lagi wujud dan dia adalah seorang penyamar yang mahu meyakinkan orang lain bahawa dia berasal dari keturunan Ahlulbait menyamar sebagai Ahmad a.s.!!!

Alhamdulilah, Allah melaknatnya dan dia terbunuh beberapa hari selepas enggan bermubahala (sumpah laknat) dengan Ahmad a.s. Dan hadith ini membuktikannya:

Imam Ja’afar a.s berkata: “Urusan ini tidak sepatutnya dituntut oleh sesiapapun melainkan pemiliknya atau Allah SWT akan memendekkan umurnya” Kafi Jilid 1, halaman 373.

Jadi kepercayaan saya kepada Ahmad telah mencapai separuh perjalanan dan apa yang belum lagi dilakukan adalah membaca kitab-kitab beliau. Apabila saya membaca kitab-kitab beliau kepercayaan saya menjadi 90 peratus dan saya mendapati bahawa pengetahuan lelaki ini bukan dari orang-orang biasa, dan 100 peratus kemungkinan dia adalah seorang utusan dari Imam ke-12. Jadi sekarang 10 peratus keyakinan yang tinggal saya serahkan kepada Allah SWT untuk memberikan saya kepastian yang mutlak. Ahmad a.s telah membuatkan saya berfikir tentang dirinya siang dan malam lalu saya pergi ke Ruangan Sembang The Savior dan saya tidak berhenti bertanya soalan kepada mereka. Saya juga mengunjungi Ruangan Sembang Berbahasa Arab. Saya berasa telah putus harapan dan tidak mempunyai pilihan melainkan perlu menerima apa yang saya rasakan lebih hampir kepada petunjuk kebenaran iaitu samaada Sistani yang berserban hitam menyokong demokrasi Amerika atau Yamani sebagai pembimbing saya kepada ketuanan Allah (Hakimiyah Allah) SWT.

Dan apabila saya memohon kepada Allah SWT agar menunjukkan saya satu tanda dariNya pada bulan Muharram, saya menangis di atas hamparan solat kerana saya amat mengharapkan tanda yang akan membuat hidup saya lebih bahagia walaupun ianya sekadar tanda yang kecil. Saya menunggu dan terus menunggu kerana pada saya ia adalah penentuan antara syurga dan neraka. Beberapa hari berikutnya saya sekali lagi pergi ke ruangan sembang 'The Savior' dan saya dapati salah seorang perempuan telah menghantar satu pautan yang menyatakan bahawa seorang Syeikh tertentu telah terbunuh selepas menfitnah Ahmad a.s.

Apabila saya melihat video tersebut, saya tidak henti-henti melaungkan Allahu Akbar kerana saya tahu ini adalah satu tanda dari Allah SWT, iaitu seorang lelaki yang bersih hati seperti Ahmad Al-Hassan yang saya sendiri tidak berani langsung untuk memfitnah beliau kerana rasa hormat saya kepadanya dan para ansar, namun di sini sebaliknya terdapat seorang Syeikh yang mengajar mengenai Imam Al-Husein a.s pada bulan Muharram telah berkata keji tentang seorang lelaki yang dia tidak langsung membaca kitab-kitabnya dan Syeikh ini telah terbunuh dalam masa kurang dari seminggu kerana memfitnah beliau dan para ansar.

Lalu sayapun bersujud syukur kepada Allah dan memberikan kesaksian bahawa Mahdi-mahdi adalah benar dan Ahmad Al-Hassan adalah Al-Yamani. Dan pada waktu malamnya saya bermimpi melihat seseorang membaca permulaan surah Yusuf

يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

"Wahai ayah, aku melihat (dalam mimpiku) sebelas bintang, matahari dan bulan semuanya sujud kepadaku " [Yusuf 12:4] 

Jadi selepas melihat semua tanda-tanda ini, saya mengangkat tangan saya dan menyatakan penyaksian saya bahawa Ahmad adalah Al-Yamani dan Mahdi Pertama. Jika seorang lelaki telah mengangkat tangan dan menjadikan Allah sebagai saksi bahawa dia memfitnah Ahmad dan terbunuh dalam masa kurang dari seminggu, Maka saya pula mengangkat tangan saya dan mengatakan bahawa Ahmad adalah orang yang paling memberikan petunjuk dan dia mendapat gelaran ini kerana dialah orang yang pertama beriman seperti yang dinyatakan di dalam Wasiat Rasulullah (S). Salah seorang kawan saya menganggap saya gila kerana menerima dakwah ini 100 peratus melalui ruangan sembang Paltalk dan tidak putus-putus bertanyakan kepada saya bagaimana dan mengapa saya menerima dakwah ini.

Saya memberitahunya sebab-sebab mengapa jadi begitu dan dia mula ketawa seperti memperolok-olokkan saya. Ia sesuatu yang menyakiti saya dari dalam dan sungguhpun begitu saya tidak marah kepadanya. sebaliknya saya menukarkan ia kepada kebaikan dan jadi saya berdoa di akhir solat meminta kepada Allah untuk membimbing serta menjadikan dia percaya kepada Ahmad seperti yang saya lakukan. Keesokan harinya saya berada di universiti dan saya periksa peti masuk akaun youtube saya dan membaca mesej dari beliau berkata "Hei, saya fikir dakwah tentang Ahmad ini adalah kebenaran yang datang dari ruangan paltalk" Saya berasa seram sejuk dan seperti tidak percaya seolah-olah berlaku satu keajaiban. Dan apabila saya pulang ke rumah dan bertanya kepadanya bagaimana dia menerimanya, beliau berkata: "Saya melakukan istikhara dan mendapati bahawa sesiapa yang menentangnya adalah dari penduduk neraka." Jadi saya menyedari bahawa Allah SWT telah memberiakan hidayah petunjuk kepadanya.

Alhamdulillah. Begitu juga salah seorang daripada rakan-rakan saya yang paling rapat telah menerima dakwah ini seminggu yang lalu selepas melihat Kaabah dan tikar sembahyang Rasulullah 'apabila dia meminta Allah SWT agar menunjukkan kepadanya satu tanda bahawa Yamani adalah benar. Cerita ini saya tulis untuk sesiapa yang ingin tahu mengapa saya menerima Ahmad Al-Hassan a.s dan Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Last edited by Zolfigarr pada Sun Apr 17, 2011 08:13, disunting sebanyak 2 kali.


Ihsan terjemahan: Muhammad Adli Abdul Aziz

Thursday 9 October 2014

Mimpi seorang Ansar III

Kiriman Labbayk_Ahmed
Rabu Disember 7, 2011 11:03
Jantina: Perempuan

Mimpi (rukya) yang memberi kesaksian kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Jazakum Allah Khair saudara (yang memberi ulasan)...


Rukya (mimpi) 7:
Tarikh: 30/3/2009

Saya melihat penderitaan yang semakin meningkat ke atas Ansar; dari penjara dan lain-lain perkara. Kemudian tiba-tiba saya gembira dan berkata: "Ajal Allahu Farajah! Ajal Allahu Farajah!" Yang bermaksud, "Allah telah mempercepatkan kelegaan (kelapangan) beliau." dan yang saya maksudkan Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi (as), seolah-olah dia telah muncul (zuhur).


Rukya (mimpi) 8:

Pada tahun 2003, sebelum saya mendengar tentang Imam Ahmad Al-Hassan (as), saya melihat rukya (mimpi) ini:


Ia adalah hari kiamat, tanahnya gersang seolah-olah ia adalah padang pasir dan manusia berselerak dan menunggu sesuatu yang akan berlaku. Mereka semua ketakutan dan saya melihat mereka tertanya-tanya kenapa mereka takut jika sesuatu yang baik akan berlaku? Tiba-tiba binatang Bumi (دابة الأرض) muncul dari ufuk seperti gunung yang semakin membesar, semua orang takut dan seorang gadis kecil bergegas memeluk ibunya kecuali saya dan kakak saya, kami senang melihatnya. Kemudian tanah itu mula retak dan terbelah dua yang ia memisahkan kami dengan orang-orang lain.

P/S (Tambahan) Seruan (dakwah) Imam Ahmad Al-Hassan (as) menjadi umum pada tahun 2003 dan dialah binatang di bumi yang disebut dalam Al-Quran:

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

{Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. Al-Quran [Al-Naml 27:82] Tafsiran pada yang tersebut dalam kitab Mutashabihat oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as).


Wa Alhamdulillah wahdahu wahdahu wahdahu.


Mazmur 55:22 Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.


Mimpi seorang Ansar II

Kiriman Labbayk_Ahmed
Jantina: Perempuan
Selasa, 6 Disember 2011 03:53

Mimpi (rukya) yang memberi kesaksian kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Jika anda masih bukan seorang ansar, janganlah menolak Rukya (mimpi) ini... ia adalah kata-kata Allah dan mempunyai pesanan (khabaar - mesej) yang begitu banyak kepada anda ...


Rukya (mimpi) 4:
Tarikh: 2009/05/08

Saya melihat bahawa saya sedang berjalan dengan Nabi Muhammad (sawas) dan memaklumkan orang ramai mengenai dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Rukya (mimpi) 5:
Tarikh: 17-3-2010

Saya melihat bahawa saya telah membaca Bible Bahasa Inggeris, apabila saya melihat teks dalam Bible yang menyebut "Ahmad" dan bahawa dia datang menyeru dan berdakwah kepada manusia untuk Dakwahnya dan manusia akan keluar kepadanya. Cik Ahillah duduk di sebelah saya dan berkata: "Ayat ini adalah berkaitan dengan dakwah". Saya berkata: "Benar?! Ya itu benar kerana SubhanAllah di sini ia menyebut [Ahmad]" dan saya membaca ayat ini:

واستمع يوم يناد المناد من مكان قريب

"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru menyeru dari tempat yang dekat." [Qaf 50:41] 

Rukya (mimpi) 6:
Tarikh: Ahad 25/4/2010
Masa: 3:30 a.m

Malam itu, sebelum saya tidur, saya bermohon kepada Allah untuk melihat (berjumpa) Sayyidah Fatimah (as) dan mengenalinya dan belajar darinya supaya saya mengenali Dia (SWT).

Saya tidur untuk melihat mimpi ini Alhamdulillah:

Saya dalam perjalanan keluar dari bilik saya apabila saya melihat wajah seorang perempuan muncul dari sudut atas ambang pintu.  Jadi saya berkata, "Allah! Maulati (yang ku muliakan) Fatimah! Wahai puteri Nabi!".

Lalu mukanya muncul dari dinding untuk menampak seluruh badannya.

Ia adalah Saiyidah Fatimah (as), mukanya putih dan cerah dan dia memakai pakaian hijau gelap serupa dengan pakaian Saiyidah Maryam (as).

Saya memberitahunya: "Maulati! Berapa lama yang saya menunggu untuk bertemu denganmu! Alhamdulillah saya bertemu denganmu!"

Lalu dia senyum kepada saya dan memegang kedua-dua tangan saya. Saya memberitahunya: "Saya khadammu, ya Maulati, khadammu, terimalah saya sebagai khadammu.". Kemudian saya berkata: "Sebentar, tunggu saya ambil buku nota supaya Puan tuliskan untuk saya. dan supaya apabila saya terjaga saya akan mempunyai sesuatu Thahir (yang suci) daripada Puan untuk disimpan,  cara saya menjaga Tahsin, tulisan tangan Imam Ahmad Al-Hassan"
.
Maka saya membawa buku nota tebal dari atas rak yang biasanya saya gunakan untuk menulis rukya (mimpi) saya. Apabila saya berpatah balik, Sayyidah Fatimah bertukar kepada seorang gadis bernama "Al-Bai3ah-Lilah" (Al-Bai3atu Lillah)) yang bermaksud: "Ketuanan (Kesetiaan) kepada Allah". Jadi saya memeluknya dan berkata: "Saya amat merindui mu! Apa khabar?" dia berkata: "Alhamdulillah.". Kemudian kami ketawa dan dia telah menuliskan untuk saya sesuatu dalam buku nota .... (ada yang melengkapkan rukya ini tetapi bahagian untuk memberi kesaksian kebenaran Imam Ahmad (as) telah disebutkan)

Bersambung insyaallah ..

Mazmur 55:22 Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.


Mimpi seorang Ansar I

Kiriman: Labbayk_Ahmed
Jantina: Perempuan
Isnin 5 Dis 2011 22:06

Mimpi (rukya) yang memberi kesaksian kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Al-salam 3alaikom Wa rahmatu Allah wa barakatuh,

قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ شَهِيدًا ۖيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ 

Allah berfirman: {Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi di antaraku dan di antara kamu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang-orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi."} - Al-Quran [Al-3ankabut 29:52]

Allah sendiri menawarkan sebagai saksi untuk menjelaskan KhalifahNya di muka bumi ini dengan rukya (mimpi) dan pendedahan, dan berikut adalah beberapa rukya saya untuk membuktikan bahawa utusan Imam Al-Mahdi as), Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Rukya (mimpi) 1:
Saya melihat bahawa Al-Syeikh Safaa Awady, Sadik Al-Hussaini dan saya bersama-sama dengan Imam Ali bin Abi Talib (as) menyeru (berdakwah) manusia supaya beriman kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Notis: Imam Ali adalah bersama kami ... jadi dia memberikan keterangan kepada kebenaran Imam Ahmad.

Rukya (mimpi) 2:
Tarikh: 17-9-2009
Masa: 6 a.m

Saya melihat bahawa saya bersama ibu saya (ansar) dan ibu saudara saya (bukan ansar) dalam kereta, dan ibu saudara saya sedang memandu. Tetapi dia tidak memandu dengan baik terutamanya apabila terdapat selekoh-selekoh. Pada selekoh pertama dan kedua, dia tersasar dari jalan dan kemudian memandu semula keretanya di jalan, kemudian seterusnya pada selekoh ketiga, terdapat gaung (jurang) yang dalam dan di kedua-dua belah jalan tidak mempunyai pagar (hadangan). Oleh itu, ketika dia membelok, kereta itu sekali lagi tersasar dan kereta itu mula jatuh ke dalam jurang yang dalam.

Maka saya memejamkan mata saya dan mula membaca: "Bism illah Al-Rahman Al-Rahim, Wala Haula wala Quwata Illa Billahi Al-3aliyi Al-3adzim, Allahumma Shalliy 3ala Muhammad wa Aali Muhammad Wa Sallim Taslima; Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani. Tidak ada daya da upaya melainkan dengan Allah. Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad," Kemudian saya membaca syahadeh 4 dan membaca Du3a (doa) yang Imam Ahmad (as) ajarkan kepada ansar yang bermula dengan "Tahassantu bizhil Mulk wal Malakut.".

Saya menjangkakan yang kereta akan meletup pada bila-bila masa kerana saya dapat merasakannya ia sedang menjunam menuju ke bawah dan meletup. Sementara itu, saya teringat satu hadith bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (as) menyebut dalam salah satu buku beliau yang saya kagumi banyak, ia berkata:

"ولو إن السماوات والأرض كانتا على عبد رتقا ثم أتقى الله, لجعل الله له منهما مخرجا

"Jikalaulah Langit-langit dan Bumi telah dijahit pada seorang hamba, dan kemudian dia bertakwa kepada Allah; Allah akan menjadikan dia jalan keluar daripadanya.". Ketika itu, kereta itu ditarik balik dari terus terjatuh dan diletakkan di jalan semula!!

Jadi saya berkata dalam hati, para malaikat mahu mencabut nyawa kami dan mereka memberi kertas (s0jil) kematian kami kepada Nabi (sawas) tetapi baginda tidak menerimanya dan menunjukkan supaya kami kembali untuk hidup, jadi kami kembali.

Selepas itu kami sampai ke rumah Nenek saya dan makcik saya telah berkata: "Kalaulah kamu tahu bagaimana kami hidup! Kalaulah kamu lihat bagaimana kereta itu diangkat! "Lalu saya mengatakan ibu saudara tidak mengingat (menyebut) Allah, malah dia tidak mengatakan bahawa Allah membuatkan kita terus hidup?! Jadi saya memberitahu ibu saya bahawa saya berkata Tasbih-tasbih tersebut dan dia berkata bahawa dia juga melakukan perkara yang sama sewaktu kami jatuh itu.

Kenyataan: Membaca yang Du3a dan hadith yang disebut oleh Imam Ahmad (as) membuat kita terus hidup dan dituliskan untuk saya dan ibu saya satu kehidupan baru. Ansar menyebutkan rahmat Allah ke atas mereka tetapi yang bukan-ansar tidak menyebut (mengingat) Allah.


Rukya (mimpi) 3:
Tarikh: 2009
Masa: 6 a.m

Saya amat sakit pada hari itu dan saya katakan, apa sahaja (yang datang) dari Allah adalah baik, dan saya akan bersabar, kemudian saya melihat Rukya (mimpi) atau Kasyaf.

Ia bermula dengan seruan: "Kemenangan kepada Muhammad dan Aali Muhammad, dan kemenangan kepada kami demi Tuhan Ka3bah."

فاز محمد و آل محمد و فزنا و رب الكعبة.

Kemudian saya melihat Nabi Muhammad memakai pakaian putih dan berdiri di sebelah kiri saya dan terdapat 4 orang ansar yang saya tidak kenali. Di hadapan kami ada dua gunung yang besar, lalu nabi mengangkat tangannya dan menghala kepada gunung-gunung sambil berkata: "Wahai ansar bolehkan kamu memikul gunung-gunung ini?" Jadi kami berkata: "Ya wahai Rasulullah! Demi Allah jika engkau menentang gunung ini kami akan menentangnya bersama engkau." Dalam pada itu, rupa bentuk Nabi Muhammad bertukar kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as).


Bersambung insyaallah ...


Mazmur 55:22 Serahkanlah kuatirmu kepada TUHAN, maka Ia akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah.

Wednesday 1 October 2014

Pengalaman selepas menjadi ansar - Diri-diri Yang Tidak Kelihatan

Pengalaman selepas menjadi ansar

Assalaamu alaikum wa Rahmatullah wa wa barakaatuhu

Terima Kasih Saudara,
Semoga Allah tambahkan kepada saudara kebaikan (khair).

Saya rasa jauh lebih baik hari ini kerana saya dapat memberitahu saudara pemerhatian ini tanpa pemikiran khayalan dan gangguan mental.

Terdapat teks yang saya ingin petik daripada sesuatu dari Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah:

Dan ia adalah hakikat imej manusia dalam Alam Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang diimplan dalam hati (Al-Janan), dan ia adalah perancang untuk badan di dunia kebendaan ini, dan diri ini, atau diri yang diimplan dalam hati (Al Janan) adalah: bayangan akal.[hal 40 dalam versi Bah. Melayu Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah - oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as)]



Ini bayangan sebahagia cahaya dari pengalaman titik di dada yang dihubungkan dengan kerongkongan. Saya telah membaca dari kitab-kitab Imam bahawa kerajaan Langit (Malakut) juga ada di dalam diri kita.

Jadi saya ingin sampaikan kepasa saudara satu rukya:
Satu malam dalam tidur saya, saya berjumoa Imam Ja'far Al-Shadiq (alaihi al-salaam), beliau menunjukkan kepada saya Langit Ketujuh, maka dia menunjukkan saya sebuah bekas di Langit Ketujuh ini, ia adalah bentuk huruf “Nun”, tetapi tidak ada titik, dan beliau berkata pada malam Lailat Al-Qadr, Al-Quran diturunkan ke dalam bekas ini.

Itu adalah akhir rukya saya. Saya diberitahu oleh salah seorang ansar bahawa sebab saya tidak melihat titik itu kerana titik itu adalah Al-Quran itu sendiri.

Walau bagaimanapun saya ingin memberitahu saudara di manakan langit ini, saya merasakan bahawa ia adalah di dalam diri saya, ia adalah satu dimensi kesedaran (ukuran atau unsur kesedaran).

Satu-satunya sebab saya sampaikan mimpi ini kepada saudara adalah kerana saya mahu memberitahu kepada saudara bahawa Langit Ketujuh seperti yang saya alami adalah 'dimensi kesedaran'.

Oleh kerana hanya akal yang membolehkan kita untuk mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi. Oleh itu adalah menasabah bahawa hanya akal dan kesempurnaannya membolehkan kita sampai ke Langit Ketujuh, atau tahap kesedaran yang lebih tinggi.

Sehari selepas mimpi tersebut, saya mendengar seorang Ansar bercakap tentang sesuatu tajuk, dan saya merasakan dia mempunyai banyak pengetahuan, jadi sebelum saya masuk tidur, saya mohon kepada Allah, dari mana para ulamak ini mendapat ilmu mereka.

Kemudian saya bermimpi, saya melihat bekas yang sama, di mana terdapat roh-roh di sekeliling bekas tersebut, ia mempunyai capaian (akses) kepada bekas ini, ia sangat dekat dengannay sehingga saya hampir tersilap dan menyangka bahawa ia berada di dalam bekas tersebut, tetapi ia ada di sekelilingnya.

Ia (roh-roh itu) terus mengulangi dua perkataan, Umm Al-Kitaab, mereka terua mengulanginya, mereka menyuruh saya mengulanginya. Saya sombong dan saya berkata, “Saya tidak tahu apa yang kamu katakan,” mereka menyuruh saya untuk mengulanginya, namun pada bahagian akhir rukya saya bersetuju untuk mengulangi kata-kata ini. Bagaimanapun kerana keengganan saya pada awalnya, pangkat saya diturunkan kerana tidak banyak nilai pada kata-kata saya.

Roh-roh ini berada dalam satah (permukaan atau rataan) mereka sendiri mengekang satu sama lain, dan saya berada dalam satah yang sangat rendah.

Saya mahu menambah satu lagi perkara mengenai satah-satah dan meridian (medan bulatan berterusan) yang melalui badan yang tidak dapat dilihat yang boleh saudara gunakan sama ada untuk menghantar getaran atau mengawal persekitaran

Semua satah atau meridian melalui zarah-zarah (unsur) yang sejajar dengan badan tidak kelihatan saudara, zarah-zarah ini menerima getaran.

Selepas beberapa saluran masa membuka pada banyak arah, namun sebagai saluran-saluran yang terbuka dalam banyak arah ini, ada satu saluran yang berpengaruh, dan walaupun ia mempunyai suatu arah tertentu, ia adalah satu hala tuju (arah) yang membolehkan getaran-getaran dari mana-mana arah. ia adalah saluran yang walaupun muncul dalam satu arah yang sebenarnya adalah pada setiap arah

Getaran hanya boleh mengalir dalam saluran yang membolehkan mereka untuk bebas mengalir dalam mana-mana arah, dan inilah saluran yang semua satah atau meridian lalui.

Semua satah atau meridian adalah di bawah kawalan saudara ketika mengalir dari badan yang tidak dapat dilihat melalui zarah yang telah terpengaruh oleh kebenaran getaran saudara.

Zarah-zarah ini menjadi pemalar (penetap), dan kerana ia kehilangan kepelbagaiannya dengan dipengaruhi oleh perkara yang batil (kepalsuan), dan kuasa-kuasa negatif yang lain, mereka membenarkan diri mereka menjadi satah dan meridian yang berpunca dari badan tidak kelihatan saudara.

Kekuatan satah dan meridian ini bergantung kepada daya pemerangkapan berterusan zarah ini, dan hanya perkara yang telah dibenarkan pemerangkapan ini adalah getaran kebenaran. ini adalah getaran yang paling berkuasa.

Jadi walaupun terdapat satah dan meridian di mana saudara boleh mempengaruhi persekitaran saudara kadang-kadang saudara boleh berhadapan dengan masalah yang tidak selaras dengan meridian ini, dalam hali ini, saudara perlu menghantar isyarat-isyarat dengan cara lompatan kuantum [], tanpa menglibatkan zarah bersebelahan.

Ini hanya boleh dilakukan jika saudara tepat dalam pengiraan saudara, kerana setiap masalah adalah pada zarah tertentu, atau mungkin pada satu kumpulan zarah, dan setiap zarah mesti didekati. Katakanlah masalah tersebut adalah pada zarah tertentu, saudara perlu menghantar satu isyarat kepada zarah ini yang ada di lokasi tertentu. Apabila keadaan seperti itu timbul, maka seseorang mesti menghantarnya melalui lompatan kuantum, ini tidak mustahil kerana terdapat suatu prinsip yang zarah sentiasa dihubungkan dengan zarah lain tidak kira di mana ia berada dari segi jarak, namun untuk melengkapkan penghantaran ini saudara perlu tahu lokasi yang tepat.

Ini adalah prosedur pemetaan yang berlaku di dalam otak, dan prosedur pemetaan ini dilakukan oleh akal (intelek). Jadi akhirnya saudara akan tahu lokasi dan saudara akan menundukkan zarah tersebut selagi ia diizinkan Allah.
Untuk akhirnya setelah masalah saudara diselesaikan, kemudian perhatian saudara beralih kepada peningkatan daya (kekuatan) meridian dari badan tidak kelihatan saudara.

Satu perkara yang saya ingin katakan adalah bahawa setiap zarah mempunyai lokasi, setakat yang saya tahu lokasinya tidak berubah.

Saya masih ingat dari Kitab Imam Ahmad Al-Hassan “Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah” Saya masih cuba untuk memahaminya. Jalan yang lurus juga dalam alam zarah, saya akan memetik perkataan sebenar:

“Dan memohon bimbingan (hidayah) sebelumnya - yang bermaksud: Tunjukilah kami jalan yang lurus - memerlukan pengkhususan ini, bermakna, ia adalah jalan orang-orang yang Allah telah kurniakan nikmat kepada mereka, dan itu adalah kerana laluan di Alam Zarah (Alam Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan Langit) adalah banyak jalannya.
Dan bimbingan ke arah sabahagian daripadanya boleh muncul sebagai petunjuk ke arah jalan yang lurus, walaupun ia adalah suatu petunjuk separa.” (halaman 23 dalam versi Bah. Melayu Kitab Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as)]


Jika ia adalah jalan yang bermakna bahawa selepas menempuh pada satu zarah kita perlu melangkah ke zarah yang lain pada jalan yang lurus, jadi di dunia yang banyak zarah ini bagaimana saudara tahu zarah yang mana atau kumpulan zarah yang mana untuk melangkah, kemudian zarah apa pula selepas itu.

Dan mungkin ia adalah menempuh zarah yang dekat dengan zarah jalan yang lurus dan ia hanya suatu petunjuk separa. Jadi bagaimana kita tahu urutan zarah jalan yang lurus? Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, zarah hanya boleh diaktifkan dalam satu urutan, jika saudara cuba untuk mengaktifkan zarah yang salah saudara akan jatuh ke dalam kesilapan, ia adalah ujian untuk melihat zarah mana yang saudara pilih.

Jadi apa yang akan memberitahu saudara, zarah mana yang dipilih. Dari pengalaman saya ia adalah akal (intelek), dan sudah tentu suatu nikmat Allah. Akal tahu apa yang perlu dilakukan, oleh itu selagi kita bekerja (beramal) untuk memperbaiki akal (intelek -kebijaksanaan) kita, cara yang imam telah arahkan kepada kita, ia akan berjalan lancar.

Dan kemudian berjalan di atas jalan yang lurus di dunia (alam) zarah adalah seperti kelajuan kilat.

Seorang ansar telah memberitahu saya bahawa terdapat lebih daripada satu badan (diri) yang tidak kelihatan, saya ingin memberitahu saudara, Imam (Ahmad Al-Hassan (as)) telah menjelaskan bahawa terdapat banyak badan-badan (diri-diri) yang tidak kelihatan. Untuk itu saya akan menerangkannya: Setiap diri yang tidak dapat dilihat dengan pembawa (pemancar) yang berbeza dalam dimensi yang berbeza dengan paksi yang menjadi tulang-tulang dalam badan terutamanya tulang-tulang yang panjang.

Walau bagaimanapun diri pertama yang tidak dapat dilihat (diri tersembunyi) yang menjelma, adalah yang utama, diri-diri tersembunyi yang lain adalah yang kedua (berdampingan) tetapi jika ia (mereka) menjelma (wujud) ia hanya meningkatkan daya manifestasi (jelma) diri tersembunyi utama, dan akhirnya sebagai jelmaan daripada diri-diri tersembunyi yang lain, begitulah juga peningkatan kesedaran kita dalam dimensi masing-masing di mana mereka muncul.

Saya (hanya) mahu berkongsi dengan saudara pengalaman saya dan saya memohon maaf atas segala adab yang kurang sihat

Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya


Hamba saudara yang hina.



✡✡✡✡✡

---------------------------------
- Ini Bintang Nabi Allah Daud. Simbolnya di monopoli oleh Zionist Yahudi
[
]- Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai tolok boson (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori medan kuantum (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan dengan teori gerakan tabii zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.[selak]

Tuesday 30 September 2014

Rukya Bertemu dengan Nabi Muhammad (sawas)

Posts: yayabel
Negara: Perancis (fr)
Post Tue Sep 17, 2013 11:18
Rukya Bertemu dengan Nabi Muhammad (sawas)

Salam aleikoum

Malam itu saya bermimpi yang mulia Nabi (sawas) dan saya akan memberitahu saudara secara ringkas.

Saya bertemu Nabi (sawas), saya terus mengenal baginda. Jadi saya bertanya kepadanya mengenai Ahmad Al Hassan (as). Saya berkata, "Adakah Ahmad (as) benar?" Baginda (sawas) berkata kepada saya, "Ya!", dan baginda (sawas) juga berkata "Anda mesti menyokong Ahmad Al Hassan (as), dia (Ahmad (as)) memakai pakaian saya yang berlubang-lubang".

Namun, saya tidak tahu makna rukya ini terutamanya berkaitan dengan pakaian.


Suatu masa, lama dahulu, saya mempunyai rukya, seorang lelaki (yang saya tidak kenal) memberitahu saya "Adakah kamu tahu hadith 73 firqah (golongan)?" Saya berkata, "ya" maka dia berkata kepada saya "Firqah yang selamat adalah firqah yang akan mengikuti Ahmad (as)"

Semoga Allah memberkati anda Ansar Allah

Jawapan: Mahdi-Ahmad
Post Tue Sep 17, 2013 01:01
Re: Rukya Bertemu dengan Nabi Muhammad (sawas)

Salam wa wa ra ba

Rukya Yayabel sangat bagus. Dalam bahagian pertama rukya saudara, Rasulullah SAW mengesahkan Imam Ahmad dan bahawa saudara perlu menyokong beliau. Ia sangat jelas. Tetapi bagi bahagian ke-2, saya rasa pakaian boleh ditafsirkan sebagai pengetahuan. kerana pakaian adalah sama seperti pakaian nabim maka ia adalah pengetahuan Nabi SAW dan keluarganya (as) kerana dipindahkan (diberikan) kepada Imam Ahmad (as). Dan mengenai lubang padanya: boleh menjadi tanda-tanda bagi orang yang tidak beriman telah lakukan terhadap perintah Allah dan Nabi sebelum dan selepas baginda dan ia sekali lagi berlaku kepada Imam Ahmad (as) seperti yang kita lihat.

Ini adalah pendapat saya pada rukya saudara dan Allah lebih mengetahui.

Fi Aman Allah

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam agama; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Al-Baqarah 2: 256]: