Soalan
477:
Dan Salam atas kamu, rahmat
Allah dan barkahNya.
Saya
berharap bahawa tuan boleh mentafsir mimpi ini. Semoga Allah mengurniakan tuan
kejayaan.
Saya
dapati diri saya berdiri bersama dengan dua orang rakan-rakan Sunni saya di
hadapan sebuah masjid Sunni. Tetapi saya memakai Jilbab yang tidak bersih, ia sedikit
berdebu di atasnya. Kemudian saya melihat dua orang ahli Parlimen Sunni memasuki
masjid, dan saya percaya mereka (ini dan itu). Dan ia seolah-olah seolah-olah
terdapat satu jamuan Iftar (berbuka puasa), jadi kawan-kawan saya menjemput
saya untuk masuk ke masjid bersama mereka. Jadi saya pun masuk. Ketika mereka memeriksa
saya, salah seorang yang bertanggungjawab di dalam masjid yang memeriksa
berkata: "Sila lain kali kamu datang ke masjid seterika jilbab kamu".
Dan saya faham apa yang dimaksudkan supaya mencuci jilbab atau membersihkannya
dari debu. Kemudian rakan-rakan saya meninggalkan saya. Saya melihat semua
orang makan dan mempunyai Iftar (hidangan berbuka) kecuali saya, saya tidak ada
apa-apa. Kemudian seorang rakan yang lain (bukan yang sebelumnya) datang
membawa dua buah bekas makanan, dan dia memberikan kepada saya salah satu darinya.
Kemudian saya nampak dua rakan-rakan saya yang sebelum ini dan memarahi mereka kerana
meninggalkan saya sendirian. Terima kasih
Pengirim:
Adnan Al-Zubaydy - Iraq
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
Makanan
adalah ilmu yang manusia belajar, Allah (swt) berkata:
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ
طَعَامِهِ
{maka
hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya} [Surah Abasa 80:24].
Maksudnya,
pada ilmu pengetahuannya dan dari mana dia mengambilnya. Mungkin manusia
mengambil ilmu dari orang-orang yang benar sehingga dia di atas berada kebenaran,
atau dari orang-orang batil sehingga dia berada di atas yang batil (kepalsuan).
Kedatangan
kedua-dua orang (ini dan itu), bermaksud: mereka datang ke tempat di mana anda
berada sekarang, ia buksn bangunan, sebaliknya, ia adalah tempat di internet,
Masjid
Sunni ertinya tempat di mana orang-orangnya tidak percaya dengan Imam Zaman mereka
yang juga menjadi kewajipan mereka mempercayainya. Juga Syiah yang mengikuti
Marajik, anda akan melihat mereka sebagai Sunni di dalam alam Malakut (Kerajaan-kerajaan
Lelangit); kerana mereka tidak percaya seseorang yang Allah wajibkan mereka
untuk dipercayai.
Pakaian
(jilbab itu) mewakili apa yang meliputi keadaan sebenar anda, bermakna, seperti
nama samaran anda dengannya anda menghadapi orang-orang di internet. Orang yang
mengkritik pakaian anda, bermakna bahawa dia mengkritik nama panggilan anda.
Dan kritikannya tidak secara langsung, sebaliknya ia adalah secara tidak
langsung, dalam mimpi beliau berkata: "seterikakannya" dan anda
memahami apa yang sebenar maknanys dan iaitu membersihkannya.
Orang
yang memberikan anda makanan, adalah seseorang yang daripadanya anda belajar
sesuatu daripada ilmu pengetahuan. Mimpi (rukya) anda adalah berita ghaib
mengenai satu peristiwa yang akan berlaku kepada anda di internet. Dan Salam
atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
No comments:
Post a Comment