Friday 22 August 2014

Soalan 637: Menang Tiket Haji - Bushra – Australia

Soalan 637: 

Dalam mimpi (rukya)..Saya ingin ziarah Ahlul Bayt (as), dan saya masuk ziarah sebuah Makam, tetapi saya tidak tahu Makam siapa. Oleh itu, sambil saya berkeliling saya bertanya salah seorang daripada orang-orang yang hadir, maka dia berkata kepada saya, adakah anda lakukan ziarah tetapi tidak tahu makam siapa yang anda ziarah? Jadi saya berkata, tidak, saya tidak tahu. Oleh itu Dia berkata kepada saya: Ini adalah makam Fatimah Al-Zahraa' (as). Saya pun lakukan ziarah dan selesai ziarah saya keluar, kawasan itu tidak berpagar, terdapat orang-orang yang memakai pakaian hitam, lelaki dan perempuan, dan yang lelaki memasak untuk para pengunjung. Mereka berkata kepada saya: Jika anda mempunyai permintaan, maka mintalah. Kemudian saya ............. Apakah tafsirannya? Ribu salam kepada tuan.

Dalam bulan Ramadhan tahun ini, saya melakukan amalan-amalan Laylatul Qadr (malam Al-Qadar) yang diberkati, di akhir Laylatul Qadr malam 23 saya mendapat mimpi. Seolah-olah saya berdiri di tempat awam dan seperti ada satu majlis atau pemberian hadiah kepada orang ramai.
Saya mendengar suara seorang lelaki yang saya tidak nampak mukanya, dia memanggil nama saya dengan suara yang kuat dan berkata kepada saya anda telah memenangi tiket untuk perjalanan ke Rumah Suci Allah, haji dan umrah. Tamat mimpi (rukya).

Mimpi (rukya). kedua: Dalam bulan Ramadan tahun lalu saya melihat seolah-olah saya berdiri di sebuah pintu, dan terdapat tiga anak tangga di hadapan saya, dan ia seolah-olah saya mahu turun (diperjanjikan) ke dalam Kaabah Al-Haram dengan orang-orang yang bertawaf. Tamat mimpi (rukya).

Semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan atas semua kebaikan tuan dan semoga Dia melindungi tuan.

Pengirim: Bushra - Australia

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik.

Ziarah Fatimah Al-Zahraa' (as) di dalam mimpi pertama anda adalah untuk membiasakan anda dengan kenyataan bahawa makam Fatimah Al-Zahraa' (as) telah diisytiharkan kepada orang ramai dan tempatnya telah diketahui. Dan ini adalah satu perkara yang saya telah jelaskan beberapa tahun lalu. Dan saya telah menjelaskan tempat makam Fatimah Al-Zahraa' (as). Melawat kuburannya insya Allah adalah khabar gembira kepada anda, dan insya Allah anda akan diberi kejayaan untuk menyokong dan mengikuti kebenaran mengenai kedatangan seruan (dakwah) ini. Semoga Allah memberi anda kejayaan.

Memenangi tiket perjalanan untuk menunaikan haji dalam mimpi (rukya) kedua anda bermakna insya Allah khabar gembira kepada anda berkenaan seruan (dakwah) ini dan ia adalah seruan (dakwah) kebenaran, kerana Haji (ziarah) adalah mengikut Khalifah Allah di Bumi-Nya.

Hendak memasuki Ka’bah dalam mimpi anda bermakna anda mahu beriman kepada Khalifah Allah di bumi-Nya, kerana dia adalah Ka’bah sebenar seperti yang telah dijelaskan oleh para Imam (as). Dan dia kini orang yang sedang menyeru anda kepada kebenaran dan sepaya mengikut kebenaran. Saya memohon kepada Allah supaya anda boleh mengikuti kebenaran dan menyokongnya dan kekal kukuh pada kebenaran.


Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya. 

No comments:

Post a Comment