Soalan 244:
Aku berlindung dengan
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan direjam. Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani. Pujian tertentu bagi Allah
Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali
Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Salam atas kamu, dan rahmat
Allah dan barkahNya.

Mimpi (rukya) pertama: Saya di atas bumbung rumah saya, saya melihat ke langit dan nampak Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) Masjid Rasulullah (S), dan Ka’bah di sebelahnya, dan kedua-duanya bergerak bersama-sama. Ia seolah-olah ada asap atau kabus yang keluar dari bawah masjid dan Kabah sambil bergerak di atas langit ke arah saya. Ka’bah dan Masjid Nabi berhenti di arah tertentu di atas langit. Ada beberapa orang bersama dengan saya. Kemudian saya bangkit dan terus sujud ke arah Kabah dan Masjid Nabi yang berada di atas langit selepas kedua-duanya bergerak ke arah saya dan kemudian berhenti di berhenti di arah tertentu di atas langit yang sangat dekat dengan saya, pada masa itu saya sujud ke arah Masjid Nabi dan Ka,bah yang sedang berada di atas langit. Kemudian ada orang sujud bersama saya, dan mungkin mereka sujud kemudian dari saya dan mungkin juga mereka berada di belakang saya, saya tidak ingat. Kemudian saya mengangkat kepala saya dan merasa sangat sayu, air mata saya telah bercucuran. Kemudian dalam mimpi yang sama selepas itu saya dapati Ka’bah berada di atas bumbung rumah, dan hanya sebahagian daripada Ka’bah kelihatan daripadanya, seolah-olah Ka’bah menembusi dinding bumbung, jadi sebahagian Ka’bah dapat dilihat dari belakang dinding yang rosak dan sebahagian daripada Kabah dapat dilihat. Mungkin bahagian itu adalah Rukun Al-Yamani, atau rukun (penjuru) lain saya tidak ingat. Dan semua orang yang bersama saya melihat Ka’bah yang berada di atas bumbung rumah saya, kecuali seorang sahaja yang duduk, jadi saya berkata kepadanya perkara-perkara tentang Kabah. Lalu ia berkata: Saya tidak tahu saya takut. Sekarang saya tahu bahawa orang itu secara peribadi kebenarannya, dan bahawa seruan Al-Yamani yang sampaikan kepadanya melalui saya dan saya berbincang dengan beliau menerangkan kepadanya mengenai seruan Al-Yamani (as) tetapi beliau menolak, sebaliknya ia tidak mencukupi pada beliau, bahkan beliau melaknat Syed, saya perlindung dengan Allah dari kekufuran seperti itu. Alasannya adalah kerana dia mempertahankan Sistani, dan dia bertaqlid begitu kuat. Begitu juga orang-orang yang berada di atas bumbung tersebut dan yang bersujud ke arah masjid Nabi dan Ka’bah yang berada di langit, saya tidak kenal mereka kecuali dua orang, salah seorang daripadanya adalah orang yang saya sebutkan kepada anda, orang yang saya telah bincangkan mengenai seruan, dan orang yang kedua adalah salah seorang daripada orang yang soleh tetapi dia tidak beriman dengan seruan dan namanya adalah Fayez.
Sebenarnya kejadian itu
sangat menakutkan, saya melihat bahawa Kabah adalah sangat besar terutamanya sewaktu
Kabah berada di atas bumbung rumah saya, atau lebih tepat lagi, apabila
sebahagian daripadanya menembusi dinding dan sebahagian daripadanya dapat
dilihat darinya di atas bumbung.
Dan apa yang menakjubkan
adalah bahawa dinding ini, yang sebahagian daripadanya ditembusi Kabah, adalah
arah yang sama dengan Kiblat (arah ibadah), jadi jika saya berdiri menghadap
dinding itu sekarang saya akan saya
menghadap kiblat dengan
tepat.
Mimpi (rukya) kedua:
Saya melihat bahawa saya
memakai pakaian pelik berwarna putih, dan ia kelihatan serupa dengan sut
tentera di zaman kita, dan di sebelah kiri dan kanan terdapat bintang pada sut
itu, mungkin warnanya adalah kuning atau keemasan saya tidak ingat betul-betul.
Dan saya sedang duduk di atas katil, tidak berbaring di atas katil, sebaliknya,
saya duduk membelek pakaian saya dan melihat bintang yang ada di kiri dan kanan
bahu sut itu.
Dan kedua-dua mimpi itu
berlaku dalam tempoh kemurungan yang melampau dan kesedihan yang amat sangat menimpa
saya, dan kedua-dua mimpi (rukya) ini membuat saya lupa sepanjang tempoh itu dan
dapat menghilangkan banyak kesedihan dan masalah pada saya dan yang saya alami,
dan tempoh antara kedua-dua mimpi itu sangat singkat.
Dan mimpi (rukya) tentang
Ka'bah dan Masjid Nabi adalah yang pertama, dan tidak lama selepas itu mimpi (rukya)
sut tentera yang mempunyai bintang di atasnya.
Saya berharap suatu
tafsiran dari Al-Syed, Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya
Pengirim: Azzam Al-Ubaidiy
- Al-Muntassir bil-Yamani
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian tertentu bagi
Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali
Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Mimpi (rukya) Pertama:
Di dalamnya ada Ka/bah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) untuk menunjukkan turunnya
hidayah (petunjuk) ke bumi. Dan Ka’bah sudah mencukupi untuk merujuk kepada
petunjuk dalam penglihatan-penglihatan mimpi (rukya), tetapi Al-Masjid
Al-Nabawi (Masjid Nabi) adalah merujuk kepada persamaan yang besar antara
kebenaran dan seruan Rasulullah (S) mengenai persamaan antara kejadian dan
peristiwa serta musuh-musuh dan penyokong.
Aba Ja'far (as) berkata:
(Qaim kita apabila beliau menyeru manusia untuk urusan yang baru sebagai mana
seruan Rasulullah (S), di mana Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, ia
akan kembali asing sebagaimana ia bermula, jadi berilah khabar gembira kepada
orang-orang asing) Ghaibat Al-Nu'mani:. Halaman 336 dan Bihar Al-Anwar Jilid 52
Halaman 366
Dan Abi Bashir, dari Abi
Abdillah (as), beliau berkata: (Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, ia
akan kembali asing sebagai mana ia bermula, maka berilah khabar gembira kepada orang-orang
asing, aku berkata: Terangkanlah kepada aku islah (perbaikan) Allah ini.
Berkata (as): Seruan baru semula dari kami sebagaimana seruan Rasulullah (S)) -
Ghaibat Al-Nu'mani:. Halaman 336 dan Bihar Al-Anwar Jilid 52 Halaman 366
Dan Abi Bashir berkata:
Aku berkata Abi Abdillah (as), Beritahu paadaku tentang kata-kata Amirul
Mukminin (as) Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, ia akan kembali asing
sebagai mana ia bermula. jadi berilah khabar gembira kepada orang-orang asing.
Lalu ia berkata: "Wahai Aba Muhammad, apabila kami Qa'im (as) bangkit, dia
akan memulakan seruan baru sebagaimana Rasulullah (S) serukan ". Jadi aku
bangkit dan mencium kepalanya dan berkata: Aku bersaksi bahawa tuan adalah Imamku
di dunia dan akhirat, aku menyokong penyokong tuan dan menjadi musuh dengan
musuh-musuh tuan, dan bahawa anda adalah Waliy Allah. Lalu ia berkata:
"Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu" - Ghaibat Al-Nu'mani:. Halaman
337 dan Bihar AlAnwar Jilid 52 Page 367
Bagi asap: ia adalah tanda
hukuman. Maknanya, hukuman yang mengiringi seruan kebenaran, sebagaimana ia
telah mengiringi semua Seruan Ilahi sebelum ini dan datang atas umat-umat yang menentang,
tetapi kali ini ia akan melibatkan semua penduduk bumi, jika mereka menentang
perintah Allah; kerana seruan telah sampai kepada mereka dan diarahkan ke arah
mereka semua. Saya memohon kepada Allah supaya Dia menyelamatkan orang yang
beriman dengan lmpah kurrnia dan nikmatNya SWT. Dan orang-orang yang tidak
sujud dan tidak beriman pada kebenaran, kerana yang sujud adalah malaikat dan
segala ingkar adalah Iblis dan pengikutnya, sama seperti peristiwa pada
perintah yang pertama, jadi ia berulang pada setiap zaman.
Dan turun Kabah di rumah
anda atau di atas bumbung rumah anda menunjukkan bahawa anda berada dalam petunjuk
dan berada di jalan yang lurus.
Dan arah kiblat,
bermakna bahawa anda berada di dalam Wilayah Ilahiyah.
Mimpi (rukya) kedua:
Katil adalah pangkat atau
kedudukan dan raja atau pemilikan
Bintang-bintang: pada
bahu, untuk merujuk kepada kenyataan penting dan martabat (maqam) di sisi Allah
dan malaikat-Nya (as).
Dan mimpi (rukya) ini
adalah dari berita gembira untuk masa depan, kita memohon kepada Allah supaya
Dia memberi anda kejayaan dan membuat anda teguh di atas kebenaran sehingga
saat-saat akhir dalam kehidupan anda di dunia ini, dan bahawa Allah boleh
membuat mimpi (rukya) anda benar dan menyenangkan mata anda dan melindungi anda
dari kejahatan orang-orang yang jahat dari kejahatan manusia dan jin. Semoga
Allah mereka mendapat malu.
Dan Salam atas kamu, dan
rahmat Allah dan barkahNya.
No comments:
Post a Comment