Soalan
621:
Salam
ditujukan kepada Imam dan Ahlul Bayt (a.s).
Tuan,
mimpi (rukya) saya berlaku selepas saya solat dua raka'at pada waktu malam dan
membaca ayat:
إِنَّمَا
وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ
الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
{Sesungguhnya
waliy (penguasa) kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman,
yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada
Allah).} [Al-Maaidah 5:55]
Saya
melihat di dalamnya bahawa saya berada di tempat yang gelap, kemudian tiba-tiba
cahaya muncul, dan saya mendengar seseorang berkata: "Inilah Imam itu,
maka saya mengikutinya". Kemudia saya cuba mengejarnya, tetapi dia
bergerak jauh dari saya, tetapi walaupun saya telah keletihan saya mencuba dan
memanggil, kemudian tiba-tiba dia berhenti di sebuah taman hijau dan tersenyum.
Lalu saya terbangun. Apakah tafsirannya?
Pengirim:
Manal - Yemen
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah,
Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam
dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktarafan.
Mimpi
(rukya) yang jelas, semoga Allah memberikan kejayaan kepada segala perkara yang
baik, dan ia adalah bahawa anda telah sampai kepada Mahdi dari keluarga
Muhammad yang merupakan cahaya dalam kegelapan dunia ini.
Taman
hijau adalah buku-buku dan ilmu pengetahuan yang Mahdi sebarkan. Dan kepada
anda ia mewakili laman web yang anda masuk dan mendapati di dalamnya ada buku
dan ilmu pengetahuan.
Semoga
Allah memberi kejayaan dan memperkenan anda kepada semua perkara yang baik.
Dan
Salam atas kamu,
dan rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Muharram
Al-Haram / 1432 Hijrah
No comments:
Post a Comment