Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian tertentu bagi
Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali
Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Dan Salam atas kamu, dan
rahmat Allah ke atas Maulana Muhammad dan washiy dan utusannya Ahmad dan atas bapa-bapa
mereka yang suci dan baik.
Soalan pertama saya:
Mengapa saya melihat rukya-rukya mengenai ulamak setelah mereka mati?
Saya melihat Sayyed
Al-Khomeini 3 hari selepas kematiannya, ada cahaya telah keluar dari dahi dan
pipinya, dan saya tidak dapat mengenal dia kecuali dari alis keningnya. Dan dia
ada ulamak yang lain bersama semasa mereka pada permulaan jalan. Dan aku
melihat Bint Al-Huda, saudara perempuan Al-Sadr, rambutnya panjang dan dia
memakai sesuatu yang kelihatan sama dengan selubung, dan dia berkata kepada
saya, "umur kamu adalah dari umur saya", atau "umur saya adalah
dari umur kamu ", saya tidak ingat.
Dan saya melihat Baqir
Al-Hakim selepas letupannya itu duduk di dalam bilik ulamak-ulamak syahid,
seolah-olah dia adalah seorang kanak-kanak lelaki di atas sofa, dan di sebelahnya
adalah Al-Syahid Al-Sadr Al-Thani yang
tua dan beliau bersandar pada Al-Hakim, seolah-olah dia telah memujinya. Dan Syed
Baqir tersenyum, senyuman seorang pelajar apabila gurunya memujinya, dan cahaya
bersinar dari kepala Al-Sadr berbentuk bulatan, dan sofa Syed Al-Sadr adalah
lebih tinggi daripada sofa Syed Al-Baqir.
Dan saya melihat Syed
Muhammad Ridha Al-Shirazi pada masa yang sama dia disiarkan di Internet, dan
dia telah mati, berdiri, dan ada kain yang hijau kebiruan Fairuz (Turquoise) dikafankan
padanya, warnanya sangat cantik. Dan terdapat kalung perak di lehernya, dan ada
kunci tergantung padanya, dan ia agak besar, dan dua perkara lain yang saya
tidak ingat.
Dan akhir sekali, ini
adalah kali ketiga atau lebih bahawa saya mendengar ayat-ayat Suci dalam tidur
saya:
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ
مُّبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ ۖ هَـٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ * رَّبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ *............... إِنَّا
كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا ۚ إِنَّكُمْ عَائِدُونَ
{Maka tunggulah hari
ketika langit membawa kabut yang nyata, * yang meliputi manusia. Inilah azab
yang pedih. * " (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari
kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman". " * ...... * ...... *
Sesungguhnya (kalau) Kami akan melenyapkan siksaan itu agak sedikit sesungguhnya
kamu akan kembali (ingkar)} [Al-Dukhan 44: 10-15], dan juga saya mendengar
ayat-ayat permulaan Surah Al-Anbiyaa' dan ayat-ayat terakhir Surah Al-Shams
إِذِ
انبَعَثَ أَشْقَاهَا
{Ketika bangkit orang
yang paling celaka di antara mereka. ..} [Al-Syams 91:12], dan sebahagian
daripadanya adalah dengan cara yang sama tuan membacanya. Adakah semua itu
mempunyai kaitan dengan saya? Saya takut ya tuan, sila doakan supaya kita mempunyai
pengakhiran yang baik.
Pengirim: Zainab - Emiriah Arab Bersatu
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian tertentu bagi
Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali
Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Kadang-kadang apa yang
dimaksudkan dari rukya-rukya (mimpi) mengenai orang-orang tertentu hanyalah
nama-nama sahaja. Jadi Syed Khomeini yang anda lihat tidak sama dengan Sayyed
Khomeini (rahimahu Allah), sebaliknya, Allah hanya memberitahu anda mengenai umat
setelah kematian Al-Syed (rahimahu Allah) melalui seseorang yang anda kenal dan
dia adalah Syed Al-Khomeini, jadi apa yang dimaksudkan hanyalah nama Syed
Al-Khomeini, dan ia adalah "Rohullah (Roh Allah)-nya".
Dan juga tidak mungkin Bint
Al-Huda yang kamu lihat adalah Bint Al-Huda Al-Alawiyah saudara perempuan Syed
Muhammad Baqir (rahimaha Allah); kerana dia berkata kepada anda "Umur anda
adalah dari umur saya (dan ini adalah ayat yang betul) yang bermaksud bahawa
dia adalah dari keluarga Muhammad dan bukan orang biasa biasa, bahkan dia
adalah dari Roh-roh Kehidupan - dan mereka adalah keluarga Muhammad (as) - yang
hidup dan mati, dan seluruh ciptaan adalah daripada mereka.
Dan mimpi anda tentang Syed
Muhammad Al-Baqir Al-Hakim dan Al-Syed Al-Sadr (rahimahuma Allah), insya Allah
(jika dikehendaki Allah) itu baik bagi mereka, dan mereka mati dalam Al-Wilayah
insya Allah (insya Allah) dan sebelum kenyataan 13 Rejab dan mereka tidak
menafikan seruan.
Dan Muhammad Ridha
Al-Shirazi, dalam mimpi (rukya) anda tentang dia tidak baik, kerana untuk rantai dan kunci menunjukkan
penjara. Semoga Allah melindungi kamu dari penjara akhirat.
Adapun apa yang anda dengar,
ia adalah satu amaran hukuman yang akan datang kepada penduduk Bumi. Saya mohon
kepada Allah agar anda dan semua ansar dalam keadaan baik dan diselamatkan dan
mempunyai pengakhiran yang baik. Adapun ayat {Ketika bangkit orang yang
paling celaka di antara mereka. ..} ia adalah kerana jalan Al-Mahdi akan
menjadi seperti jalan Ali (as), dan pengakhiran beliau akan menjadi seperti pengakhiran
Ali (as) .
Semoga Allah memberi
kejayaan kepada segala perkara yang baik. Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah
dan barkahNya.
Ahmad Al-Hassan
No comments:
Post a Comment