Tuesday 16 June 2015

Yazid bin Muawiyah dan Imam Al-Husein (as)


Mahdi-Ahmad
Post Mon Jun 15, 2015 06:33

Rukya Saya Malam Tadi (Jun 15, 2015)
Yazid bin Muawiyah dan Imam Al-Husein (as)

Al-Salamu 3alaikum Warahmatu Allah Wa Barakatuh

Saya mohon kepada Allah SWT untuk mendapat bantuan ... saya bermimpi malam tadi dan ingin berkongsi dengan para ansar sekelian:

Saya melihat diri saya berada di tempat yang terdapat tentera Yazid bin Muawiyah (la) (saya fikir mereka adalah tentera Sufyani) menyembelih beberapa orang manusia. Tiba-tiba saya amat bimbang melihat Imam Al-Husein (as). Beliau berada dalam kurungan dan orang yang bertanggungjawab bagi penyembelihan telah digantikan dengan orang lain iaitu Shimr b.in Zhi Al-Jausyan (la). Saya tahu bahawa dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk membunuh Imam (as). Tamat

Saya tidak betul-betul tahu tentang makna rukya ini tetapi ingin mengongsikannya, ia mungkin berguna kepada sesetengah orang.

Fi Aman Allah

Sunday 14 June 2015

Aksi Panji-panji Hitam



Tholfiqaar Ansary berkongsi pos Malak Almusawi ini.
15 06 2015 01:00:00 am ·

Malak Almusawi

Beberapa malam yang lalu, saya mendapat rukya. Beberapa orang Ansar duduk di dalam sebuah bilik darjah yang berwarna putih yang cerah. Mereka menunggu Imam (as) yang tidak lama lagi akan masuk untuk memberi pengajaran kepada kami.

Sebelum beliau (as) masuk, beberapa orang yang mendakwa sebagai ansar juga telah masuk. Mereka mengambil tempat duduk, ketika mereka masuk kelakuan mereka dilihat seolah-olah agak tidak matang dan kurang ajar. Satu suara telah memberitahu saya bahawa orang-orang ini adalah pengikut Panji-anji Hitam yang menyeleweng itu...

Saya perasan, percubaan mereka untuk membuat dakwaan palsu terhadap Imam (as) supaya memberi ketetapan bahawa beliau (as) membenarkan perkara-perkara yang diharamkan seperti minuman alkohol (astagfiru Allah), Saya amat terkejut dan kecewa. Saya duduk diam memandang mereka ...

Detik-detik berlalu, dan Imam (as) masuk ke bilik darjah; dia berjalan dalam keadaan sedih, dengan kepalanya tunduk ke bawah. Dia mendekati tempat di mana orang-orang yang dipanggil ansar itu duduk, kemudian beliau (as) berpatah balik *meninggalkan* mereka.

Selepas beberapa hari, saya telah pergi ke Najaf dan telah diperkenalkan kepada orang-orang yang telah bertemu dengan Imam (as) yang mulia. Mereka menjelaskan sifat-sifat fizikalnya, dan demi Allah, sifat-sifat yang diberikan adalah sama dengan apa yang saya lihat dalam rukya tersebut, begitu juga rukya-rukya sebelumnya (berdada bidang, tinggi, berjalan dengan kaki menghala ke arah luar). suara beliau (as) juga adalah sama seperti yang saya dengar dalam rukya, berbanding rakaman-rakaman yang saya telah dengar.

Saya benar-benar percaya, bahawa ini adalah satu rukya penting yang Allah telah berikan kepada saya untuk melihat dan belajar daripadanya, dan menyebarkannya supaya orang lain mungkin boleh memikirkannya.

Allah (SWT) menjadi saksi atas apa yang saya katakan.