Soalan
613
Salam atas kamu,
dan rahmat Allah dan barkahNya.
Saya
telah mengikuti bilik (paltalk room) Ansari untuk beberapa waktu, dan saya
telah membaca perkara-perkara mengenai Imam di laman web dan saya telah
mendengar rakaman dengan namanya. Pada mulanya saya berasa selesa mengenai arah
apa seruannya. Tetapi masalah saya adalah bahawa saya seorang Sunni, dan tidak
percaya kepada Imamah sebagai yang pertama (utama)! Namun begitu, saya tetap menyertai
bilik (paltalk room) agar mungkin Allah akan mendedahkan kebenaran kepada saya
jika saya tidak ada di dalam kebenaran itu.
Salah
seorang saudara (ansar) menasihatkan saya supaya membuat Istikharah apabila dia
mendengar saya masih teragak-agak mengenai dakwah ini. Jadi saya mandi, berdoa
dan meminta Allah untuk membimbing saya kepada kebenaran, dan saya tidur semasa
mendengar rakaman Imam Ahmad Al-Hassan, dan saya bermimpi bahawa saya sedang
tidur di bawah sebatang pokok, dan pokok itu berada di sebelah jalan berdebu di
kedua-dua bahu jalan.

Kemudian
seorang lelaki tua keluar, janggutnya hampir menyentuh bumi, dan pakaiannya kotor,
seolah-olah ia datang dari masa lalu, dia bertopang pada tongkat yang lebih
tinggi daripadanya. Dia duduk di sebelah saya dan berbisik di telinga saya
dengan lembut dan berkata: "Ini bukan masa yang sesuai untuk tidur, bangun
wahai Ibrahim". Jadi saya bangun ketakutan dan saya melihat beliau dan
rasa takut saya bertambah. Lalu dia berkata: Jangan takut, dan jangan tanya. Dengarkanlah
seorang lelaki tua yang berumur sama dengan ramai orang dan dia tidak
berkata-kata kecuali hanya kepada beberapa orang, dan dia berbicara dengan kamu
sekarang, jadi dengarkan, hafal dan fahamkan, kerana saya tidak akan mengulangi
apa yang akan saya kata. Pergi ke timur dan kamu akan mendapati sebuah
perkampungan kecil orang-orang miskin, penduduknya sederhana dan mereka adalah orang-orang
yang baik. Maklumkan kepada mereka bahawa matahari adalah jendela yang sangat
kecil dari api neraka yang terbuka di bumi dan mereka mesti meninggalkannya. Jika
ada sesiapa yang enggan untuk tinggal bersama kamu, jangan mendesak mereka, dan
teruskan berjalan, kamu dan mereka yang bersama kamu, ke arah timur, dan kamu
akan pergi kampung yang lain, penduduknya lebih kaya dan kurang sopan, jadi kamu
harus berhati-hati dengan mereka dan tidak mendesak mereka untuk ikut dengan kamu
dan teruskan berjalan ke timur, kamu dan orang-orang yang mengikut kamu dari
kampung kedua, sehingga kamu sampai ke kampung yang ketiga, kemudian lakukan
seperti apa yang telah kamu lakukan. Dan dari setiap kampung kamu akan dapati, kamu
akan temukan orang-orang yang lebih kaya dan lebih tidak sopan, sehingga kamu
sampai ke kampung yang ketujuh, lalu berkelilinglah tanpa penduduknya melihat kamu.
Dan kamu akan dapati di belakang kampung ini ada sebatang pokok seperti pokok
ini yang melindungi kita sekarang Wahai Ibrahim, daunnya lebih hijau, dan ia
kelihatan lebih subur, dan buah-buahnya yang lebat, dan bayang-bayang (redupan)
yang melebar ke hadapannya melindungi seluruh bumi. Mungkin kita akan bertemu
di bawah pokok itu apabila kamu sampai, dan mungkin kita tidak akan bertemu.
Tidur di bawah pokok itu seperti tidur kamu ini. Dan apabila matahari terbit, bergerak
mengikut bayang-bayang pokok ini, matahari kamu tidak akan terbenam sehingga diizinkan
Allah.
Kemudian dia menghulurkan tangannya dan memetik sehelai daun dari pokok
itu, dan dia menghulurkannya kepada saya, jadi saya menghulurkan tangan saya dan
mengambil darinya, dan ia merupakan sekeping surat yang ada tulisan di
dalamnya, saya melihatnya dengan jelas, dan surat itu terpapar huruf
"Nun". Jadi saya berkata: Apa yang saya boleh lakukan dengannya?
Beliau berkata: Saya telah maklumkan kepada kamu supaya tidak bertanya, dan dia
meninggalkan saya dan pergi. Saya cuba memeluknya tetapi dia menghilang. Ia
adalah sebuah mimpi yang indah dan menenangkan walaupun saya tidak faham suatu apa
pun. Saya meminta seorang saudara ansar dan beliau mencadangkan kepada saya supaya
menyampaikannya kepada tuan.
Saya
memohon kepada Allah, jika tuan di atas kebenaran, supaya Dia membimbing saya
ke arah itu. Saya berharap balasan yang cepat, dan tahu bahawa saya tidak
mengatakan surat itu kecuali kepada kamu, semoga Allah menjaga kamu
Pengirim:
Ibrahim Abdullah - Arab Saudi
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah,
Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam
dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktarafan.
Saya
memohon kepada Allah supaya Ia memberi anda kejayaan dan pengakhiran yang baik.
Pokok
yang anda tidur di bawahnya dalam mimpi ini, adalah petunjuk kepada apa yang
anda dengar sebelum anda tidur. Yang bermaksud bahawa ia adalah pohon yang
diberkati dalam Al-Quran, dan ia adalah pohon Muhammad dan (Keluarga) Aali Muhammad
(S). Orang yang kamu nampak adalah seorang lelaki yang soleh dan dari
orang-orang pilihan Allah; kerana janggut dalam rukya (mimpi) merujuk kepada
agama.
Dan
menyuruh anda supaya bangun, bermakna supaya menyokong kebenaran dan bangun
daripada kelalai dunia dan supaya [bangun] sibukkan diri dengannya dan dengan penduduknya.
Dan
kerja-kerja yang dia arahkan ke arah anda, insya Allah anda akan diberi
kejayaan mengenainya oleh usaha dan kerja keras setelah sedar dari kelalaian.
Kertas
yang mempunyai huruf Nun ia merujuk kepada kata-kata Allah SWT:
ن ۚ وَالْقَلَمِ
وَمَا يَسْطُرُونَ * مَا أَنتَ
بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
{Nun,
demi kalam dan apa yang mereka tulis, * berkat nikmat Tuhanmu kamu sekali-kali
bukan orang gila. } [Surah Al-Qalam 68: 1-2]
Dan
Salam atas kamu,
dan rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Syaaban
Al-Khair wal-Barakah / 1431 Hijrah
No comments:
Post a Comment