Sunday, 24 August 2014

Soalan 475: Ziarah makam Al-Hussein - Inaya - UK

Soalan 475:                           
Dan Salam atas tuan, rahmat Allah dan barkahNya.

Saya ingin tahu tafsiran tuan tentang mimpi yang berlaku kepada saya tidak berapa lama dahulu. Ia adalah: Saya bermimpi saya berada di Karbala, antara Al-Haramain sebagai setakat yang saya ingat (dan sebenarnya saya tidak pernah ke Tanah Suci Karbala dalam hidup saya) dan saya sedang melihat langit dan mengambil gambar-gambarnya dan ketika itu adalah waktu malam. dan ada awan putih yang tebal, di antara awan-awan saya melihat tulisan yang tertulis kata-kata: "Wahai Ashab Al-Zaman (Pemilik Zaman), selamatkanlah saya". Dan saya telah melihatnya berulang kali. Saya rasa, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan berdiri dekat dengan saya, saya tidak kenal siapa mereka. Mereka bertanya kepada saya jika mereka ada dalam gambar yang saya ambil, seolah-olah mereka telah mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak mahu berada di dalam gambar atau sesuatu yang seperti itu. Jadi, saya telah berusaha untuk mendapatkan kembali gambar-gambar yang saya ambil dan menerangkan kepada mereka bahawa saya hanya mengambil gambar-gambar langit dan saya tidak mengambil gambar mereka. Dan saya tidak pasti jika kamera menangkap gambar mereka dengan tidak sengaja ..

Kemudian tiba-tiba masuk waktu solat Maghrib dan Isyak. Para penjaga mula menutup pintu Al-Haram (makam) dan pintunya berwarna putih. Kerana pintu hampir ditutup jadi saya tidak dapat masuk ke dalam makam. Dan orang-orang telah keluar dari makam itu seolah-olah mereka tidak mahu solat di dalam makam. Tidak ramai orang yang tinggal di makam. Dan pintu hampir ditutup, maka saya berkata kepada penjaga itu, bolehkah saya masuk dan solat di makam? Saya tidak pernah ziarah Imam sehingga sekarang. Lalu dia membenarkan saya dan saya masuk, dan seolah-olah pintu ditutup di belakang saya. Sebaik sahaja saya masuk saya amat teruja untuk ziarah, dan dalam kegembiraan saya memegang ambang suci makam. Saya terus bersujud dengan cepat di ambang; kerana saya takut mungkin ada orang-orang melihat saya semasa bersujud kerana ia tidak dibenarkan. Jadi saya tanggalkan kasut saya dan memegangnya dan memasuki taman (halaman). Saya percaya saya telah minta tempat hanya untuk wanita sahaja. Begitulah saya masuk makam yang kosong yang hanya ada beberapa orang di dalamnya. Ketika memasuki makam saya tidak tertahan untuk menangis dan menjerit atas nasib malang Imam Al-Hussein (as) ..

Saya tidak percaya bahawa saya tiba di Al-Hussein dan memasuki makam sucinya, dan suasana kelilling merah, saya rasa, dan saya fikir saya masuk ke dalam bilik Al-Manhar, dan dindingnya juga merah. Saya percaya saya mula membuat doa pada masa itu..Pada hari berikutnya (di dalam mimpi) makam penuh sesak, dan saya memasuki makam dengan seorang kawan saya semasa hari-hari ziarah namanya Du’a (Du3a), dan saya juga ingat bahawa ada seorang perempuan bersama kami, saya tidak ingat dia tetapi mungkin dia adalah ibu saya. Kami menaiki tangga di makam dan saya membawa dua biji gelas. Dan si gadis Du’a (Du3a) itu juga membawa dua biji gelas. Tetapi salah satu daripada gelas saya jatuh dan pecah di ambang tangga makam. Jadi saya turun ke ambang untuk mengumpul kaca yang berkecai itu agar tidak melukakan kaki orang-orang yang lalu lalang. Saya rasa. Kemudian saya telah mendengar suara perempuan lain yang juga bersama saya semasa hari-hari Ziarah, beliau dipanggil Umm Murtadha. Dia membaca Latmiyyah mengenai Fatimah Al-Zahraa '(as) dan dia sedang meratapi Imam Al-Hussein, semuga jiwaku menjadi tebusannya, di makam suci.

Pengirim: Inaya - UK

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Imam Al-Hussein (as) mewakili Al-Hussein di zaman ini.

Dan orang keluar daripada dari makam walaupun mereka di dalamnya, bererti kekufuran mereka kepadanya dan mereka keluar dari Al-Wilayah selepas mereka berada di dalam Al-Wilayah yang jelas sebelum ini sebelum mereka diuji.

Dan anda memasuki ke Makam sebelum pintu tertutup bermakna, jika dikehendaki Allah, mempercayai kepada penyeru kebenaran dan Al-Hussein pada zaman ini.

Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia memberikan kepada anda kebaikan dunia dan akhirat, dan semoga mimpi (rukya)  anda menjadi kenyataan (benar). Dan Dialah Wali-ku dan Dia menjaga orang-orang yang soleh.


Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya. 

No comments:

Post a Comment