Friday 15 January 2021

Soalan 490: Orang Yang Naik Dan Keluar Dari Kolam

 

Rukya yang dilihat oleh rakan saya:

Kami semua ada dalam rukya dan saya berada di tempat di mana kami bercakap mengenai topik penting, dan semasa bercakap ada kolam di hadapan kami dari mana seorang yang naik dan keluar dari kolam datang di hadapan kami. Dia mempunyai kepingan seperti ikan yang dibelah pada punggungnya tertulis di bahagian ikan itu dengan kata-kata keagungan (Lafadz Jalalah), kami terkejut dan kami rasa dia adalah seorang wali dari Aulia’ Allah, dan sepertinya saya juga memikirkannya, jadi kami sangat menyambutnya. Kami bercakap dengannya, semasa bercakap dengannya, kami sangat bersemangat untuk berbicara dengannya, menunggu setiap kata darinya. Dia mula bertanya kepada kami, jadi dia bertanya kepada kami tentang berapa banyak orang yang kami kenal? Dan siapa yang kami kenal? Pada mulanya orang yang ada dalam rukya itu tidak meragukannya, tetapi setelah beberapa ketika dia diragui telah menipu kami untuk mengheret kami ke dalam tipu dayanya. Seorang yang ada dalam rukya itu membawa saya pergi jauh dan mengatakan kepada saya: Jangan katakan kepadanya apa-apa. Kerana saya merasakan bahawa ada penipuan dalam masalah ini, dan dia telah menipu kita dan itu bukan wali, dan katanya lagi kepada saya: Jangan buka hatimu kepadanya atau percaya kepadanya, saya menjawabnya dengan isyarat, ya. Saya bercakap dengan orang yang keluar dari air itu dan saya gembira dan bersukacita dengannya, dan semasa orang yang ada dalam rukya itu bercakap dengan saya dan memberi amaran, saya menggelengkan kepala dan mengatakan saya setuju. Anak-anak syeikh yang diikuti oleh teman saya berada di bahagian bawah kereta api, jadi orang yang ada dalam rukya itu diganggu oleh saya dan mula berlari di belakang mereka untuk menyelamatkan mereka, kemudian rukya itu berakhir.

 

Penghantar: Abu Muhammad - Palestin

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

 Semoga Allah memberi anda kejayaan, rukya teman anda adalah dari Allah SWT, dan jelas adalah ia memberi peringatan kepada anda mengenai seseorang yang anda akan kagum. Adapun anak-anak syeikh ini yang cuba diselamatkan oleh rakan anda, mereka adalah beberapa orang dari mereka yang mengikuti Syeikh ini dan mendengar daripadanya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Safar / 1431 Hijrah

 

 Soalan 609: Al-Rasul Muhammad (S)

 

بسم الله الرحمن الرحيم ..

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Salam atas Yamani Aali Muhammad Ahmad Al-Hasan (as) dan para wali Allah dan hujah-hujahnya. Hari ini, selepas sholat Fajr, saya tidur dan melihat bahawa saya berada di Masjid Rasulullah (S) (Masjid Nabawi di Madinah). Saya berjalan masuk ke dalamnya dan tidak terlintas di fikiran saya bahawa saya berada di masjid ini. Ketika saya sampai di pintu pagar untuk keluar, saya menyedari bahawa saya berada di Masjid Nabawi, jadi saya langsung berpaling untuk memberi salam kepada Rasulullah dan berselawat ke atas Baginda (S). Ada orang yang berlari ke arah saya dari jauh, dan saya tahu bahawa dia datang untuk menyakiti saya, dan saya tidak ingat bagaimana penampilannya, adakah dia berjanggut atau tidak, dan apakah dia kerdil atau tidak. Saya betul-betul tidak ingat penampilannya, yang pentingnya ialah dia berpaling ke arah saya untuk menyakiti saya, jadi saya berpaling dari dia, dan dia datang lagi kepada saya, cuba menyakiti saya dan menghalang saya daripada mengunjungi Rasul yang mulia Muhammad (S), tetapi saya menyingkirkannya, saya tidak tahu bagaimana, dan saya segera pergi ke maqam suci Al-Rasul. Di sana ada beberapa orang, oleh itu, saya pergi sehingga saya sampai di kubur dan mereka berada di kiri dan kanan saya dan saya (saya berlindung kepada Allah dari Al-Ana) berada di tengah-tengah mereka, dan saya melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan wajahnya menghadap ke maqam, dan terfikir oleh saya bahawa dia bukan Nabi melainkan orang lain, tetapi dia berehat dan tidur di bahagian belakangnya, jadi saya tahu bahawa dia adalah Muhammad Rasulullah (S), dan baginda putih dan warna janggutnya keputihan dan penampilan baginda sangat hebat sehingga saya mengeluarkan telefon dari poket saya untuk tujuan mengambil gambarnya. Saya memotretnya untuk pertama kalinya, tetapi gambarnya tidak bagus, jadi saya memotret gambarnya sekai lagi, tetapi tidak bagus juga. Oleh itu, saya cuba memotretnya lagi, dan baginda (shalawatu Allah 3alaih) membuka matanya, dan saya tidak tahu apa yang telah berlaku, tetapi saya faham bahawa saya telah memotretnya lebih dari sekali sehingga mencukupi dan saya meletakkan telefon itu kembali ke dalam poket saya. Saya memanggil Al-Rasul dan memulakan dengan menyebut nama Al-Yamani, jadi saya berkata kepada baginda: (Ahmad Al-Hassan) dan baginda (shalawatu Allah wa salamuhu 3alaih), menjawab dengan kalimah yang sama: (Ahmad Al-Hassan), dan setelah itu saya bertanya kepada baginda: Adakah dibenarkan memanggil nama Al-Yamani, misalnya, saya katakan: (Ya Ahmad Al-Hassan), jadi jawaban baginda kepada saya bukannya dibenarkan atau tidak dibenarkan. Sebaliknya, baginda menjawab: (diwajibkan), jadi saya bertanya kepada baginda tentang maqam Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan baginda menjawab pada saya, tetapi saya memintanya untuk mengulanginya; kerana saya takut akan terlupakan jawapannya, dan baginda menjawabnya dengan jawapan yang serupa, tetapi dengan cara yang lain saya juga terlupa akannya, tetapi jawapannya adalah pengetahuannya di sisi Allah adalah seperti ini: (tidak akan dapat mencapainya), yang demikian itu pengetahuannya ada di sisi Allah, dan selepas itu perbualan berlaku antara saya dan baginda tentang alam rukya. Saya tidak ingat perincian perbualan tersebut, Tetapi pada akhirnya Al-Rasul mempersukarkannya, jiwa saya menjadi tebusan baginya, saya tidak tahu mengapa. Rukya itu berakhir dan saya terjaga dari tidur dan jam sudah pukul enam pagi.

 

Saya mohon pada Allah agar mengampunkan saya sekiranya saya melakukan kesalahan dalam menulisnya dan memaafkan saya kerana melupakan butirannya dan mendesak Rasulullah (S), dengan soalan-soalan itu.

Catatan: Saya menyedari bahawa saya berada di alam Malakut ketika saya sampai kepada Muhammad Rasulullah (S).

Tarikh rukya 9 - 3 - 2010 Masihi, 23 Rabi'ul-Awwal 1431 Hijrah.

Ya Allah, berkatilah Fatimah, ayahnya, suaminya, anak-anaknya, dan rahsia yang tersimpan dalam dirinya.

 

Pengirim: Abu Ali - Kuwait

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

 

Semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua yang terbaik dan memberikan yang terbaik di akhirat dan dunia, dan segala puji bagi Allah yang memberkati anda dengan rukya Rasul yang mulia Muhammad (S). Dialah penjaga saya dan Dialah yang menjaga orang-orang yang soleh.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.


Thursday 14 January 2021

 Soalan 625: Orang Yang Memakai Serban

بسم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على خير خلقه محمد وآله الطيبين الطاهرين .

Allah berselawat atas sebaik-baik penciptaanNya, Muhammad dan keluarganya yang baik dan suci.

Suatu hari saya sholat beberapa rakaat dari sholat malam dan membaca Surah Al-Baqarah dan berdoa dengan Doa Imam Al-Hassan (as), kemudian saya sholat Nafilah Subuh dan sholat Subuh dan masuk tidur. Saya melihat dalam tidur saya seseorang meletakkan serbannya di kepala dan di lehernya, lalu saya bertanya kepadanya: Adakah anda Al-Mahdi? Dia menjawab: Ya, saya Al-Mahdi. Kemudian dia berkata kepada saya, saksikanlah, dan saya segera bersyahadah, dan dia maju dan duduk di depan saya dan duduk di belakangnya membaca Surah Al-Baqarah. Semasa membaca, saya keliru dengan beberapa ayat, dan saya berhenti di sana untuk mengulanginya, dan saya tidak menemukan cara untuknya sehingga saya menoleh ke arah Imam (Salamu Allah 3alaih), di sebelah kiri, sebentar kemudian saya menemukan cara membaca ayat tersebut. Di sini, saya terjaga dari mimpi saya. Tolong berikan saya tafsirnya, semoga Allah memberi anda kebaikan untuk saya.

Dan selawat dan salam ke atas Nabi kita, Nabi rahmat dan keluarganya yang baik dan suci, para Imam dan Mahdi-mahdi.

 

Was salam. Pengirim: Abu Abdul-Jabbar – Maghribi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah mengurniakan anda semua kebaikan. Saya meminta kepada Allah untuk anda kebaikan yang terbaik iaitu redha-Nya, Yang Maha Suci, dan Syurga, dan bahawa Allah menyelamatkan kamu dari seburuk-buruk kejahatan dan kemurkaanNya serta api neraka.

Makna rukya anda adalah bahawa anda dibimbing kepada kebenaran dengan rahmat Allah ke atas anda dan bahawa anda akan menjadi salah seorang ansar Al-Mahdi, insya Allah. Adapun ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah yang anda keliru itu, adalah Ayat Al-Kursi, dan saya bermohon kepada Allah agar memberi anda kejayaan dan membimbing langkah-langkah anda.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H.

 

Wednesday 13 January 2021

Soalan 602:: Terselamat dari Azab

 

السلام عليكم يا سادتي ورحمة الله وبركاته .

بسم الله الرحمن الرحيم .. الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد الخلق

محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

 Saya melihat selepas subuh semalam (13 - 02 – 2010) seolah-olah saya berada di sebuah perhimpunan untuk memberitahu mereka tentang azab siksaan, dan saya memberitahu mereka: Utusan yang diutus oleh Imam Al-Mahdi (as) dan sesiapa yang kufur (ingkar) dengan dakwahnya adalah penyebab azab ilahi, dan masyarakat dalam perhimpunan itu adalah mereka yang tidak saya kenal, dan mereka mempunyai rumah yang berdekatan antara satu sama lain, Tiba-tiba datang serangga yang agak besar dan lebih besar dari ukuran telapak tangan dan serangga itu masuk ke mana sahaja di rumah dan di jalanan. Semuanya berwarna coklat gelap, jadi saya katakan kepada orang ramai: Azabnya ini telah datang, kerana serangga ini wujud tidak lama sebelum azab .. Azab Siksaan telah turun dan semua binatang mereka masuk ke dalam rumah, dimana serangga itu masuk dengan cara yang mengerikan, dan di antara apa yang saya lihat ada seekor lembu yang saya elakkan dari dirempuhnya, dan sementara itu saya cuba melarikan diri ke rumah sebelah, dan melihat, semua haiwan ini telah memenuhi semua sudut dari semua tempat. Maka saya cuba melarikan diri dari tempat itu ke tempat yang saya tidak tahu apa tempat itu di fikiran saya, dan saya melihat sebuah kereta (Teksi) di jalan umum dan terdetik di hati saya bahawa tidak ada yang dapat menerima dan akan mengusir saya, tetapi salah seorang dari mereka bersetuju pada kali pertama saya bertanya kepadanya, dan sebelum saya menumpanginya, saya pergi ke kedai runcit yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran, lalu saya membeli sesuatu yang saya tidak ingat dan bercakap dengan orang di jalanan mengenai azab itu sehingga saya menaiki bersama pemandu dan meninggalkan tempat itu dan puji-pujian hanya untuk Allah sahaja.

Apakah tafsiran rukya ini Saidi Qaim Aali Muhammad (S)?

 

Pengirim: Ziyad Al-Juburi – Finland

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan. Rukya anda menjanjikan khabar gembira untuk anda, insya Allah, anda akan menjadi salah seorang yang selamat dari azab Allah SWT di dunia ini, dan saya mohon kepada Allah agar anda bersama Muhammad dan keluarga Muhammad di dunia dan akhirat.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Ahmad Al-Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H.

 

 

Soalan 626: Meja makan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً .

Saidi wa Maulai Yamani AaIi Muhammad,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Beberapa bulan yang lalu, ayah pulang ke rahmatu Allah (rahimahu Allah), dan di ranjang kematiannya dakwah yang diberkati datang kepadanya, dan keadaannya sangat buruk, tetapi walaupun begitu dia mendengarkan kata-kata saya: Ini adalah kebenaran, ini adalah kebenaran, dan Al-Hamdu Lillah dia beriman pada dakwah kebenaran dan mandi taubat., Dua hari kemudian dia pulang ke rahmatu Allah, dan setelah kematiannya, kami mulai banyak melihatnya di alam rukya, termasuk: Saya melihat bahawa kami sedang duduk di meja makan Al-Syed Ahmad (as), ayah dan sekumpulan ansar. Ayah menanyakan kepada Imam Ahmad (as) dan Al-Syed (as) berkata: kita berlindung dengan Allah, tidak seperti yang anda fahami, bahkan Allah mewahyukan kepada gunung dan berfirman kepadanya, Tulislah seperti ini dan itu, lalu ayah berkata: Tuan kami, kamu adalah gunung Allah dan saya adalah gunung Ali Ibn Abi Talib, dan para Ansar tertawa dan ayah berkata: Tuan kami, gambarkanlah gunung Ali bin Abi Talib di hadapan kami dan saya bukan ansarnya, dan Demi Allah, ini tidak akan berlaku. Dan apa yang dimaksudkan oleh Al-Syed Ahmad (as) pada dunung Ali (as).

Bolehkah tuan tafsirkan rukya kepada kami, semoga Allah melindungi tuan dan menjadikan kami sebagai khadam dan ansar tuan dengan hak Muhammad dan Aali Muhammad?

Dalam rukya yang lain, saya melihat bahawa saya sedang mengunjungi kubur ayah, tetapi kubur ayah seolah-olah sebuah maqam yang diziarah, dan orang-orang menziarahinya, dan seorang wanita menulis permintaannya dan melemparkannya di kubur, dan dalam diri saya, saya mengatakan: Akan dijawabkah permintaan ini dengan kelebihan Imam Ahmad (as). Dan bapa saudara saya di sebelah kubur menangis dan berkata: Saya tidak bersamanya. Dia takut mati..

Maafkan saya, wali Allah. Kami datang kepada tuan, berikanlah kepada kami dan bersedekahlah dengan doa dan pengampunan. Semoga Allah membalas tuan dengan ganjaran yang terbaik. Kumpulkan kami bersama tuan. dengan hak Muhammad dan Aali Baitnya yang baik dan suci, para imam dan Mahdi-mahdi.

 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Pengirim: Hilal Al-Suwaifi

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan, dan  puji-pujian bagi Allah yang memberkati ayahmu dengan nikmat iman dan mati serta kesudahannya dengan kebaikan. Rukya itu menjanjikan khabar gembira kepada anda, insya Allah, bahawa dia berada dalam kebaikan dan kepada kebaikan dengan rahmat Allah dan berkat imannya kepada kebenaran dan Al-Mahdi, dan puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1432 H

 

 

Soalan 612: Maqam Imam Hussein (as)

 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله،

Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami perkara ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.

 والصلاة والسلام على محمد الأمين وأهل بيته الطاهرين الأئمة والمهديين .

Dan selawat dan salam ke atas Muhammad Al-Amin dan keluarganya yang suci, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Salam atas Saidi wa Maulai Yamani Aali Muhammad (S), ke atas Qaim mereka, ke atas Ahl Baitmu dan anak-anakmu Mahdi-mahdi yang terpilih dan rahmat Allah serta keberkatanNya.

Tuan, saya melihat rukya seolah-olah saya memasuki maqam Saidi wa Maulai Abi Abdillah Al-Hussein (as). Saya bersama tiga orang anak-anak lelaki saya, Ali, Ahmad dan Abbas, dan anak perempuan saya Fatimah. Di Maqam suci itu terdapat ramai orang. Kemudian orang-orang bersurai dan saya tetap berada di Maqam suci itu lalu saya bercakap dengan Imam Al-Hussain (as), dan setelah beberapa saat kemudian pintu Maqam suci itu terbuka, dan kemudian kuburan Al-Syarif pula terbuka dan saya melihat Imam Al-Hussain (as) terbaring di kubur itu. Dia mengeluarkan tangannya dan berbicara dengan saya. Saya tidak ingat semua perkataan

Imam (as), tetapi saya ingat apa maksud yang dia cakapkan kepada saya khusus mengenai anak-anak saya dan bahawa pertempuran akan berlaku dan bahawa anak saya Abbas akan turut serta atau terbunuh di dalamnya, saya tidak ingat dengan tepat. Saya keluar berlari kegirangan dan berkata kepada orang-orang yang ada: Imam Al-Hussein (as) telah berbicara kepada saya dan saya berteriak kepada anak saya Abbas untuk memberitahunya mengenai kata-kata Imam Hussain (as) itu, dan ketika saya memberitahunya kata-kata Imam (as) dia mula ketawa dan gembira dengan kata-kata Imam (as). Inilah rukyanya ya tuan. Maka jika tuan akan mentakwil rukya ini, ketahuilah bahawa saya sekarang mempunyai seorang anak

dan dia adalah Ali dan saya Al-Hamdu Lillah, kini hamil, dan saya dan suami berharap agar Allah memberikan kami dengan seorang anak lelaki yang kami akan namakan Ahmad, dan mereka akan menjadi tebusan bagi para Mahdi (as), dan saya berharap tuan, dengan kemurahan hati tuan, untuk mendoakan kami agar Allah mengurniakan kepada kami keturunan, orang-orang yang soleh, beriman dan penyokong kepada Muhammad dan Aali Muhammad yang soleh, untuk memutihkan wajah kami di hadapan Al-Zahra’ (as).

Dan maafkan saya, tuan, kerana memperpanjangkannya, dan semoga Allah melapangkan dan menempatkan tuan, dalam masa terdekat dengan hak Al-Zahra’. Dan kami meminta pengampunan tuan atas kekurangan, kerana anda adalah salah seorang dari anak-anak yang terhormat.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Pengirim: Umm Ali - Iraq –

 

Jawapannya:

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً .

Semoga Allah memberikan anda kejayaan untuk semua kebaikan. Saya mohon kepada Allah agar memberkati anda dengan yang terbaik di akhirat dan dunia, dan insya Allah, rukya anda di dalamnya akan jauh lebih baik untuk anda, dan Allah adalah Pemberi kejayaan.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

 

Ahmed Al Hassan

Rajab Al-Ashab / 1431 H