Saturday, 23 August 2014

Soalan 364: 13 tahun sudah mencari kebenaran! - Al-Ubaydi

Soalan 364: 13 tahun sudah mencari kebenaran! - Al-Ubaydi

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari (godaan) syaitan yang direjam.

Sewaktu saya masih seorang kanak-kanak kecil saya melihat mimpi-rukya, ketika itu berumur 13 tahun. Saya telah bermimpi aneh dan saya tidak pernah terfikir untuk mentafsirkannya sehingga saya dapati hubungan antara mimpi lama saya itu dengan dalil-dalil Seruan (dakwah) Yamani, dan ia mempunyai kaitan dengan ayat dari Surah Al-Syura, bahkan ayat yang terdapat dalam buku-buku Syed dan dia menggunakannya sebagai dalil, dan juga ayat yang wujud di dalam beberapa artikel yang ditulis oleh saudara-saudara ansar dan mereka juga menggunakannya sebagai bukti. Semua itu menambah rasa ingin tahu saya untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara mimpi-rukya saya yang saya lihat ketika saya masih kecil bertahun-tahun yang lalu, dan Seruan dakwah (dakwah) Al-Yamani muncul pada tahun 1999?

Berikut adalah mimpi-rukyanya:

Saya telah membaca sebuah buku yang membincangkan tentang Syiah dan Sunni, dan buku ini telah cuba untuk menunjukkan bahawa Syiah adalah sesat, dan yang benar adalah di sisi Sunni. Oleh kerana usia saya yang begitu muda ketika itu dan kejahilan saya tentang dalil-dalil yang membuktikan bahawa doktrin (mazhab) Syiah adalah di sisi yang betul, saya masih bingung untuk beberapa ketika dan saya berdoa  kepada Allah untuk menjelaskan kepada saya kebenaran berada di sisi mana, pada Sunni atau pada Syiah. Kemudian saya tidur dan melihat mimpi-rukya ini.

Saya melihat bahawa saya telah membaca ayat ini dengan suara yang sayu:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ 

{Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa }

Kemudian saya terbangun dan saya terkejut bahawa saya bermimpi saya telah membaca satu ayat dari al-Quran. Selepas bertahun-tahun berlalu dan selepas saya membaca buku-buku yang membela Syiah, saya menjadi pasti bahawa Syiah adalah aliran yang berada di sisi kebenaran. Tetapi apakah makna mimpi ini dan adakah ia mempunyai kaitan dengan seruan (dakwah) Yamani?

Ini adalah satu mimpi lama dan saya berharap Syed boleh menafsirkannya.

Pengirim: Al-Ubaydi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                   
Ayat ini mempunyai kaitan yang sangat besar dengan Dakwah Al-Ilahiyah Al-Mahdi yang merupakan pelaksanaan kepada Hakimiyah Allah (Syariat Ilahi) dan menjadi sebab mengapa para Nabi (as) telah diutus (Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (S)) dari segi maknanya pada zaman ini, jika dikehendaki Allah. Jadi mimpi-rukya anda adalah khabar gembira dari Allah bahawa anda akan menyedari kebenaran dengan menjadi pengikut Sunnah kedua-dua Sheikh-sheikh (pemuka-pemuka) dan Syiah dari Marajik yang telah menyimpang itu. Semoga Allah menjadikan kamu di kalangan mereka yang menegakkan sempadan-sempadan ayat yang mulia ini dengan Mahdi Keluarga Muhammad (as).

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

{Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).} [Al-Syura 42:13]        

Ahmad Al-Hassan

No comments:

Post a Comment