Soalan
118
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Salam
bagimu.
Saya
melihat kafilah kesatria besar, dan yang di hadapan sekali menunggang seekor kuda
yang sangat cantik, dan mereka memegang panji-panji merah. Orang ramai berdiri
di kedua-dua belah tepi jalan raya dan menjerit dan memanggil: "Ini adalah
kafilah Imam Mahdi (semoga Allah mempercepatkan Kelapangan beliau)". Dan
apabila mereka sampai di tempat di mana saya berdiri, kafilah berhenti, dan penunggang
kuda dengan wajah yang tampan dan bercahaya bersinar memandang ke arah saya,
tersenyum, dan membawa keluar sebuah beg dari tali pinggang dan melemparkan
kepada saya, maka beliau bergerak ke hadapan. Dan apabila saya membuka beg tersebut
saya dapati di dalamnya Dirham (wang) dengan bingkai emas dan di muka wang itunya
ada gambar Imam Ali (as) ... Saya berharap Yang mulia Syed Al-Yamani boleh
mentafsir rukya ini dan menasihati kami. Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.
Pengirim:
Ahmad Abdullah Muslim Al-Badry
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Dalam
dunia ini, orang yang mendapat wang atas kerjanya. Dan dalam Kerajaan-kerajaan
Lelangit, orang mendapat ganjaran (pahala) atas ketaatan dan amal ibadahnya.
Jadi Dirham (wang) ini merujuk kepada perbuatan baik (ganjaran) bagi orang yang
melihat rukya yang diperolehnya. Dan gambar Imam Ali (as) padanya merujuk
kepada kenyataan bahawa perbuatan dan ganjaran yang baik adalah untuk yang mengikut
Wilayah Ilahiyah yang benar.
No comments:
Post a Comment