Thursday 21 August 2014

Soalan 616: Orang-orang Yahudi, mereka telah beribadah di dalam Masjid - Abu Bahaa' - Maghribi.

Soalan 616: 

Salam atasmu. Syed Ahmad, semoga Allah menjaga tuan. Selepas saya melihat tafsiran mimpi-mimpi (rukya) tuan saya berasa yakin dengan tuan dan saya ingin tuan mentafsir mimpi ini untuk saya, mungkin ia akan membuka kebaikan:


Saya melihat diri saya dalam sebuah masjid yang dimiliki oleh orang-orang Yahudi, mereka telah beribadah di dalamnya, dan memperlakukan seperti sebuah kuil (haikal) bagi mereka, tetapi mereka membenarkan orang Islam bersembahyang di dalamnya. Juga saya melihat diri saya bersolat di dalamnya iaitu Solat Jumaat, dan khatib berkhutbah, tetapi selepas dia selesai dan kami berdoa, mereka memasuki Mihrab dan memberikan khutbah, di hadapan rabbi (Yahudi), dan mereka bercakap dalam khutbah ini mengenai penindasan yang dialami oleh orang-orang Yahudi di negara ini, iaitu di Maghribi. Dan rabbi itu menunjukkan mukjizat di hadapan orang, tetapi tiada siapa yang percaya kepadanya kecuali pengikutnya. Kemudian saya keluar dari masjid dan melihat pekerja Islam membetulkan beberapa sudut, kemudian orang-orang Yahudi keluar dan berlawan seperti mereka berlawan dalam peperangan, ada pedang dan kuda digunakan. Kemudian mereka kembali ke masjid meraikan kemenangan mereka. Itulah mimpinya dan saya berharap ia boleh sampai kepada Syed Ahmad Al-Hassan dan supaya dia boleh mentafsirkannya untuk saya.

Pengirim: Abu Bahaa '- Maghribi.

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Yahudi tidak beribadah (solat) dalam Solat Jumaat seperti yang terlihat dalam rukya (mimpi) anda, dan ini adalah sesuatu yang anda mengetahuinya. Jadi apa yang dimaksudkan dengan orang-orang Yahudi pada zaman ini adalah sebahagian dari umat Islam, Sunni dan Syiah, dan terutamanya sebahagian orang Syiah yang menyerupai orang-orang Yahudi pada zaman Isa (as) diutus; kerana orang-orang Yahudi menunggu-nunggu Isa (as), dan apabila dia datang kepada mereka, mereka ingkar kepadanya (as). Dan orang Islam, terutamanya Syiah, mereka menunggu-nunggu Imam Mahdi (as), dan apabila ia datang kepada mereka hari ini mereka ingkar kepadanya walaupun Rasulullah (S) dan para Imam (as) memerintahkan umat mempertimbangkan (memikirkan) beliau dengan mereka menamakan beliau, menerangkan sifat dan umur beliau, dan walaupun Rasulullah (S) dan para Imam (as) menggesa umat Islam supaya beriman kepadanya dan memberinya pertolongan (kemenangan) kepadanya.

Bagi berlawan dengan pedang dan senjata, ini merujuk kepada perdebatan dan percakapan mengenai kepercayaan (iman).

Umat ​​Islam di dalam rukya (mimpi) merujuk kepada orang-orang yang benar dari pengikut Agama Ilahi yang Benar, dan mereka adalah firqah (kumpulan) yang selamat bagi sesiapa yang mengikuti Hujjah Allah di zaman mereka.

Dan rukya (mimpi) adalah satu peristiwa yang akan berlaku di hadapan anda dan di antara tangan-tangan anda, dan anda hanya perlu mengambil sedikit perhatian (pengajaran) untuk membezakannya. Jadi rukya (mimpi) sedang memberitahu anda berita ghaib dari Allah. Semoga Allah memberi anda kejayaan.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Pertengahan Syaaban / 1431 Hijrah

No comments:

Post a Comment