Wednesday 20 August 2014

Soalan 603: Universiti, jari terputus dan Hospital.

Soalan 603:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Salam atasmu wahai Hujjaj Allah (Tanda Allah) di bumi-Nya, Salam sejahtera para ansar Imam kita dan yang kita kasihi Washiy Imam Mahdi kita (as).

Rukya (mimpi) saya, hanya Allah lebih mengetahui sama ada ia mempunyai tafsiran atau tidak, saya tidak tahu, sama ada ia dari syaitan atau tidak. Yang diketahui bahawa (Aku memohon perlindungan kepada Allah dari Ananiah (keakuan -keegoan) yang saya takut dari segala yang lain walaupun di dalam mimpi, tetapi dalam mimpi ini saya tidak takut walaupun ia adalah dahsyat.

Saya melihat diri saya di restoran universiti tempat saya belajar, dan saya mengambil pinggan saya dan semua makanan dan saya tidak memberi perhatian kepada makanan yang berada di pinggan. Kemudian, saya sampai di tengah restoran untuk mendapatkan sekeping roti, dan saya terus cuba untuk memotong dengan pisau, dan dengan tidak disengaja saya memotong jari telunjuk kiri saya, tetapi saya sangat tenang, dan saya telah mengambil bahagian yang terpotong dari jari saya dan memasukkannya ke dalam mulut saya dan diletakan di bawah lidah saya, dan saya balut jari tinggal itu dan pergi ke dapur restoran dan bertanya kepada orang yang ada di sana untuk memberikan kepada saya sebiji mangkuk pensteril (mangkuk perubatan- alat sterilisasi). Dan dari mulut saya, saya keluarkan bahagian (jari) yang terpotong tadi dan saya memasukkannya ke dalam mangkuk pensteril dan saya juga meletakkan bahagian baki jari saya itu. Dan saya menunggu ambulans dan semua orang takut, kecuali diri saya, saya selesa.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Permintaan khas dari Imam Al-Hujjaj untuk mendoakan 'saya untuk menetapkan pendirian saya kepada jalan yang lurus dan petunjuk dan dalam menyokong Imam pada Hari Agama (Hari Pembalasan)

Penghantar: Khadimah Ahlul Bayt - Finland

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.

Insya' Allah (jika dikehendaki Allah) mimpi anda adalah berita gembira untuk anda, dan ia baik untuk anda.

Universiti atau kolej dalam mimpi (rukya) adalah simbol untuk Langit Aqal, Langit Ketujuh Al-Kuliyah (Langit Ketujuh Keseluruhannya), dan insya Allah anda berada di jalan anda untuk menyempurnakan akal dan Allah mengumpulkan kamu bersama dengan Nabi-nabi dan Para Rasul (as).

Bagi jari, dalam penglihatan yang mewakilinya sepupu-sepupu, dan orang-orang yang dekat dengan orang (yang mimpi) itu. Terpotong ertinya berbeza padanya atau putus hubungan dengan dia atas sebab tertentu seperti dengan orang yang tidak percaya pada kebenaran.

Melangkah ke hospital ertinya cuba untuk menetapkan dia. Dan saya bermohon kepada Allah agar Dia memberikan anda kejayaan dan pengakhiran yang baik.

No comments:

Post a Comment