Monday, 25 August 2014

Soalan 480: Ziarah makam AL-Hussein - Abdul Sattar - Sepanyol

Soalan 480: 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Selepas saya beriman dengan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan saya mula menjelaskan dakwah ini kepada orang lain daripada orang yang telah beriman. Dan pada hari pertama bulan Ramadan, saya berbual-bual dengan salah seorang daripada rakan-rakan saya mengenai dakwah ini dari malam sehingga waktu Sahur, dan selepas solat subuh kami berbincang sedikit kemudian kami tidur. Keesokan harinya selepas Iftar (berbuka puasa), dia telah katakan kepada saya: "Sewaktu kita nak tidur saya berkata kepada diri saya sendiri, Ya Tuhan, saya tidak percaya orang ini yang dipanggil Ahmad Al-Hassan, maka tunjukkanlah saya dalam tidur tentang kebenaran", maka dia berkata : "Saya melihat seolah-olah saya dengan adik dan sepupu saya, kami menaiki teksi yang besar yang ada beberapa orang di dalamnya, untuk pergi zairah Al-Hussein (as)", kemudian beliau berkata: "Apabila kami tiba di Karbala’, kubah dan menara makam Imam All-Hussein (as) jelas kelihatan kepada semua orang, kami pergi ke tempat pemeriksaan atau sesuatu  yang seperti itu, dan kami sedikit lambat di pusat pemeriksaan ini. Jadi saya bertanya salah seorang daripada orang-orang yang memeriksa kami untuk melepaskan kami pergi ziarah Al-Hussein (as), lalu dia berkata: "Kamu masih mempunyai masa yang lama sehingga kamu boleh ziarah" Mimpi berakhir.

Dan selepas kira-kira seminggu, rakan yang sama memberitahu saya bahawa dia melihat mimpi yang lain, dan ia adalah: Saya masuk ke rumahnya selepas memberi salam, kami duduk, kemudian tempat itu berubah dan kami berada di tempat yang rasmi dan saya sedang duduk di atas kerusi dan terdapat di hadapan saya sebuah meja, dan ada pengacara wanita dari salah satu rancangan TV. Dan kawan saya berkata kepada saya "Saya kenal pengacara wanita ini dan saluran TV-nya tetapi sekarang saya tidak kenal mereka". Kemudian pengacara T.V wanita ini mahu melakukan temu bual T.V. pada saya. Pada masa itu para ulamak dari pengikut Al-Syahid Al-Sadr Al-Tsani dan ulamak dari pengikut Sistani dan ulamak lain yang masuk berhadapan dengan kami untuk mendebat saya. Mereka duduk di hadapan saya dan terdapat sebuah meja antara kami. Jadi saya berkata: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang The gigih, Ya Allah, Selawat dan Salam atas Muhammad dan Aali Muhammad dan para Imam ........ dan saya melihat wajah mereka. Rakan saya memberitahu saya bahawa saya akan mengatakan dan Mahdi-mahdi, tetapi saya terus melihat muka mereka, oleh itu mereka berdiri mengucap salam kepada kamu, yang pertama daripada mereka adalah Syed dari pengikut Al-Sadr, dia mengucapkan salam dan menyapu kepala saya dari belakang, lalu mereka mengucap salam pada orang lain kemudian mereka keluar. Mimpi berakhir.

Tolonglah tafsirkan kedua-dua mimpi saya, terutamanya yang kedua, dan saya berharap Syed Ahmad Al-Hassan menterjemahkannya. Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi.

Penghantar: Abdul Sattar - Sepanyol

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                             
Ziarah Imam Al-Hussein (as) ertinya Al-Wilayah yang Allah wajibkan kepada kamu untuk menerima Wilayahnya pada zaman anda.

Maksud "Kamu masih mempunyai masa yang lama sehingga kamu boleh ziarah." bermakna kepercayaannya akan datang kemudian selepas mimpinya (rukya). Tetapi imej Al-Hussein, bermakna Hussein di zamannya, telah ditunjukkan kepadanya dengan sangat jelas, untuk dia melihat kubah dan dua menaranya, yang bermaksud bahawa bukti telah jatuh kepadanya dan hujjah-hujjah telah dinyatakan dengan jelas kepadanya.

Bagi mimpi (rukya) kedua ia memaklumkan tentang berita ghaib mengenai satu peristiwa yang akan berlaku kepada anda. Semoga Allah menetapkan langkah-langkah anda dan memberi anda kejayaan kepada segala perkara yang baik dan membuat anda di kalangan mereka yang teguh kepada kebenaran dan menyokong kebenaran.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

No comments:

Post a Comment