Tuesday 19 August 2014

Soalan 598: Serantaian hidayah dari Allah

Soalan 598
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Salam atasmu, Ya Aba Al-Qasim, Muhammad (S) dan atas Aali Muhammad dan sahabat-sahabatnya..


Satu hari hari-hari dari bulan Muharram Al-Haram pada tahun ini, saya bersumpah dengan apa yang saya lihat dalam tidur saya, saya melihat bahawa seolah-olah saya akan pergi ke Najaf Al-Syarif di pasar Al-Musaqaff tempat menjual kain, dan ketika itu saya sedang membeli kain dari salah sebuah kedai. Dan terdapat sebuah kedai yang mempunyai warna yang menarik dan berbau istimewa, yang menarik saya untuk melihat buku yang ada di salah satu rak kedai itu, dan seolah-olah ia adalah kitab Allah SWT, Al-Quran Al-Karim, tetapi di sebelahnya ....... ada tertulis: "Imam Ahmad ibn Al-Hassan". Jadi saya bertanya kepada pemilik kedai, siapakah Ahmad bin Al-Hassan, tetapi dia tidak memberi apa-apa reaksi. Tetapi nama itu tersemat di kepala saya. Dan hari ini saya menulis kepada tuan dan berharap bahawa tuan boleh memberikan kepada saya fatwa atau membantu saya, apa yang dimaksudkan dengan rukya ini?

Pengirim: Abu Ahmad - Scotland

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.

Semoga Allah memberi anda kejayaan kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Rukya anda adalah jelas dan ia adalah dari nikmat Allah kepada kamu, kerana Dia menjelaskan kepada anda yang benar dengan kejelasan ini, yang tidak mempunyai kekeliruan di dalamnya.

Fabrik (kain) dalam Kerajaan-kerajaan (Malakut) adalah pakaian takwa, dan pakaian penghuni syurga. Semoga Allah menjadikan anda dari kalangan yang terbaik daripada ahli syurga, Allah SWT berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ 

{Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.} [Al-A3raaf 07:26].

Dan Al-Quran adalah simbol bagi Hujjah dan Khalifah Allah di setiap zaman, kerana dialah yang membacakan Al-Quran dan mentafsir Al-Quran. Dan rukya anda melambangkan pintu masuk anda ke laman web Ansar di internet, dan ia mewakili ziarah Amir Al-Mukminin; kerana ia membuatkan anda kenal Amir Al-Mukminin Ali (as). Dan ia adalah kedai kain; kerana orang-orang beriman dan bertakwa mengambil daripadanya pakaian takwa dan penyelamat untuk hari pembalasan dan perhimpunan (Yaum Al-Hisab wa Al-Mahsyar). Dan haruman adalah kata-kata yang baik / manis. Dan Al-Quran adalah Pengganti Allah dan jalan bagi Khalifah Allah dan yang membuatkan anda mengenalNya. 

Dan pemilik kedai tidak membuatkan anda tahu siapakah Ahmad Al-Hassan, kerana pada masa anda masuk itu, nama Ahmad Al-Hassan dan keturunannya sehingga Ali Ibn Abi Talib (as) tidak disiarkan sepenuhnya

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya

No comments:

Post a Comment