Wednesday 20 August 2014

Soalan 617 Risalah baru seperti risalah sebelum-sebelumnya.


Soalan 617

Saya melihat dalam tidur saya telah membaca Al-Quran di atas tanah di luar bandar. Kemudian kecerahan muncul di langit jadi saya menjadi takut; kerana ia amat luar biasa dan membimbangkan. Kemudian setelah beberapa saat, pancaran (garisan) kilat mula bertukar menjadi kata-kata, dan saya membacanya, darinya terdapat nama Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, sebahagian besar dari Ahlul Bayt dan sahabat-sahabat Al-Rasul, mereka adalah seperti Umar, Abu Bakar, Bilal dan banyak lagi. Langit dipenuhi dengan nama-nama. Kemudian tiba-tiba ibu saya telah mengejutkan saya dari tidur.

Jadi apakah tafsiran mimpi ini. Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan dengan kebaikan. Ketahuilah bahawa rukya itu berlaku pada hari Isnin.

Pengirim: Noor - Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Pengertian rukya ini adalah bahawa terdapat mesej (Risalah) baru dari langit dan ia benar-benar sama kepada utusan Muhammad Rasulullah (S) dan kepada Risalah Al-Ilahiyah sebelumnya, dan ini adalah Risalah daripada Mahdi.

Pengertian Kecerahan [di langit] adalah cahaya petunjuk dari langit, yang bermaksud Risalah Al-Ilahiyah.

Dan nama-nama adalah nama-nama yang akan ada di dalam [Risalah Al-Ilahiyah], dan ia adalah Risalah seperti Risalah yang mendahuluinya; seperti Nabi Muhammad (S) dan bersama baginda ada sahabat-sahabat dan Ahlul Bayt, dan dari merekalah orang-orang beriman kepada baginda, dan dari merekalah orang-orang menjayakan baginda, dan dari merekalah orang-orang (menjadi) munafik selepas baginda atau semasa baginda diutus. Perkara yang sama akan berlaku dalam Risalah Mahdi. Begitu juga sama seperti Musa ada Samiri, dan pada Isa ada Yehuda (Judah), begitu jugalah pada Muhammad (S) ada orang-orang seperti Samiri dan penyokongnya, dan juga pada Mahdi terdapat Samiri dan penyokongnya. Ini adalah sunnah Allah dan anda akan dapati tidak ada perubahan dalam sunnah Allah

No comments:

Post a Comment