Monday, 18 August 2014

Pencerahan

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا


Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta limpahan salam pengiktirafan


Saudara sekelian, kita berada di akhir zaman. Tidak dapat tidak ianya telah dan sedang berlaku. Inilah rahsia Agama Islam, yang dari awal diingatkan Allah Azza wa Jalla (AWJ), di dalam Al-Quran, “mereka (orang bertaqwa) yang beriman kepada yang ghaib” [Al-Baqarah S 2:3]. Perkhabaran sah perkara Ghaib hanyalah dari Allah, Al-Rasul dan Pemimpin-pemimpin (Imam-imam) HidayahNya.
  
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ

Kami telah menjadikan mereka pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah (urusan) Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan. [Al-Anbiak 21:73] 

Perkara Ghaib memang susah, tetapi hari ini kita lihat pengetahuan manusia menyelesaikan masalah rumit dengan formula, mampu menerbangkan logam berat ke angkasa lepas, semuanya boleh diselesaikannya, kerana mereka bersungguh dengannya.

Sepatut ayat-ayat Allah AWJ mengenai Imam Al-Mahdi, hadits-hadits Al-Rasul, dan riwayat yang wujud di kalangan msayarakat Islam dengan Iman dan taqwa kita dapat menyambut kemunculan beliau (Imam Al-Mahdi). Kekusutannya tidak banyak dan ia memang susah kerana ia perkara ghaib. Perkara ghaib mesti diselesaikan dengan Yang Ghaib. Antara kekusutannya adalah:

1.     Namanya: bagi riwayat sunni ada Nama Muhammad dan ada nama Ahmad – sebab sunni tidak percaya Al-Rasul (S) mempunyai wasiat bertulis. Riwayat Syi’ei tiada masalah, Imam Mahdi bernama Muhammad dan Mahdi Pertama bernama Ahmad – ada di dalam wasiat Al-Rasul (S) ditulis di malam kematiannya.
2.     Masa – akhir zaman ianya telah dan sedang berlaku.
3.     Para Sahabatnya, 313 elit (utama) dan 10 000 orang yang mengikutinya (beriman dengannya) – ini tidak berlaku seperti turunnya Nabi Isa (as) dan ia memakan masa.
4.     Musuhnya – sebelum, semasa dan zaman pemerintahannya.
5.     Kemunculannya Al-Imam Al-Mahdi  – Di-bai’ah di antara Penjuru Hajar Aswad dan Maqam (Ibrahim).

Maka pada tahun 1999 Al-Syed Ahmad Al-Hassan setelah bertemu dengan bapanya (dari segi nasab) Imam Al Mahdi (a.s) di alam nyata. Imam Al Mahdi (a.s) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (a.s) mengikut arahannya. Sejak itu dia mulakan dakwahnya.  berterusan sehingga ke tahun 2002. [Orang ramai mendapat pengelihatan (mimpi, rukya atau visi dalam tidur) dan kasyaf (kebenaran yang dibuka Allah, hidayah kesedaran dll ketika jaga) lalu berbai’ah kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan sebagai utusan dan washi Imam Mahdi waluapun beliau tidak menghendakinya (bai’ah Pertama) Para ansar diuji sehingga mereka tinggal sedikit meninggalkan Imam. Imam kembali Uzlah. Kemudian berlaku bai’ah kedua dan menjadi seperti itu perkara yang sama berulang Imam kembali Uzlah Seterusnya berlaku bai’ah ketiga barulah ansar tersebar ke seluruh dunia].

Apabila Imam Mahdi (a.s) mengarahkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia (a.s) adalah utusan Imam Mahdi (a.s) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepadanya.  Pada tahun yang sama (2002) di bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 hijrah di kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (a.s) mengarahkannya (a.s) supaya mengajak keseluruhan manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S) di malam sebelum kewafatannya.

Al-Yamani Al-Syed Ahmad Al-Hassan as berkata:

Aku membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al-Mahdi as bahawa sesiapa sahaja selepas tarikh 13 Rajab, 1425 H (29, Ogos 2004) yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as adalah
1.     Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.! Dan semua ibadahnya tertolak, secara keseluruhannya maupun satu persatu. Tidak pada Haji, solat, puasa, zakat, tidak juga pada Wilayahnya.

2. Rasulullah (S) Muhammad ibn Abdullah berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci dan mengisytiharkan kesetiaannya. "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Dan pujian bagi Allah yang Esa

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, Yang akan menyatakan kepada mereka, Bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran kami. (An-Naml 27:82)

Semua orang-orang yang membai'ah selepas 1425 AH bai’ah kesetiaan mereka adalah diterima insyaallah. Semoga Allah swt menjadikan kita tetap teguh.

Setelah lebih seribu tahun wasiat Al-Rasul itu tiada siapa mendakwanya kini ia ada pendakwa iaitu Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Disokong oleh terlalu banyak mimpi benar (rukya) dan kasyaf yang kemudian membai’ahnya. [Antara rukya (mimpi) tersebut dibukukan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan antaranya saya bawakan kepada saudara]. Dakwah mula pesat pulahan kitab telah di terbitkan hingga kini. [tapi malangnya yang Berbahasa Melayu terlalu sedikit atau hampir tiada]. Beribu-ribu soalan telah dikemukan di Internet dan diushakan untuk dijawab oleh Mahdi Pertama ini dan Ansar Imam Al-Mahdi as.

Antara kata beliau:

Saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli (membabi buta), tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah. apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.

Berikut saya petik di muka depan laman web rasminya (berbahasa Arab) untuk tatapan saudara
         
Adakah anda tahu siapa kami?
Kami dari semua bangsa dan dari semua negara berkumpul keran satu perkara.

Adakah  anda mahu tersesat atau tidak?

Ikutlah Wasiat Nabi Muhammad (S) asas (sumber) untuk umat menghindarkan diri daripada kesesatan.
Bagaimana kita dapat membezakan seruan yang hak dari seruan yang batil?
Peraturan mengenal Hujjah-hujjah (dalil dan bukti) dan mengenal Pendakwah yang benar dari yang berdusta.

Panduan (bukti) dakwah (seruan) Imam Ahmad Al-Hassan (AS)

Adakah anda seorang Sunni Muslim? (ada pautan)
Imam Ahmad Al-Hassan (AS) adalah Mahdi Ahmad, yang dinamakan namanya dengan namaku Rasulullah (S) dan nama bapanya nama bapa Rasulullah (S) yang dilahirkan pada akhir zaman.

Adakah anda seorang Syiah Muslim? (ada pautan)
Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah Al-Yamani, Mahdi Pertama bernama Ahmad, washiy dan utusan Imam Al-Mahdi, Muhammad bin al-Hasan (as) yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) pada malam kematiannya.

Adakah anda seorang Atheis? (ada pautan)
Ketahuilah Pencipta dan penggantiNya (KhalifahNya), sebahagian dari mereka Al-Mahdi Ahmad Hassan (as) yang wujud hari ini. Dan baca topik-topik saintifik yang berkaitan dengan penciptaan dan untuk membuktikan kewujudan Tuhan.

Adakah anda seorang Keristian atau Yahudi?
Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah utusan Isa (as) bagi orang-orang Kristian dan utusan Elia (Iliya) (as) orang-orang Yahudi. Ketahui nubuatan dalam Perjanjian Lama dan Baru mengenai Nabi Muhammad (S) dan ahli keluarganya (ahli Bait) yang disucikanNya dan di antara mereka adalah Imam Ahmad Al-Hassan (as) yang wujud pada hari ini.

Jadi mimpi atau rukyah atau pengelihatan semasa tidur yang di bawakan di dalam laman web ini adalah berdasarkan Hujjah dan Khalifah Allah yang membawa Al-Tauhid agamaNya, Al-Risalah yang pernah dibawa oleh sejak Khalifah Adam, nabi-nabi, rasul-rasul terutama yang Uulu Al-‘Adzim, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (‘alaihimu al-salam) dan Muhammad HambaNya dan RasulNya (S). Kemudian baginda mewasiatkan kepada Pohon Keluarganya. ‘Itrahnya, Ahl Al-Baitnya melalui Amir Al-Mukminin Ali (as), bernasab kepada Fatimah (as) sehingga baginda memanggil anak-anak (keturunannya) kepada sebelas orang cucu-cucunya selepas Ali yang memegang amanah Khalifah Rasulullah, bergelar Aimmah (imam-imam) atau Aushiak (washiy-washiy) membawa Al-Wilayah (Otoriti- kekuasaan) Allah (Al-Tauhid dan Al-Risalah) dan Sekarang zaman peralihan ke zaman Al-Hidayah yang akan ada Imam Al-Mahdi (Muhammad) Mahdi Pertama (Ahmad), washiy dan utusannya yang menghadapi Al-Dajjal dan sekutunya (laknahu Allah) seperti Musa dan Harun (as) menghadapi Firaun (laknahu Allah)

Rukyah adalah percakapan (isyarat, ayat, alamat) Allah kepada  hamba-hambaNya. Firman Allah SWT:

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ

Dan (ingatlah), ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan mimpi (Rukya) yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia. [Al-Israa’17:60] 

وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ *قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,*  sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.[Al-Shaffaat 37: 104-105]

dan sabda Nabi (S)

رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِيْنَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

“Mimpi (rukya) seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian nubuwwah (kenabian).”
 (Hadis Riwayat Muslim)


Semoga kita mendapat pengelihatan (mimpi, rukya atau visi dalam tidur) dan/atau kasyaf (kebenaran yang dibuka Allah, hidayah kesedaran atau sebagainya ketika jaga) supaya mengenal Hujjaj (Khalifah Allah) di bumiNya yang membawa Ilmu dan Hikmah supaya tunduk semua hambaNya di muka buminya dengan HakimiyahNya membawa Al-Tauhid Allah, Al-Risalah Allah Al-Wilayah Allah di akhir zaman oleh Aimmah (pemimpin) yang membawa Al-Hidayah Allah.

 Al-Tauhid -Al-Risalah -Al-Wilayah -Al-Hidayah Allah.

Wa Allah Al- A’lam. Walhamdu Lillahi Wahdah.

Penyusun


Aba Al-Hussaini. 

No comments:

Post a Comment