Sunday, 24 August 2014

Apa dia At-Tauhid, Al-Risalah, Al-Wilayah dan Al-Hidayah,

Berikut adalah Jawapan seorang ansar Imam Mahdi (as) Pengikut Imam Ahmad Al-Hassan kepada soalan mengenai kaifiat Azan.

Soalan:
Assalamu ‘alaikum: Minta pencerahan bab azan:
1- azan ansar adakah di tambah?
2- zaman rasulullah adakah sama?.

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Berdasarkan soalan di atas kita tahu ia adalah soalan memancing (perbezaan besar). Azan dan Iqamah adalah dilakukan sebelum sholat, di bawah Feqah (Fiqh) di dalam Syariah Islam. Untuk menjawab soalan ini memerlukan penerangan yang panjang.

Allah SWT mengutus Anbiak dan Mursalin (Khalifah Allah) untuk membetulkan Aqidah dan kemudian mengamal Syariah (Hukum-hakam). Aqidah adalah kepercayaan dan Syariah sistem hidup    

Begitulah Rislah Allah berlarutan sehingga ke Nabi Besar Muhammad (S). Setelah baginda wafat umat Islam terbahagi kepada dua firqah (kumpulan) ..... sejarah telah membuktikannya. Perpecahan ini memuncak ketika Imam Ali (as) mendapat kembali haknya setelah berlalu lebih 23 tahun setelah kewafatan Rasulullah (S). Perpecahan tersebut adalah mengenai Khalifah Umat Islam:

1.     Khalifah hasil Syura di kalangan Muslimin – yang dikehendaki oleh Muslimin (Sebahagian Ansar dan Muhajirin)
2.     Khalifah Wasiat Rasulullah (Khalifah Rasul Allah – Al-Wilayah)

Ini menyebabkan terlalu banyak perbezaan kefahaman mengenai Islam dan amalan mereka. Mereka berselisih mengenai Hakimiyah Allah dan ada yang bersetuju dengan Hakimiyah manusia :

1.     Ahli Sunnah Wal-Jamaah bersumberkan
a.     Al-Quran
b.    Al-Hadits
c.      Al-Ijma3 Ulamak
d.     Al-Qias

2.     Syiah Ahl Al-Bait bersumberkan
a.     Al-Quran
b.    3itrah Ahl Al-Bait (Al-Hadits Rasulullah dan 12 Imam)

Setiap zaman sejak Adam (as) ada Khalifah Allah SWT dan sekarang kita ada Khalifah Rasulullah (S). Khalifah Rasulullah juga Khalifah Allah SWT kerana ia dilantik melalui lisan baginda (S) melalui wasiat sepanjang kerasulan baginda (ia dinafikan oleh Ahli Sunnah walaupun terlalu banyak hadits riwayat mereka sendiri mengenainya) dan wasiat ini ditulis di malam kewafatan baginda.  Imam-imam pemimpin umat Islam adalah Urusan Allah SWT.

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan di antara mereka itu Aimmah (imam-imam) yang memberi petunjuk (hidayah) dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. [Al-Sajadah 32:24] 

Di dalam wasiat Rasulullah, (dalam hadits yang panjang):
Di dalam wasit itu, ia bermula dari Amir Al Mukminin Al-Imam Ali, Al-Hasan Al-Mujtaba’, Al-Husain Al-Syahid, Ali Zain Al-3abidin, Muhammad Al-Baqir, Ja’far Al-Shadiq, Musa Al-Kadzim, Ali Al-Ridha, Muhammad Al-Taqi Al-Jawad, Ali Al-Hadi, Al-Hasan dan yang terakhir Imam Muhammad Al-Qaim Al-Mahdi Al-Muntadzar (3alaihim Al-Shalatu wa Al-Salaam). Hinggalah kemudian zaman !2 Mahdi-Mahdi dengan yang pertamanya (Mahdi Pertama) bernama Ahmad.

Imam Muhammad Al-Mahdi Al-Muntadzar yang Ghaib Kecil ketika berumur 5 – 75 tahun (pada tahun 255 H) dan Ghaib Besar sejak beliau berumur 75 tahun hingga sekarang umat Islam menunggu kemunculannya. Ini tidak menghairankan kerana Al-Khidir (as), Isa (as) dan Ilya (as) juga dighaibkan Allah dan akan muncul di akhir zaman.

Pengikut (Syiah) Khalifah Rasulullah memanggil Khalifah mereka (walaupun tidak memimpim umat Islam) sebagai Auliak (Waliy-wali Allah dan RasulNya) atau Aimmah (imam-imam) atau Aushiak (washiy-washiy pemegang wasiat Rasulullah (S)) yang memegang Al-Wilayah Amir Al Mukminin Al-Imam Ali.

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai Aimmah (imam-imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi, [Al-Anbiak 21:73] 

Kesemua Imam-imam itu sama ada yang diperangi, dibunuh dengan pedang. diracun atau disiksa sehingga mati. Itulah sebabnya Allah SWT ghaibkan Imam yang ke 12 dan akan dizahirkan di akhir zaman


وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka Aimmah (imam-imam) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), [Al-Qishash 28:5]

Sementara Pengikut (syiah) Muawiyah, yang kemudiannya bergelar Ahli Sunnah hanya menerima, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, Al-Hasan (tak sampai setahun) dan kemudian Muawiyah membina Empayar Bani Umaiyyah dan kemudian terbina pula Empayar Bani Abbasiyah.... dan .....dan sehingga ke hari ini umat Islam mempunyai berbagai negara di dunia ini dengan ketua masing-masing.

Untuk merujuk Akidah dan Syariat Islam Ahli Sunnah juga ada Aimmah (imam-imam) seperti Imam Abu Al-Hasan Ash’ari, Abu Mansur Al-Maturidi untuk menjelaskan masalah Aqidah dan Aimmah (imam-imam) seperti Imam Ahmad Ibn Hanbal (Hanbali), Imam Malik (Maliki), Imam Syafi’ei dan Imam Abu Hanifah (Hanafi) untuk rujukan Syariah.

Itulah sebabnya terdapat berbagai perselisihan dalam Akidah dan Syariah

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ

Dan Kami jadikan mereka Aimmah (imam-imam) yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. [Al-Qishash 28:41] 

Malah merekalah (para Khalifah) memerangi Imam Ali (dua kali) yang menjadi Khalifah Rasulullah pada masa itu walaupun telah dibai’ah (janji setia) oleh umat Islam. Lebih 50 ribu Umat Islam terbunuh!!??

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ 

Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. [Al-Hujuraat 49:9] 

Tidak ramai umat Islam yang ingin merenung kembali perselisihan antara golongan dari mereka yang beriman yang berperang itu.

Mereka (Khalifah Umaiyah) telah mengutuk Imam Ali (as) sepanjang kekhalifahan mereka.
.
وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ

Jika mereka merusak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah Aimmah (imam-imam) orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti. [Al-Taubah 9:12] 

Kita tidak akan memperpanjang perbalahan para penguasa (Khalifah) dan Imam-imam Umat Islam ini yang menindas (menzalimi) dan para ulamak yang merusak Agama Islam ini. Sehiinggalah Allah AWJ mengutus Imam Al-Mahdi (as) yang dinanti-nanti. Agama At-Tauhid ini yang mentauhidkan Allah telah berlalu di dalamnya Al-Risalah yang dibawa oleh para rasul dan diteruskan olehRasulullah (S), Al-Wilayah yang dipimpin oleh Imam Ali kesemuanya 12 Imam-imam pemegang washiat Rasulullah (S).  Kini akan bermula pula zaman Al-Hidayah, seperti yang dinyatakan di dalam Wasiat Rasulullah (S) selepas nama 12 Imam-imam akan ada 12 Mahdi-mahdi dan yang pertama darinya adalah yang pertama beriman kepada Imam Al-Mahdi (Imam ke 12 dari ghaibnya). Dan di dalam hadits-hadits menyatakan ia adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Mahdi dan dialah Al-Yamani yang akan memerangi Al-Sufyani. Dialah yang akan mempersiapkan tentera Imam Mahdi. Dan dia adalah utusan dan washiy Imam Mahdi (as), Al-Khidir (as), Isa (as) dan Ilya (as) juga dighaibkan Allah dan akan muncul di akhir zaman. Iaitu zaman Al-Al-Hidayah.

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka Aimmah (imam-imam) dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), [Al-Qishash 28:5]


Azan dan Iqamah


Dipetik dari Kitab Al-Syarai3 Al-Islam Bhg 1 (Imam Ahmad Al-Hassan (as))

وفصول الأذان هي: التكبير أربع، والشهادة بالتوحيد (أشهد أن لا اله إلا الله)، ثم بالرسالة (أشهد أن محمداً رسول الله)، ثم بالولاية (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله)، ثم بالهداية (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله)، ثم يقول: حي على الصلاة، ثم حي على الفلاح، ثم حي على خير العمل، والتكبير بعده، ثم التهليل، كل فصل مرتان….

Bahagian-bahagian azan adalah: membaca Takbir (الله اكبر) empat kali,
dan kemudian membaca Syahadah Al-Tauhid (أشهد أن لا اله إلا الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Risalah (أشهد أن محمداً رسول الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Wilayah (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله),
kemudian membaca Syahadah Al-Hidayah (أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله),
dan kemudian membaca: (حي على الصلاة)،
dan kemudian membaca (حي على الفلاح)
dan kemudian membaca (حي على خير العمل)
dan kemudian membaca Takbir (الله اكبر)
dan kemudian membaca Al-Tahlil (لا اله إلا الله)
setiap bahagian dibaca dua kali.

Ia adalah mengenai Al-’Ahd dan Al-Mitsaq (Perjanjian dan Pesetiaan) yang kurang dibincang di kalangan Sunni. Inilah yang menyebabkan Nabi Adam (as) diturunkan  ke bumi Al-Maddiah (Fizikal) ini dan Nabi Yunus (as) di telan Ikan Nun. Pada hal semua nabi telah berikrar dan bersaksi dengannya walaupun mereka tidak bertemu di alam nyata ini, firman SWT:

وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ ۚ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي ۖ قَالُوا أَقْرَرْنَا ۚ قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil persetiaan dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu".[Aali Imran 3:81]


أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ * الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ

Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,* (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak persetiaan, [Al-Ra3du 13:19-20] 

Tetapi Nabi Adam (as) tidak kuat dalam ikrarnya

﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾

{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.},

Dari Abi Ja'far (as) berkata: "Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas para nabi, maka Dia SWT berkata: Bukankah Aku Tuhan kamu? Dan bahawa Muhammad ini RasulKu? Dan Ali ini Amir Al-Mukminin (Ketua Orang Beriman).” Mereka berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas Uulu Al-3azm: Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan Muhammad adalah RasulKu, dan. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa.” Maka mereka berkata: “Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.” Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengitsbat (mengesahkan) kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla:  وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا - {Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, [Thaha 20:115]. Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia meninggalkannya... " Al- Kafi jilid 2, halaman 8

عن حبة العرني ، قال : قال أمير المؤمنين (ع) : ( إن الله عرض ولايتي على أهل السماوات وعلى أهل الأرض أقر بها من أقر وأنكرها من أنكر أنكرها يونس ، فحبسه الله في بطن الحوت حتى أقر بها ) بصائر الدرجات : ص95.

Dari Habbah Al-3arani bahawa dia berkata, Amir Al-Mukminin (as) berkata: "Sesungguhnya Allah membentangkan Wilayahku ke atas penghuni langit dan ke atas penduduk Bumi. Sesiapa yang mengakuinya akan diakui, dan sesiapa yang menafikan akan dinafikan. Yunus menafikannya, maka Allah memenjarakan dia di dalam perut ikan paus sehingga dia mengakuinya" Basair Al-Darajat:. halaman. 95.

Diriwayatkan dari Jabir dari Abi Ja'far (as) mengenai firman Allah Azza wa Jalla:
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾ 
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, beliau (as) berkata: "beliau berjanji mengenai Muhammad dan para Imam selepasnya, sehingga dia meninggalkannya dan tidak ada padanya kemauan yang kuat bahawa mereka adalah seperti itu. Sebaliknya, yang dipanggil Uulu Al-3azm (5 Rasul Utama) yang telah diambil perjanjian dari mereka mengenai Muhammad dan Aushiak selepas mereka dan Mahdi dan perjalanannya jadi kesemua mereka berkumpul dengan azam tersebut dan mengakuinya." Bashair Al-Darajat halaman 90.

Jadi kesaksian (syahadah) persetiaan (Al-Mitsaq) terpakai kepada semua Nabi pada Umatnya mengikut zaman terlaksana syahadah tersebut,
Syahadah At-Tauhid ini (أشهد أن لا اله إلا الله), dan begitulah di zaman Rasulullah di dalamnya ada Syhadah At-Tauhid dengan ditambah Syhadah Al-Risalah Rasulullah, (أشهد أن محمداً رسول الله),
dan di zaman Imam Ali Syhadah At-Tauhid, Syhadah Al-Risalah dengan ditambah Syhada Al-Wilayah  (أشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله),
dan  kini di zaman Imam Mahdi dan Mahdi-mahdi, akan bermula pula Syhadah At-Tauhid, Syhadah Al-Risalah, Syhadah Al-Wilayah dengan ditambah Syhadah Al-Hidayah.
(أشهد أن المهدي والمهديين من ولده حجج الله)


Malah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri membuat Azannya sendiri dengan alasannya sendiri dengan membuang (حي على خير العمل) Haiya ‘ala Khairi Al-‘Amal – Marilah kepada sebaik-baik ‘amal dan menambah pada Azan Subuh dengan (الصلاة خير من النوم) Solat lebih baik dari tidur – Wal Allah A3lam.



No comments:

Post a Comment