Thursday 21 August 2014

Soalan 624: Sakit tidak dapat bercakap dan bergerak Hussein Al-Musawy – Sweden

Soalan 624:  
Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya. Tuan yang mulia, saya mempunyai mimpi (rukya) yang saya perlukan tafsirannya, semoga Allah membalas tuan dengan kebaikan.

Saya dapat mimpi (rukya) saya sakit dan tidak dapat bercakap atau bergerak. Selepas itu kawan saya membawa saya berjumpa doktor. Dan apabila saya sampai ke tempat itu, saya duduk di dalam dewan menunggu, dan saya menunggu untuk masa yang lama. Kemudian mereka berkata: Marilah, pergi ke tingkat dua. Apabila saya naik saya bertemu seorang doktor, dan dia berkulit gelap, mempunyai janggut, dan dia memakai Dishdasha. 
Dan di situ bukan klinik perubatan, tetapi ia adalah sebuah dewan besar dan ia mempunyai makam seorang soleh. Selepas beberapa minit, kuda putih keluar dari makam, jadi saya terkejut dan bertanya kepada doktor. Beliau berkata: kuda ini ada di makam ini. 

Kemudian doktor itu berkata: saya akan memberikan kamu suntikan supaya boleh bercakap dan berjalan dan sembuh dari penyakit ini. Jadi saya berkata: Saya takut jarum. Kemudian dia tersenyum dan berkata: Saya akan memberikan pil. Dan saya tidak dapat bercakap atau berjalan, tetapi selepas itu saya bercakap dan berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan, saya teringat rakan-rakan saya, jadi saya kembali kepada mereka dan berkata: Berapakah bayaran doktor? Mereka berkata: 50 Krone. Jadi saya terkejut; kerana di sini di Sweden bayaran sekurang-kurangnya diketahui 500 Krone. Kemudian saya pergi, dan segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Pengirim: Hussein Al-Musawy - Sweden

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik.

Sakit ertinya penyakit rohani; yang bererti bahawa anda tidak berada dalam panduan. Dan rakan anda membawa anda berjumpa doktor, yang bermaksud seseorang yang membuat anda tahu seruan kebenaran, seruan Al-Mahdi.

Perubatan adalah ilmu pengetahuan dan makrifah. Hospital, atau makam yang anda lihat adalah salah satu laman web seruan (dakwah), atau di bilik Pal-talk (bilik perbualan Internet).

Kuda adalah seorang manusia.

Dan kesimpulan mimpi (rukya) ini adalah bahawa anda telah sembuh, bermakna anda insya Allah (jika dikehendaki Allah) akan mendapat petunjuk kepada seruan kebenaran dan menyokong Al-Mahdi.

No comments:

Post a Comment