Saturday, 23 August 2014

Soalan 369: Kurang simbol-simbol rukya - Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Soalan 369: Kurang simbol-simbol rukya - Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Salam atas tuan. Kira-kira lima tahun lalu, saya melihat dalam tidur saya bahawa terdapat kilat, guruh dan hujan, saya mahu meminta seseorang dalam mimpi itu apa yang sedang berlaku. Kemudian saya melihat salah satu daripada orang-orang mukmin (semoga Allah merahmatinya) yang bernama Abdullah bin Ahmad Al-Naser (pendokong) dan dia tahu soalan saya sebelum saya cakapkan dan dia memberikan jawapan kepada saya sambil tersenyum dan beliau memegang sebatang tongkat di tangannya yang digunakan ketika berjalan, dia berkata, "sesungguhnya Mahdi (as) telah muncul". Jadi saya bangun dan azan Fajr pun berkumandang dengan "Allahu Akbar (Allah Maha Besar)". dan seolah-olah Al-Mahdi (a.s) telah benar-benar muncul.

Nota: Lelaki yang saya lihat meninggal dunia setahun sebelum kemunculan Yamani (as). Maksudnya 11 tahun selepas mimpi saya atau sebelumnya, satu tempoh yang dekat dengan mimpi isteri saya melihat lelaki yang sama berkata kepadanya sambil menjerit: "Al-Mahdi telah muncul Al-Mahdi telah muncul!!". Apa yang saya pelik berkenaan mimpi-rukya saya ialah bahawa saya tidak berfikir tentang Al-Mahdi (as) sebelum saya saya tidur malam itu serta malam-malam sebelumnya. Saya menunggu tafsiran tuan dan terima kasih.

Pengirim: Abu Al-Rahmat - Arab Saudi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Hujan adalah petunjuk kepada kebaikan yang turun dari langit.

Mimpi (rukya) ini hampir tanpa simbol yang jelas. Nama Abdullah bin Ahmad Al-Naser (pendokong) adalah jelas untuk dikaitkan kepada seruan (dakwah) kebenaran.

Bagi orang yang anda lihat, dia bukan orang yang sama, sebaliknya anda melihat seorang malaikat daripada malaikat-malaikat Allah tetapi dia diwakili dalam imej hamba ini kerana anda tahu dia adalah seorang yang soleh dan kerana kedudukan nama.

Kerana pada masa mimpi (rukya) anda, ia adalah hampir dengan permulaan seruan (dakwah) di Hawzah Najaf dan beberapa kawasan di Iraq, yang bererti pada pertengahan tahun 2002, dan juga ia hampir dengan permulaan penyebaran seruan (dakwah) sekali lagi, hampir di pertengahan tahun 2003, bermakna selepas kejatuhan rejim Saddam dan penaklukan Iraq.

Bagi akhir tahun 1999 sehingga pertengahan tahun 2002, lebih kurang, saya telah ditugaskan untuk menunjukkan penyelewengan di Hawzah Najaf dan pengislahan dalam Hawzah tetapi tanpa mengumumkan bahawa saya mempunyai apa-apa kaitan dengan Imam Mahdi (as) . Jadi akhir tahun 1999 sebagai permulaan seruan (dakwah) hanya berlaku pada saya dan tidak ada pengumuman kepada orang ramai pada masa itu.

Ahmad Al-Hassan
Syaaban Al-Khayr 1430 Hijrah

No comments:

Post a Comment