Soalan
120
Salam
bagimu. Saya melihat rukya tentang Hari Kiamat dua hari lepas: Lembah api,
lembah-lembah bara api, lembah haiwan, dan ada laluan kecil dan manusia bising,
dan semua orang memilih satu jalan. Dan saya dan sekumpulan orang melintasi lembah-lembah
itu dan kami sampai ke puncak gunung itu, dan saya bertanya: "Siapakah
mereka yang tidak tentu arah dan tahu ke mana mereka pergi itu, sungguh
dahsyat". Lalu seorang lelaki berkata kepada saya: "Tidakkah kamu
tahu mengapa?". Jadi saya kata: "Tidak". Lalu dia berkata:
"Ini adalah Hari Kiamat. Saya menjadi takut. Kemudian dia berkata kepada
saya: "Kiata telah melintasi sejauh ini dan sedikit lagi sampai."
Apakah
makna mimpi ini? Dan terima kasih, salam kepada Syed Ahmad Al-Hassan (a.s)
Penghantar:
Huraa' Al-Khafagy
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.
Ini
adalah hari Kiamat Kecil, dan penglihatan rukya ini adalah berita gembira kepada
kamu dari Allah, bahawa anda sedang berjalan di atas kebenaran.
Naik
gunung, bermakna kenaikan anda ke Kerajaan-kerajaan Lelangit (Al-Malakut
Al-Samawaat)
Menyeberangi
lembah api ertinya anda terselamat dari kesesatan.
Dan
Allah sahajalah yang memberikan kejayaan (taufiq).
No comments:
Post a Comment