Friday 22 August 2014

Soalan 636: Meja makan Al-Hussein - Abeer - Arab Saudi

Soalan 636


Saya mempunyai mimpi, iaitu saya menghadiri ke meja makan Imam Hussein (as). tempat itu sangat penuh sesak dengan orang ramai, dan ada banyak makanan. Dari makanan yang ada terdiri dari Luqaymat, beras, daging panggang, kentang dan banyak jenis dan banyak pula jumlah makanannya. Apabila mereka menawarkan makanan kepada saya, tangan saya tidak mengambilnya kecuali daging panggang. Kemudian seolah-olah adik saya menelefon saya bertanyakan di mana saya berada, maka saya katakan kepadanya, saya di meja makan tuan dan maula saya Aba Abdillah. Kemudian saya terbangun. Dan segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Jadi apakah tafsiran mimpi (rukya) saya, wahai tuan?

Salam hormat saya kepada tuan.

Pengirim: Abeer - Arab Saudi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Makanan adalah ilmu pengetahuan dan makrifah

Meja makan Imam Hussein (as) bermakna ilmu pengetahuan Ahlul Bayt (as), yang bermaksud bahawa anda mengambil bahagian dalam menyebarkan ilmu yang datang dari Mahdi Pertama.

Dan Al-Hussein di zaman ini adalah orang yang mewakili Al-Hussein (as), dan beliau adalah Mahdi Pertama dari keluarga Muhammad (as).

Tahniah untuk mimpi (rukya) ini dan saya memohon kepada Allah supaya Dia menjadikan anda teguh di atas kebenaran.

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / ​​1432 Hijrah

No comments:

Post a Comment