Monday, 18 August 2014

Mimpi akan Kesayangan Baginda saw

Pengalaman Mimpi Ansar dan Ansariah:


Oleh Ansariah nsariah: ‘Izzah Nabilah


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وال محمد

Terjagaku dari lena dek kesejukan malam. Lantas ku gagahi diriku ke kamar air. Lalu fikiranku teringat akan sosok badan kesayangan Rasulullah saw. Allah. Alhamdulillah.. Rupanya aku bermimpikan Puteri Kesayangan Rasulullah saw. Sungguh, tidak ku sangka. Sejujurnya sebelum ini tidak pernah mana-mana Ahlul Bait (s) hadir dalam mimpiku.

            “Dalam mimpiku, Bonda Fatimah Az Zahra seperti dalam kesakitan. Baringnya di kerusi panjang dalam keadaan mengiring. Lalu aku berjumpa dengannya dan ku uruti lengannya. Lalu Ummu Abiha menghalangi aku dari terus berbuat demikian dengan berkata “aku tidak menyuruhmu mengurutku”. Lantas aku berhenti dan meminta maaf dengannya. Sungguh waktu itu aku rasa sungguh bersalah padanya. Seusai itu aku memberi salam padanya. Dan mimpiku berakhir di situ.

Kemudian aku terus memikirkan mengapa aku bermimpi sedemikian. Mungkin disebabkan aku membaca kisah sebelum kematiannya sebelum diriku lena.

Pada siang hari itu aku menceritakan kepada ayahandaku. Beliau berkata bagus aku bermimpikannya kerana Fatimah Az Zahra adalah orang ketiga yang penting di dunia. Dan mengingatkanku untuk menulis catatan tentang kisah Puteri Kesayangan Rasulullah ini. Mimpi ini menguatkan lagi untuk aku mengkaji, membaca dan menulis tentang Wanita Syurga ini.

Alhamdulillah atas semuanya.

15 Ogos 2014


No comments:

Post a Comment