Wednesday 20 August 2014

Soalan 608: Lubang dinding

Soalan 608

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan. Ikrar bai’ah saya adalah pada malam Jumaat.


Dan dalam tidur saya, saya melihat ada dua bukaan (lubang) telah terbuka di dinding bilik tidur saya. Ia pada bahagian yang menghadap ke jalan, dari itu saya nampak cahaya pagi. Dan saya tidak nampak mana-mana tilam katil kepunyaan saya, rupa-rupanya dialah yang menutup lubang itu dari kelihatan. Tetapi saya rasa takut di dalam hati kalau-kalau ia menjadi salah satu jalan bagi tikus boleh masuk ke dalam rumah melalui lubang ini, walaupu tidak ada pengesahan (tanda) bahawa terdapat tikus di dalam rumah. Saya berharap bahawa tuan boleh mentafsirkannya.

Dan Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Dan Salam atas tuan, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Abdullah - Mesir

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Mimpi anda adalah berita gembira kepada anda, dan ia adalah satu pengesahan daripada Allah kepada kamu, kepada kebenaran.

Maksud kedua-dua bukaan (lubang) dari mana anda melihat cahaya adalah dua tempat di mana terdapat petunjuk dan ia mewakili seruan kebenaran, dan anda masuk dan melihat melaluinya sinar dan cahaya kebenaran.

Untuk rasa takut anda pada tikus yang mungkin boleh memasuki rumah melalui lubang tersebut, insya Allah, Allah akan melindungi anda daripada apa yang mungkin membahayakan anda menurut apa yang anda miliki dari pergantungan (tawakkal) kepada Allah SWT. Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik.

No comments:

Post a Comment