Friday 22 August 2014

Soalan 634: Iman perkara ghaib tidak boleh dipaksa - Khaldoun Al-Baqir - Sweden

Soalan 634
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas yang diutus ke dunia, Rasul Allah, Aba Al-Qasim Muhammad, dan ke atas keluarganya yang baik lagi disucikan.
                             
Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Beberapa ketika dahulu, saya melihat dalam alam mimpi (rukya) di mana saya berada di tempat orang-orang lelaki berpakaian hitam berkumpul dan ada bersama mereka wanita memakai Hijab mengikut cara terbaik yang seseorang Muslim akan melihat. Kemudian seorang lelaki yang dihormati keluar, dan isterinya ada bersama dengannya, dan dia mempunyai daya tarikan dan ketokohan (martabat) yang akan menarik perhatian permerhatinya. Kemudian lelaki itu bercakap dengan kami dan berkata: 
Lihat di belakang kamu, kami dapati sebuah kapal terbang hitam yang besar. Dan lelaki itu berkata kepada kami: Naiklah. Oleh itu, kami menaiki kapal terbang itu, dan kapal terbang itu pun berlepas. Dan lelaki tetap menerangkan kepada kami rangka pembuatan pesawat tersebut. Tidak lama kemudian, tiga buah kapal terbang datang menghampiri kami, dan kami, para penumpang, tahu bahawa ia adalah pesawat Israel. Tetapi lelaki itu berkata: jangan takut, ia tidak akan dapat musnahkan kita insya Allah. Kemudian pesawat-pesawat melancarkan roket pada kami tetapi ia tidak mengenai kami.
Kemudian pesawat-pesawat itu menghilang, dan kami mendarat di tempat yang seolah-olah seperti syurga, mata air, tumbuh-tumbuhan, bunga-bunga, padang rumput dan tempat-tempat kediaman. Kemudian seorang lelaki melemparkan banyak ikan-ikan dan berkata kepada saya: Ambillah, ini untuk kamu. Kemudian saya pergi ke rumah saya yang saya tahu, tetapi saya tidak tahu bagaimana saya mengetuk (membuka) pintu, dan pintunya terbuka. Mimpi berakhir.

Beberapa kejadian ghaib berlaku kepada saya yang membuatkan saya tersisih dari orang ramai, tersasar dalam pemikiran, dan menunggu kelegaan (bantuan). Kejadian terakhir berlaku dalam bulan Ramadhan, terutamanya pada hari-hari akhir. Sesuatu yang berlaku yang menggemparkan saya, saya dimaklumkan beberapa orang yang beriman  di Karbala mengenai apa yang telah berlaku, maka saya tahu dari mereka bahawa kejadian yang berlaku seperti sesuatu yang lain daripada yang saya alami. Atas alasan itu, dan selepas bertawakkal kepada Allah dan mengucap selawat dan salam kepada Rasulullah dan Ahlul Bayt yang baik lagi disucikan, saya bercadang untuk menyampaikannya kepada tuan. Dan Salam atas tuan, rahmat Allah dan barkahNya.
.

Jadi, bolehkan tuan beritahu saya mengenai kejadian yang akhir itu supaya hati saya boleh menjadi tenteram?

Pengirim : Khaldoun Al-Baqir - Sweden

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Dalam penglihatan (rukya –mimpi) ini Allah memberi berita gembira berkenaan kemunculan Mahdi dari keluarga Muhammad. Dan dia sedang memanggil anda ke arah kebenaran. Saya memohon kepada Allah supaya anda boleh menyertai seruan kebenaran dan menyokong kebenaran.

Kapal terbang ini merupakan kelegaan. Dan insya Allah (jika dikehendaki Allah) ia akan tiba ke tujuan di sebalik cubaan musuh-musuh Allah untuk memadamkan cahaya Allah, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani ke atas segala sesuatu.

Bagi soalan anda bahawa apakah yang noleh memaksa anda untuk mengikuti kebenaran, ini tidak betul, semoga Allah memberikan kejayaan kerana iman perlu memerlukan sesuatu yang ghaib, dan Allah memberikan kamu suatu bukti ghaib melalui mimpi (rukya), jadi anda mesti mengambil satu langkah ke hadapan ke arah kebenaran agar Allah menambahkan anda daripada nikmatNya dan mengurniakan kepada anda yang dengannya anda akan berasa tenteram. Dan anda tidak boleh membatalkan ruang-ruang ghaib dari awal lagi; kerana kemudian nanti [iman anda] akan menjadi seratus peratus kebendaan / jasmani (fizikal dan material) dan iman jenis ini yang akan menjadi paksaan (memaksa) untuk beriman! Dan ia tidak berbeza dengan iman Firaun apabila mukjizat yang memaksa datang, tetapi Allah tidak menerima imannya. Allah SWT berfirman:

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ * فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ

{Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".* Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.? * Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.} [Yunus 10:90-92]

Dan anda boleh membaca tafsiran ayat-ayat ini dalam Kitab "Tafsiran ayat dari Surah Yunus" dan ia boleh didapati di laman web Ansar Al-Imam Mahdi; mungkin Allah akan memberi manfaat kepada anda dengannya, semoga Allah memberikan kejayaan dan menetapkan langkah-langkah anda untuk mencapai keredhaan-Nya SWT.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / ​​1432 Hijrah

No comments:

Post a Comment