Tuesday 30 April 2019

Titik ketiga: Rukya Yang Berguna Dan Tidak Berguna


Titik ketiga:

Rukya Yang Berguna Dan Tidak Berguna


Persoalan yang khusus adalah tetap pada (tiada rukya yang benar pada sebahagian penduduk). Jika rukya itu wahi (khabar) dari Allah SWT, maka kegunaannya harus menjadi kenyataan di atas muka bumi jasmani. Sebenarnya untuk menjawab kekeliruan ini mempunyai beberapa bentuk, tetapi sebelum itu, perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan di antara (tiada rukya benar) dengan (rukya yang tidak berguna), rukya yang kita perkatakan sekarang adalah mengenai tiada yang berguna melainkan rukya pada Al-Maksum yang tidak boleh seseorang pun mendustakannya, Kita tinggalkan perbezaannya kepada pembaca yang bijaksana 

Rukya yang tidak berguna boleh dijelaskan dalam banyak cara, antaranya:

Rukya adalah (wahyu dari Allah) yang disampaikan oleh (Malaikat) sebagai wakil memindahkan rukya ini atau ianya untuk kita, dan dalam banyak keadaan ia tidak terhad pada masa, ada kemungkinan bahawa rukya boleh diguna selepas satu atau dua hari, Supaya rukya itu terpanggil dalam fikiran yang berpasangan dengan manusia di antara rukya dan kenyataan kebendaan untuk melihat berita ghaib yang didedahkan oleh rukya itu. Rukya juga boleh terpisah (tidak terpakai) oleh selang waktu yang panjang sehingga empat puluh tahun ... kebanyakan orang tidak dapat menggabungkan rukya dan kegunaannya di atas muka bumi nyata ini. Rukya mempunyai simbol dan petunjuk yang diketahui oleh (Aali Muhammad), ianya adalah wahyu ilahi, simbol dan petunjuk dalam banyak keadaannya. Dan ini tidak semestinya rukya digunakan itu di atas muka bumi nyata ini; kerana ia disulitkan seperti yang dikatakan, mungkin kalian melihat rukya yang memberitahu ini dan itu dan bertujuan untuk mengaitkan perkara-perkara itu dengan yang lain, dan perakuan ini banyak terdapat dalam hadits Ahl Al-Bayt (as), di antaranya tafsiran mereka mengenai (tongkat) atau (anak kecil), (cincin) atau banyak perkara lain yang diberikan pleh Ahl Al-Bayt (as) yang sebahagiannya kadangkala sebagai kunci-kunci pembuka simbolnya.

Sebahagiannya ada yang diriwayatkan dari Imam Al-Kadzim (as) untuk memberikan sesuatu dari simbol ini semasa bercakap dengan salah seorang pengikutnya, di mana beliau berkata: ... Telah datang kepadaku khabar dari Rasulullah (S), kemudian aku melihat baginda dan melihat orang-orang yang bersama baginda dan  begitu juga tidak berwasiat seorang pun daripada kami sehibgga datang khabar dari Rasulullah (S) dan datukku Ali (as) dan aku melihat pada Rasulullah (as) ada sebentuk cincin, sebilah pedang, sebatang tpngkat, sebuah kitab dan sehelai serban, dan aku berkata: apa ini wahai Rasulullah? Baginda berkata kepadaku:


....... ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 28


Adapun serban, itu adalah kuasa Allah AWJ, pedang adalah kemuliaan Allah TWT, Kitab adalah cahaya Allah TWT,  tongkat adalah kekuatan Allah. dan adapun cincin itu adalah pengumpul semua urusan ini bersama-sama. [1]

Manusia tidak tahu tafsir (takwil, ta’bir) rukyanya, kerana ia adalah rahsia dari rahsia-rahsia. Ini tidak bermakna tidak terpakai ke atas muka bumi nyata, rukya membawa banyak rahsia-rahsia ketuhanan yang belum didedahkan secara terbuka, Khususnya rukya yang berkaitan kezuhuran suci bagi Imam kita (as). Jika rukya terdedah menjadi jelas dalam semua bentuknya bagi mendedahkan pergerakan Aali Muhammad (as), dan adalah mudah untuk mengetahui pergerakan masa depan mereka (as), dan ini memungkinkan terdorong untuk mereka (as) serangan yang datang dalam bentuk yang sangat besar (Semoga Allah membentengi mereka dari segala kejahatan). Oleh itu, Aali Muhammad (as) berhemat supaya tidak memberi penjelasan mengenai beberapa simbol rukya dan tafsirannya, dan sebagai contoh atas perkara ini berikut adalah hadits dari Imam Al-Redha (as):

Telah diriwayatkan dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Nashr, katamya: (Aku bertanya kepada Aba Al-Hasan (as) Ali bin Musa Al-Redha (as) mengenai rukya yang kupegang  dan kemudian beliau berkata: Jika sesungguhnya kami berikan kepadamu apa yang kamu semua inginkan ia akan merugikan (memburukkan) kamu dan mengambil leher pemilik urusan ini. [2]

Seperti hadits yang hampir sama diriwayatkan dari Imam Abi Ja'far Al-Baqir (as), di mana dia berkata: "Rahsia Wilayah Allah djserahkan kepada Jibrail (as), dan Jibrail (as), menyerahkan rahsia itu kepada Muhammad (S), dan Muhammad (S) menyerahkan kepada,Ali (as), dan Ali (as) menyerahkan rahsia itu kepada kepada sesiapa yang dikehendakinya, Kemudian kamu menyebarkannya dari orang yang memegang huruf-huruf yang didengarnya. [3]

Rukya mungkin tidak berlaku di atas muka bumi nyata, kerana ia datang sebagai ujian yang dikenakan kepada orang mukmin. Allah SWT akan menguji Syiah Amirul Mukminin (as) dengan rukya. Dan kerana itulah mereka diperlihatkan rukya sebagai hujah dari Allah SWT, Ia adalah wahyu Allah yang mengukur manusia mendekati sedekat-dekatnya di sisi Allah TWT. Ini disebut dalam riwayat Aali Muhammad (as). Inilah ujian Allah yang paling rendah kepada para pengikut (syiah) Muhammad dan Aali Muhammad (as). adalah dengan memperlihat mereka rukya yang menggusarkan mereka, dan di antara riwayat-riwayat tersebut adalah dari Zaid Al-Nursi, beliau berkata : Aku berkata kepada Abi Al-Hassan Musa (as): Seorang lelaki yang berwali kepada kamu telah diketahui dia minum arak dan melakukan kerja-kerja binasa dan dosa maka kami berlepas diri darinya?

                                           
-------------------------------------
1- Ushul Al-Kafi: J 1 hal.315 - 314
2- Mukhtashar Bashair Al-Darajat – Al-Hasan Bin Sulaiman Al-Hili: hal. 104
3- Mukhtashar Bashair Al-Darajat: hal. 104


....... ... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 29

Dia berkata: "berlepas diri darinya dengan apa yang dilakukannya dan bukan berlepas diri dari dirinya, mengasihi dan membenci amalanannya." Aku berkata: Bolehkah kami mengatakan: Penjahat (fasiq) penderhaka? Dia berkata: Tidak, yang jahat yang derhaka: (adalah) orang kafir: orang yang menolak kami, Al-Nashib (yang bertegas memusuh) auliak kita, Allah enggan menjadikan wali kita kepada orang yang jahat lagi yang derhaka, Beramal apa yang dia amalkan. Tetapi kamu mengatakan amalan Penjahat (fasiq) amalan penderhaka, orang mukmin jiwanya melakukan kejahatan, Ruh dan tubuh yang baik, dan Allah tidak keluarkan wali kita dari dunia kecuali Allah, Rasul-Nya dan kita meredhainya, Allah mengumpulkannya dosa-dosa untuk memutihkan wajahnya, menyembunyikan rasa malunya, menyelamatkan kemuliaannya, tiada ketakutan kepadanya, dan tidak (pula) kesedihan, dan bahawa ia tidak keluar dari dunia ini walaupun disucikan dari dosa-dosa, sama ada bencana dalam bentuk wang atau maupun anak atau penyakit, dan yang paling rendah adalah apa yang dibersihkan oleh wali kita yang Allah perlihatkan padanya suatu rukya yang hebat dan menjadi sedih apabila dia melihatnya dan ia adalah kafarah baginya, atau ketakutan yang dibalaskan padanya dari penduduk negeri batil, atau menghimbaunya pada masa kematian, Allah akan membersihkan dosa-dosanya, menyelamatkan kemuliaannya melalui Muhammad (S) dan Amirul Mukminin (as), dan kemudian dia berada di hadapan salah satu daripada dua perkara: keluasan rahmat Allah, yang lebih luas daripada dosa-dosa seluruh penduduk bumi, serta syafaat Muhammad dan Amirul Mukminin (Shalla Allahu 3alaihima), maka dia akan menerima rahmat Tuhannya yang luas. "(1)

Dalam hadits lain yang disampaikan kepada kita Imam Al-Shadiq (as) yang maksudnya untuk mengetahui melaluinya bahawa Allah memberi ujian kepada orang-orang mukmin dengan rukya peringatan (ancaman), diriwayatkan dari Al-Shadiq (as), beliau berkata: Jika seorang hamba itu bermaksiat kepada Allah (AWJ) dan Allah mahukan kebaikan padanya akan diperlihatkan di dalam tidurnya rukya yang menggusarkannya dengan maksiat itu, dan rukya yang benar adalah sebahagian dari tujuh puluh nubuwah. [2]

Wahai pembaca, jangan lupa persoalan (Al-Bada’ - (penetapan dan pemansuhan)), dan dengan rukya ia diliputi oleh peraturan Al-Bada’ Al-Ilahiyah dan diketahui ia adalah: pada seorang hamba Allah, apa yang lebih utama pada Al-Bada’. Seperti yang diriwayatkan, dari Aali Muhammad (as).

Dan mengenainya banyak hadis-hadis yang meramalkan kematian seseorang atau rukya yang memberi khabar mengenai kematiannya, dengan demikian kita akan bersedekah atau berbuat baik.

-------------------------------
1. Bihar Al-Anwar: J 65 hal 147-148
2. Al-Ikhtishash: hal 241


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 30


Ini adalah mencukupi bagi mereka yang percaya pada hadits Aali Muhammad (as). Kami telah membawakan hadits mereka untuk menekankan dan membenarkan rukya. Jika tidak, sesiapa yang menyangkal semua hadits-hadits ini dan bergantung hanya pada fikirannya dan tiada yang lain kerana ia tidak selaras dengan pemikiran bahawa ia benar-benar suatu kesilapan kerana dia menyalahi Al-Maksum. Kami tinggalkan para pembaca menghakiminya.


✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas






Monday 29 April 2019

Titik Kedua: Pra-pengenalan kepada Al-Maksum


Titik Kedua:

Pra-pengenalan kepada Al-Maksum

Daripada hujah-hujah yang mengatakan rukya tidak mempunyai hujah yang kuat sama sekali, mereka berkata bahawa hujah ini terhad kepada rukya Al-Maksum (as), jika seseorang mengenal Al-Maksum dan melihat dalam kehidupan nyata ini lalu mengenal sifat-sifat jasadnya Sehingga tidak mungkin dia yang melihat rukya dalam tidurnya bukan Al-Maksum. Dan mereka berkata bahawa hadits Rasulullah (S): (Sesiapa yang melihatku telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku.) Hadits tersebut adalah sahih dan tanpa debu (kedustaan) di atasnya, syaitan tidak akan menyerupai dan tidak boleh menyerupai rupa Rasulullah (S) atau washi-washi baginda, tetapi soalan yang kekal pada mereka adalah: Siapa yang mengatakan bahawa orang yang dilihatnya itu adalah bentuk rupa Rasulullah (S)? Padahal hadits mengatakan: (Sesiapa yang melihatku) Maka jika kamu tidak kenal rupa bentuk Rasulullah (S) tidak kenal sama ada yang datang kepada kamu adalah Rasulullah (S) atau diilhamkan oleh syaitan – Semoga dilindungi Allah SWT. Jadi tidak ada hujah dalam rukya tentang kemungkinan masuknya bisikan syaitan yang direjam.

Sebenarnya kekeliruan ini adalah satu kekeliruan yang paling lemah yang telah dituturkan dalam ruangan ini, jawapannya dibuat dalam pelbagai matlamat, tetapi sebelum diberikan jawapan yang adil tanyalah diri kita sendiri mengapa orang-orang ini berlindung dengan kemusykilan ini selepas mereka dikelilingi oleh hadits-hadits yang menyatakan nash benarnya rukya pada Al-Maksum (as) dan tidak ketinggalan kenyataannya?! Mengapa mereka berlindung menggunakan masalah yang mendatar seperti ini?

Secara umumnya biarlah kita tinggalkan soalan ini dan yang selainnya untuk pembaca yang arif beralih kepada jawapan kepada kekeliruan dan memperbetulkannya dalam beberapa peringkat:

Kemuliaan yang diperolehi oleh Rasulullah (S) dan Ahl Al-Bait baginda tidak datang dari bentuk dan pandangan jasmani luaran, tetapi kemuliaan ruhiyah qudus lagi mulia mereka, tidak ada pintu masuk pada bentuk kebendaan sebagaimana Allah SWT tidak melihat kepada alam jisim-jisim kebendaan ini, malah diriwayatkan dari Rasulullah (S): Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluq yang lebih djbenciNya dari dunia, dan sesungguhnya Dia tidak melihatnya sejak diciptakan lagi.[1]


----------------------
1 – Jami3 Al-Sa3adat: J 2 hal 19

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 24

Hadis yang mulia berteriak di telinga semua orang, yang mengatakan: Wahai Aba Zhar, Allah TWT tidak melihat bentuk rupa dan harta kalian, tetapi Dia melihat hati dan amalan kalian.[1]

Kemuliaan bukan pada jasad yang sementara yang akan binasa tetapi pada ruh, dan sesiapa yang membantah kekeliruan ini dengan mengatakan kemuliaan pada jasad atas ruh sesuai dengan kekudusan jasad; kerana dia tidak menyekat usaha Syaitan yang terkutuk, bahlan dia adalah orang yang menyekat usaha menamakan ruh dan meminta ampun kepada Allah dari hal yang demikian.

Memasuki alam Malakut (iaitu alam rukya) terjadi pada ruh-ruh bukan pada jasad-jasad sebagaimana yang dibayangkan sebahagiannya. Alam Malakut berbeza daripada alam dunia dunia kebendaan yang tiada bahan benda di dalamnya dan huraian bagi mengatakannya ada di dalam kitab rahsia Imam Mahdi (as) (Al-Mutasyabihat) dan (Sesuatu Dari Tafsir Surah Fatehah).

Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan dengan Aali Muhammad (as) dan ajaran mereka (as); kerana nash (teks) yang jelas dari Aali Al-Bayt (as) datang daripada apa yang mereka lihat pada rukya dengan bentuk yang berbeza, mereka melihat dalam semua bentuk seperti yang dilriwayatkan dari Rasulullah (S): Sesiapa yang melihat ku dalam dalam tidur Dia telah melihatku, Aku melihat dalam semua bentuk rupa. [2]

Berikut ini adalah kekeliruan yang tidak benar sama sekali kerana sebab yang mudah iaitu rukya benar orang kafir digunakan di atas muka bumi seperti rukya Firaun Mesir, dan rukya benar orang yang mahukan kebenaran walaupun jika ia tidak mengikuti sepertimana penglihatan rukya orang-orang yang berwilayahkan Imam-imam (as) sebelum memasuki wilayah ilahiyah, dan dari jutaan rukya yang dilihat oleh para pengikut mazhab Imamiyah.

Rukya bagi yang bukan ma'sum adalah sah dan terpakai di atas muka bumi dan rukya bagi Al-Ma'sum lebih utama dan terpakai, dan ia begitu jelas sekali. penglihatan orang-orang yang taksub (fanatik) dengan mazhab Ahl Al-Bayt bagi rukya yang dilihatnya pada para Imam (as), Seperti yang dinyatakan oleh Bazrag Al-Tehrani dalam ensiklopedia beliau Al-Zhari3ah: katanya Aku mendengar dari para ulama Syiah fatwa mereka dan pengetahuan mereka di Lahore pada Al-Maula Muhammad Maksum, Al-Maula Muhammad Mukmin dan Al -Maula Ibrahim yang fanatik dalam Tasyaiyu3 (Syiah), beliau berkata dalam bentuk ketaksubannya: dia melihat imam-imam dalam mimpi menyuruhnya memeluk Islam dan mengikuti dua belas imam-imam Ahl Al-Bayt (as)... [3]


-----------------------
1 - Al-Amali – oleh Al-Syeikh Al-Thusi: hal 536
2 - Bihar Al-Anwar: J 85 hal,235
3 - Al-Zhari3ah, J 8, hal 49


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 25

Berikut ini adalah kekeliruan yang dikira pada sisi yang lain pula, ia adalah menentang Aali Muhammad (as); kerana Imam Al-Shadiq berkata sesiapa yang ingin melihat Rasulullah (S), hendaklah ia berbuat demikian dan demikian, adalah diketahui bahawa ia tidak berlaku pada zaman Imam Al-Shadiq seseorang melihat Rasulullah atau melihat bentuk rupanyanya (S). Dengan demikian, Imam mengarahkan manusia untuk bertemu Rasulullah dengan rukya.

Dari Abi Abdillah (as), dia berkata: Sesiapa yang ingin melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya hemdaklah solat 'Isya' yang akhir, mandi sehingga bersih dan solat empat rakaat dengan empat ratus kali ayat Al-Kursiy, berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad (3alaihi wa 3alaihimu Al-Salam) seribu kali dan mengenakan pakaian yang bersih, serta tidak menghimpunkan yang halal dengan haram, dan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya, dan bertasbih seratus kali,
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله
Subhan Allah Wal-Hamdu Lillah Wala Ilaha Iil Allah Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwata Illa Billahi,
dan baca seratus kali:
ما شاء الله
Ma Sya Allah,
Maka ia akan melihat Rasulullah (S) dalam tidurnya. [1]

Dan juga dari Al-Shadiq (as) bahawa dia berkata: Bahawa sesiapa yang menjadi ketagih membaca Surah Al-Muzzammil akan melihat Nabi (S) dan meminta kepadanya apa yang dinginkan, Allah akan memberikan semua kebaikan yang dia inginkan. [2]

Dan dari beliau (as): Sesiapa yang membaca Surah Al-Qadr selepas solat Zawal sebelum solat Dzohor dua puluh satu kali tidak akan mati sehingga melihat Nabi (S). [3].

Berikut ini adalah kekeliruan yang bertentangan dengan apa yang diikuti oleh pengikut mazhab Imamiyah, Para fuqaha’ Syiah mengarahkan bahawa rukya para Imam (as) adalah benar dan syaitan tidak berpakaian seperti mereka dan pembaca boleh merujuk semula kitab-kitab mengenainya, di antaranya Jawahir Al-Kalam Al-Syeikh Al-Jawahiri Fi Al-Aghsal, mengatakan: : Yang menyatakan mustahab ghusl untuk rukya salah seorang daripada mereka di dalam mimpi, sebagaimana khabar Abi Al-Mi3za dari Musa ibn Ja’far (as) meriwayatkan dari kitab Al-Ikhtishash oleh Al-Mufid, beliau berkata: "Barangsiapa yang berhajat kepada Allah dan mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah ia mandi (ghusl) tiga malam akan selamat dengan kami, maka dia akan melihat kami dan akan diampunkan dosanya melalui kami ". Al-Hadits [4]


------------------------
1 - Bihar Al-Anwar: J 73 hal 214,
2 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 330,
3 - Bihar Al-Anwar: J 53 hal 331
4 - Jawahir Al-Kalam: J 5 hal 46


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 26


Dan di antaranya yang dibawa oleh Al-Syeikh Al-Ansari dalam Kitab Al-Thaharah (Tha.Qaf): (di antaranya mandi (ghusl) bagi mereka yang mahu melihat salah seorang imam dalam tidur, dari Al-Mufid dalam kitab Al-Ikhtishash dari Abi Al-Mi3za dari Al-Kadzim (as): " Barangsiapa yang berhajat kepada Allah, mahu melihat kami dan tahu akan kedudukannya hendaklah ia mandi (ghusl) tiga malam, dia akan selamat dengan kami, maka dia akan melihat kami dan akan diampunkan dosanya melalui kami." [1]

Penerimaan yang buruk datang dari dua sudut: sama ada dari bacaan yang tidak lengkap iaitu kurang faham, atau dari sudut salah membaca iaitu tujuan yang salah. Dan boleh diangkat kedua-dua sisi kembali kepada hadits yang mulia untuk mengetahui kebenaran kalimatnya atau ia bertentangan dengan kenyataan, Maka hadits dari Rasulullah (S) mengatakan: Sesiapa yang melihatku dalam mimpi telah melihat aku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian dari nubuwah [2]

Di sini Rasulullah (S) mencampurkan antara rukya pada baginda dan rukya pada aushiak baginda sekali gus. Maka hadits itu merangkumi lafaz secara umum dan juga menggabungkan Syiah mereka, dan tidak boleh menggambarkan gabungan mereka (as) pada satu masa dalam mengenal gambaran secara jasad untuk menggunakan hadits itu seperti yang dikehendki orang yang keliru dalam membayangkannya, sebagaimana tidak mungkin kita membahagi-bahagi hadits itu untuk digunakan pada hari ini dengan bahagian pertama, kedua dan kemudian ketiga dan sebagainya, tetapi yang jelas hadits itu menyeluruh untuk setiap zaman dan yang tidak dikehendaki untuk memahami pendapat ini secara jelas malah ia yang menunjukkan kepalsuan dirinya sendiri setidak-tidaknya.

Pada yang lain tidak perlu kami sebutkan. Ia bebas dengan petunjuk untuk memberi pemahaman.


----------------------------
1 - Kitab Al-Thaharah – olej Al-Syeikh Al-Ansari J 2 hal 333
2 - Man La Yahdhuruh Al-Faqih - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal ,585


✡✡✡✡✡
                                               
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas





Saturday 27 April 2019

Nasihat Aali Muhammad dengan kisah rukya


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 19


Nasihat Aali Muhammad dengan kisah rukya


Dari jalan-jalan ini Aali Muhammad (as) membuktikan hujah kuat rukya pada yang bukan maksum juga sebagai nasihat mereka (as) terhadap Syiah mereka. Supaya rukya mereka tidak diceritakan kepada orang yang dengki, yang membuat aniaya atau jahil

Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) katanya: Rasulullah (S) bersabda: rukya tidak diceritakan nelainkan kepada orang mukmin yang bebas dari orang yang dengki dan membuat aniaya. [1].

Dan dari beliau (as), beliau berkata: Jangan diceritakan rukya kecuali kepada yang alim atau yang memberi nasihat. [2].

Sekiranya rukya itu bukan hujah dan tidak sah, maka mengapa mereka mengesyorkan arahan-arahan ini? Sesiapa yang berkata bahwa rukya itu tidak mewakili (dianggap) hujah telah menuduh Aali Muhammad (as) sebagai sia-sia – jauh mereka dari tuduhan itu; kerana hadits-hadits ini tidak mendapat manfaat daripadanya kerana rukyanya bukan hujah kuat pada pandangannya.

Dengan jalan ini banyak disebut dalam sirah hidup Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as) bersama sahabat-sahabat mereka. Sesungguhnya perjalanan mereka untuk membuktikan rukya dalam semua bentuk, termasuk soalan tetap mengenai rukya dan pemiliknya. Dan di dalam banyak perkara dan banyak pula riwayat dari mereka (as), di antaranya:

Dari Samrah bin Jundab, beliau berkata: Rasulullah (S) pernah bertanya kepada sahabat-sahabat baginda: Adakah sesiapa di antara kalian melihat rukya?" [3]

Apa yang diriwayatkan dari Ummu Aiman dan perhatian Rasulullah (S) pada rukyanya dan bahagian-bahagian dari rukyamya, bahkan disampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya selepas diceritakannya kepada Rasulullah (S) di mana dia berkata kepada baginda: Aku melihat ini pada waktu malamku, seolah-olah anggota-anggota tubuhmu berbaring di rumahku. Lalu Rasulullah (S) bersabda: Wahai Umm Aiman, Fatimah melahirkan Al-Hussein, dia akan membesarkannya dan mengasuhnya. Jadi beberapa ahli keluargaku akan berada di rumahmu, ,

Selain itu, pendekatan Aali Al-Bait (as) memberi kita garis yang jelas melalui banyak doa-doa yang diterima daripada mereka (as) menunjukkan bahawa rukya adalah hujah dari Allah SWT yang membimbing auliakNya selepas mereka meminta kepada-Nya, bahkan Jibrail (as)


-----------------------
1 - Al-Kafi: J 8 hal 336
2 – Mizan Al-Hikmah: 2, hal 1012, dan kitab kitab-kitab Al-Sunnah, Sunan al-Tirmizhi: J 3 hal 367
3 -  Mustadrak Al-Wasail,: J 14 hal 334
4 - Amali – oleh Syeikh Al-Sadouk: hal 142

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 20

memberikan Rasulullah (S) doa bejana (Doa Al-Qadah) semasa Mikraj dan Rasulullah (S) mengajarkannya kepada umatnya, dan ianya adalah :

أسألك يا الله يا الله يا الله يا عزيز يا عزيز يا عزيز، أن تريني في منامي ما رجوت منك، وأن تكرمني بمغفرة خطيئتي إنك على ما تشاء قدير يا أرحم الراحمين، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Aku bermohon kepadaMu, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Aziz, Ya Aziz, Ya Aziz, perlihatkanlah kepadaku dalam tidurku apa yang kami harapkan daripadaMu, dan muliakanlah daku dengan pengampunan dosa-dosaku. Sesungguh Engkau berkuasa atas apa yang Engkau kehendaki. Wahai Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang, dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. [1]
         
Hadits tersebut memperkatakan tentang kesempurnaan rukya bagi mereka yang inginkan kebenaran, dan banyak doa-doa yang mengandungi kata-kata dan kalimat yang hampir sama dengannya.

Sebenarnya dan sesungguhnya Allah Yang Maha Suci memberikan rukya kepada mereka yang mengakui kebenaran dan mereka yang ingkar dan menyangkal kebenaran. Allah SWT berfirman:

﴿كُلًّا نُّمِدُّ هَـٰؤُلَاءِ وَهَـٰؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ ۚ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا

Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. [2].

Dalam hal ini banyak rukya yang benar (Rukya Al-Shadiqah) berlaku walaupun kepada mereka yang menolak. Adalah diketahui bahawa mereka tidak diliputi syakhsiyah maksum, Sebaliknya, mereka membawa pelbagai peristiwa untuk mengatasinya, Di antara rukya-rukya ini adalah rukya Firaun, thaghut penzalim zamannya, telah digunakan untuk tanah tempat tinggal kebendaan, dan penjagaan tawanan Firaun yang rukyanya diceritakan kepada nabi Allah Yusuf (as) dan ditafsirkan oleh Yusuf (as) dan digunakan ke pengetahuan raja dengan sepenuhnya. Rukya Firaun (laknahu Allah) iaitu seorang laki-laki Bani Israel akan merampas kerajaannya, membuatkan Firaun membunuh mangsanya untuk mengelakkan benarnya rukya dalam dunia pemerintahannya, tetapi jauh, amatlah jauh,
﴿وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. [3]

Ini adalah untuk orang-orang yang menyangkal kebenaran, tetapi bagi mereka yang tidak mengetahui kebenaran dan menerapkan rukyanya dalam dunia pemerintahan dan banyak lagi perkara seperti itu.

Di antara rukya (Said bin Al-;Ash Al-Umawi), dan rukya-rukya yang banyak dari mereka yang diperlihatkan kepada Wilayah Ali bin Abi Talib (as), tetapi yang melihatnya adalah mereka yang mahukan cahaya,bukan bagi mereka yang memberi perhatian kepada kegelapan dan tidak akan melihat sebarang hujah dalam percakapan (rukya) ini mahupun dalam tanda-tandanya (alamatnya).

Salah satu eqri kaedah ini juga diajarkan Aali Muhammad kepada Syiah mereka perkara-perkara yang menyingkirkannya dari rukya yang (tidak disukai) yang dilihat oleh orang mukmin, dan banyak mengajarkannya dalam hal ini, di antaranya: orang mukmin hendaklah tidur di sebelah kanan dan kemudian di sebelah kiri,

----------------------
1 - Bihar Al-Anwar: J 92 hal.195, Minhaj Al-Da3awaat - oleh Ibn Thawus: hal 119
2 - Al-Isra 17: 20
3 - Al-Anfal 8: 30


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 21

Dan hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan mimpi, dan meludah ke sebelah kirinya jika dia melihat rukya-rukya yang menakutkan, dan di antara hadits-haditsnya:

Diriwayatkan dalam Al-Risalah Al-Zhahabiyah oleh Imam Al-Redha (as): Apabila kamu mahu tidur, Maka hendaklah kamu berbaring di sebelah kanan, kemudian berpaling ke sebelah kiri, Juga, berada di katil kamu di sebelah kanan kamu semasa kamu mula hendak tidur. [1] . Sekiranya rukya itu bukan hujah dan sesuatu yang penting, mengapa pula Ahl Al-Bait (as) memberikan nasihat ini kepada Syiah mereka, kerana ianya akan menjadi sia-sia dan tentulah jauh Ahl Al-Bait dari melakukan yang sia-sia.

Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda: Rukya yang baik (rukya Al-Sholehah) dari Allah, apabila kamu melihat apa yang kamu suka, janganlah cakapkan kecuali kepada sesiapa yang menyukainya, dan apabila melihat rukya yang dibenci, hendaklah berludah di sebelah kiri (tiga kali) dan berlindung dari kejahatan syaitan dan kejahatannya dan janganlah cakapkan mengenainya kepada seseorang, maka ia tidak akan membahayakannya [2]

Begitu juga hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah (S) ketika berbicara panjang dengan Jibrail (as) mengenai perkara keperluan (hajat): ( ...... Kemudian Jibril berkata: Katakanlah: Wahai Rasulullah, apabila kamu melihat dalam tidurmu sesuatu yang kamu benci atau dilihat oleh seorang mukmin, hendaklah ia berkata:

أعوذ بما عاذت به ملائكة الله المقربون وأنبياءه المرسلون وعباده الصالحون من شر ما رأيت من رؤياي

"Aku berlindung dengan tempat berlindungnya malaikat-malaikat Allah yang karib, nabi-nabiNya yang diutus dan hamba-hambaNya yang soleh dari kejahatan apa yang kulihat dari rukyaku," dan membaca Al-Hamdu Lillah (Surah Fatehah), Al-Mu3auwizhatain dan Qul Huwa Allahu Ahad, dan kemudian berludah di kiri kamu tiga kali ludah, maka ia tidak dimudharatkan dengan rukya yang dilihatnya.

Kerana Allah telah mewahyukan kepada Rasul-Nya:
﴿إِنَّمَا النَّجْوَىٰ مِنَ الشَّيْطَانِ
Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan,). [3], [4]

Di antara semua nasihat mereka (as) tidak dibicarakan tafsirannya dengan pentafsiran yang salah atau buruk, Ini adalah tambahan kepada hadits Rasulullah (S) yang sebelumnya (jangan ceritakannya kepada yang dengki)) dan (jangan ceritakannya kecuali kepada yang mengetahui) diriwayatkan dari Al-Hasan bin Jahm katanya: Aku mendengar Aba Al-Hasan (as) berkata: rukya mengikut apa yang dita’bir. Lalu aku berkata kepadanya, Bahawa sebahagian sahabat kami meriwayatkan bahawa rukya raja adalah satu mimpi yang bercampur aduk, Lalu berkata Abu Al-Hasan (as): Bahawa seorang wanita di zaman Rasulullah (S) yang melihat (dalam rukyanya) batang rumahnya rosak. Lalu datanglah Rasulullah, dan dia menceritakan kepada Rasulullah rukyanya itu.


----------------------------
1 - Mustadrak Al-Wasail i: J 5 hal,114
2 - Mustadrak Al-Wasail i: J 5 hal,112
3 - Al-Mujaddalah 58.10
4 - Al-Kafi: J 8 hal,142


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 22


Lalu Nabi (S) bersabda kepadanya: Ia menunjukkan suamimu akan datang dan dia seorang yang soleh. Namun suaminya itu tidak hadir seperti yang ditunjukkan dan dikatakan Nabi (S), kemudian suaminya hilang darinya sekali lagi, dan dia melihat dalam mimpinya seolah-olah batang rumahnya telah rosak, Lalu datanglah Nabi (S), dan dia menceritakan kepada baginda rukyanya itu. Lalu Nabi (S) bersabda kepadanya: Ia menunjukkan suamimu akan datang sebagai seorang yang soleh, Ia menunjukkan apa yang baginda katakan, dan kemudian suaminya hilang kali ketiga lalu dia bermimpi melihat batang rumahnya telah rosak, Lalu aku bertemu dengan seorang lelaki yang kidal, dan dia menceritakan kepada baginda rukyanya itu, Maka baginda bersabda kepadanya, lelaki itu buruk: Suami kamu mati, Maka sampai kepada Nabi (S) bersabda, bahwa tidak lain ia adalah ta’bir yang baik kepadanya?! [1]

Ia tidak berakhir pada had ini, tetapi perkara ia menampakkan hujah kuat rukya bagi ketiadaan dalil Syar’ei (dari Kitab Allah dan hadits Ahl Al-Bait), dan tidak ada dalil menafikan hujah kuat rukya bermakna bahawa riwayat-riwayat secara berasingan yang membuktikan hujah kuatnya, tidak ada manusia yang bebas untuk memilih dalam perkara ini, tetapi tidak menerimanya melainkan melalui ketaatan, walaupun kamu fikir manusia untuk mencapai ini semata-mata dan yang meneguhkan pendiriannya di jalan Imam al-Mahdi (Sempga Allah menempatkannya di bumi) dan membebaskan dirinya dari semua kerahasiaan dan pembatasan melainkan apa yang telah disyari’atkan Allah Taala dengari taat kepada waris- auliakNya dan amir-amir mereka (as)
.
Sampai di sini titik pertama dijelaskan kepada kita dan banyak pemakaian-pemakaian di dalamnya da;am bentuk yang jelas sempurna, Insya Allah Taala.
.



---------------------------
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal,164,


✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Friday 26 April 2019

Rukya Al-Shadiqah


Rukya Yang Benar (Rukya Al-Shadiqah)


Dan kata-kata mereka (as) dalam menentukan masa rukya yang benar (Rukya Al-Shadiqah) yang sempurna bagi semua yang melihat rukya-rukya, yang merangkumi semua mereka yang melihat suatu rukya pada masa tersebut, tanpa pengecualian, Ia tidak berkaitan dengan para maksum sahaja, dan dari hadits-hadits yang berikut ini:

Hadits diriwayatkan dari Imam Ja’far bin Muhammad Al-Shadiq (as) ia adalah sebuah hadits yang panjang mengenai pembunuhan Imam Al-Hussein (as) sehingga sampai Imam (as) berkata, (Kemudian dia berjalan hingga sampai ke Al-‘Azhib, Maka dia berkata, ia tidur di siang hari, dan kemudian dia bangun dari tidurnya sambil menangis, lalu anaknya berkata kepadanya: Mengapa engkau menangis, wahai ayah? Dia berkata: "Wahai anakku, inilah saatnya rukya tiada kedustaan.") [1]

Dan dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Rasulullah (S), baginda bersabda: rukya yang benar adalah pada waktu sahur. [2]

Dari Imam Al-Shadiq (as): Cepatkanlah mentakwil rukya tidur di siang hari [3]

Dari Abi Bashir katanya: Aku berkata kepada Aba Abdillah Al-Shadiq (as): Semoga aku menjadi tebusanmu, rukya `yang benar dan palsu keduanya keluar dari satu kedudukan? Beliau berkata: Kemu benar, Bagi yang palsu ada perbezaannya kerana seseorang melihat pada awal malam yang dilontar oleh kuasa jahat (fasiq), ia adalah sesuatu yang mengkhayalkan manusia dan ada kepalsuan yang salah, tidak ada kebaikan padanya. Adapun yang benar apabila dia melihatnya selepas dua pertiga malam dengan kehadiran malaikat dan ia sebelum sahur maka ianya (rukya) yang benar, tidak salah Insyaallah, melainkan ketika kamu tidak suci (berjunub) - atau tidur dalam keadaan tidak suci, Allah AWJ tidak memperhatikan hakikat peringatanNya, ianya kamu perselisihkan dan menunda-nunda pada pemiliknya.) [4]

Janganlah tergesa-gesa untuk memperkatakan mengenai hadits ini, ia akan diperkatakan lagi di tempat lain, Insyaallah. Dan selain itu ada hadits-hadits Ahl Al-Bait dalam hal ini, dan ia banyak sekali.


------------------
1- Al-Amali: hal ,217, Bihar Al-Anwar: J 44 hal ,314, Mustadrak Al-Wasail – oleh Al-Miriza Al-Nuri: J 5 hal,114, Mustadrak Safinah Al-Bihar: J 10 hal,192, dengan sedikit perbezaan.
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal,195, wa sunan Al-Darami: J 2 hal.165
3- Bihar Al-Anwar: J 58 hal.195
4- Al-Kafi – Li Tsiqat Al-Islam Al-Syeikh Al-Kulani: J 8 hal. 90



✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum ✡✡ Menu ✡✡ Selepas




Thursday 25 April 2019

3.3 Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum - sambungan


Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 16


Rukya merupakan tahap ukuran kesempurnaan yang manusia dapat untuk melihat kesempurnaannya telah ditingkatkan dan ia tidak dilihat oleh manusia (secara lumrah), Tetapi apabila seseorang itu mencapai pendirian yang teguh dalam ilmu dan iman, seperti dijelasjan dalam hadits yang mulia, Adapun apabila tidak sempurna pendirian yang teguh, maka rukya terhijab dari seseorang sebagai hukuman (dan apa-apa hukuman yang yang ditakuti yang menimpanya, Ya Allah, padaMu kami memohon pertolongan), Dan oleh itu, orang-orang yang beriman itu terluka jika kamu mengatakan rukya mereka, dan ini adalah hadits Imam Ali bin Musa Al-Redha, di mana dia berkata: Dan yang paling rendah bagi menjelaskan wali kami adalah Allah memperlihatkan kepadanya rukya yang ditakuti sehingga kami menjadi sedih apabila melihatnya dan ia adalah kafarah untuknya). [1]

Sepertimana yang diriwayatkan dari Al-Shadiq (as), bahawa beliau berkata : (Apabila seorang hamba melakukan maksiat kepada Allah AWJ dan Allah hendak ia berbuat baik dengannya, akan diperlihatnya suatu rukya dalam tidurnya yang mengerikannya lalu dia melarikan diri dari maksiat itu, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah.) [2] dan akan dibawakan lebih banyak butiran dalam perbahasan akan datang, Insya-Allah Taala. Ahl al-Bayt (as) tidak menunjukkan , keterangan mereka dalam rukya yang boleh berhujah pada ketentuan ini, tetapi menekankan kebenaran, ia adalah hujah rukya Syiah Ali (as) juga, tetapi berlaku di dalamnya mukjizat-mukjizat dan karamah-karamah, dan sebenarnya ramai yang telah melihat rukya seperti ini, tetapi manusia lalai dari tanda-tanda Tuhan mereka, kita tidak memerlukan penjelasan lanjut, tetapi kami akan bawakan dengan sesuatu yang semua orang telah mengakuinya dan disebutkan dalam kitab-kitab. Dan ia adalah:

'Umar bin Abi' Uzainah berkata: Aban bin Abi ‘Eiyash memanggilku kira-kira sebulan sebelum dia mati, dan dia berkata kepadaku: Semalam aku melihat satu rukya, Aku dicipta untuk mati dengan cepat. Aku melihat kamu pada waktu pagi bergembira, aku melihat pada malam hari Salim bin Qais Al-Hilali berkata kepadaku: Wahai Aban, kamu mati pada hari ini. Bertaqwalah kepada Allah dalam lemah lembut dan jangan menyia-nyiakannya, dan bagiku telah dipastikan kerahsiaannya. Dan tidak meletakkannya kecuali pada seorang lelaki Syiah Ali bin Abi Talib (as) yang mempunyai agama sahaja [3].

Sebahagiannya dari doa yang diketahui pada Syiah Imamiyah dengan nama Doa Al-Yamani salah satu dari doa-doa nesar kerana doa ini sebagaimana kisah pemilik doa ketika ia berkata kepada Amirul Mukminin selepas aku menerimanya:

... ) لي عدو مشح وقد أرهقني وغلبني بكثرة نفيره، وقوة نصيره، وتكاثف جمعه، وقد أعيتني فيه الحيل. وإني كنت راقداً ذات ليلة حتى أتاني آت، فهتف بي أن قم يا رجل إلى خير خلق الله بعد نبيه أمير المؤمنين صلوات الله عليهما وعلى آلهما، فاسأله أن يعلمك الدعاء الذي علمه حبيب الله وخيرته وصفوته من خلقه، محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم صلوات الله عليه وعلى آله، ففيه اسم الله ... (عز) فانتبهت يا أمير المؤمنين ولم أعرج على شيء حتى شخصت ...( ).(١


---------------------
1- Al-Usul Al-Sittah 3asyar- 3idah Muhadditsin: hal 57
2- Al-Ikhtishash: hal 241
3- Kitab Salim Bin Qais ditahqiq Muhamad Baqir Al-Ansari: hal.124


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 17

( ... Aku mempunyai musuh yang menghina yang telah meletihkanku dan mengatasiku dengan banyak kelompoknya, penaung kuasa, dan kumpulannya menjadi lebih kuat, aku bosan dengan helah. Dan aku berbaring di waktu malam, sehingga,aku didatangi, dan dia berteriak kepadaku, Wahai manusia bangunlah menuju kebaikan yang Allah ciptakan pada Amirul Mukminin selepas NabiNya - sholwatu Allah 3alaihima wa 3ala Aalihima, Maka mintalah kepadaNya agar mengajarkan padamu doa yang diketahui Kekasih Allah orang yang terbaik dan pilihanNya dari penciptaannya, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim - sholwatu Allah 3alaihi wa 3ala Aalihi, kerana padanya ada nama Allah AWJ ...  Maka perhatikanlah, Ya Amirul Mukminin dan tidak akan pincang pada sesuatu apabila engkau menatapnya..... [1]

Melalui hadits ini ia mendedahkan bahawa datang petunjuk kepada orang ini oleh seorang lelaki yang tidak dikenali
(أتاني آت(
aku didatangi
dan diketahui ia adalah orang yang terbaik dari penciptaannya selepas Muhammad Al-Mustafa (S) dan memberi bimbingan kepadanya hingga ke syurga, dan mengenalkan padanya nama doa itu.

Dan perhatikanlah wahai pembaca yang mulia kepada jawapan yang diterima dari rukya lelaki ini:
Maka perhatikanlah, Ya Amirul Mukminin dan tidak akan pincang pada sesuatu apabila engkau menatapnya.

Dan ada banyak lagi bagi mereka yang ingin mengikuti bidamg perkara ini, tetapi apa yang dikatakan adalah mencukupi kepada pencari kebenaran.

Oleh itu, ternyata tidak benar hujjah sesiapa yang mengatakan rukya selain anbia dan orang-orang ma'sum (as) tidak dianggap sebagai hujah, kerana menerima bisikan Iblis pada rukya Al-Maksum ini pertamanya, dan padahal Iblis (laknahu Allah) serta tentera-tenteranya (laknat Allah) tidak boleh menyerupai peribadi Syiah Ali dan para Imam (as) dan Mahdi-mahdi (as) dari Aali Bait nubuwah, dan ini juga menyatakan tiada hujjah bentuk rukya yang bukan nabi dan orang-orang maksum, Maka adalah jelas bahawa semua Syiah bukanlah nabi-nabi, tetapi hadits secara mutlak memasukkan semua Syiah Ali (as) dan meletakkan nash bahawa Iblis (laknahu Allah) tidak boleh mewakili (menyerupai) mereka. Ahl Al-Bait (as) jelas tidak mengakhiri masalah ini pada perkara ini. Sebaliknya, mereka (as) terus menerangkan hakikat hujjah rukya. Dan melalui sangat banyak cara, dan cara-cara ini untuk menentukan masa rukya yang benar (Rukya Al-Shadiqah).

-------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 92 hal ,241 wa Aazha Minhuj Al-Da3awaat – oleh Ibn Thawus: S ,138 Fihima Tafawut Basith Wa Al-Lafadz oleh Ibni Thawus (3alaihi Al-Rahmah)



✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Wednesday 24 April 2019

Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum 02


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 13
...

Oleh itu, jelaslahا bahawa pendapat terdahulu untuk-menginkari kesahihan rukya yang bukan maksum bagi memelihara rukya yang maksum atas alasan tidak dicampuri syaitan dalam rukya mereka, maka dengan itu Ibrahim Al-Khalil membuat pertimbangan untuk memastikan syaitan atau tenteranya tidak masuk dalam rukyanya (as), dan hadits-hadits lain akan dibawakan, tetapi para wali Allah mereka adalah dalil bagi Allah Yang Maha Suci, Dia meminta pertolongan dari Allah, dan Allah mendengar dan menjawabnya, dan Dia menjadikan mereka berbeza di antaranya, antara kebenaran dan kebatilan. Dan lihatlah pembaca yang mulia dari perjalanan Ibrahim (as) setelah (Arafah) di mana Syaitan (la) telah mencoba mengwas-waskan, Al-Khalil (as) sekitar pelaksanaan perintah ilahi selepas dia memastikan mandatnya, dia didatangi seorang yang sangat tua dan bercakap dengan Ibrahim (as) untuk meragui rukyanya seperti yang dinyatakan dalam hadits dari Imam Al-Shadiq (as), tetapi Ibrahim meneruskan tugasnya.

Dari Abi Ja’far Al-Baqir (as): ( ......: dan Kemudian dia meletakkannya dan mengambil pisau dan diletakkannya di kerongkongnya. Beliau berkata: Seorang tua datang dan berkata: Apa yang kamu hendak lakukan pada budak ini? Dia berkata: Aku mahu menyembelihnya, dia berkata: Maha Suci Allah, seorang budak yang tidak melanggar perintah Allah dalam sekelip mata kamu akan menyembelihnya? Beliau berkata: Ya, Allah telah memerintahkan aku untuk menyembelihnya, lalu dia berkata: tetapi Tuhanmu melarangmu dari menyembelihnya, dan sesungguhnya Syaitan memerintahkan kamu dalam tidurmu, beliau berkata: Celakalah engkau, ucapan yang kudengar adalah apa yang sampai kepadaku, apa yang kamu lihat, tidak demi Allah dan tidak kucakap kepadamu, dan kemudian dia berazam untuk menyembelih. Orang tua itu berkata: Ya Ibrahim! Kamu seorang imam yang diikuti, Jika kamu menyembelih anakmu, manusia akan menyembelih anak-anak mereka sedikit demi sedikit, jadi dia enggan bercakap dengannya. Abu Bashir berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: Lalu diletakkan di Jamrah Al-Wustha dan kemudian mengambil pisau dan meletakkannya di halkumnya dan kemudian mengangkat kepalanya ke langit dan kemudian membunuhnya Lalu Jibrail (as) membalikkan halkumnya, Apabila Ibrahim,melihat ianya terbalik lalu Ibrahim membalikkannya semula mukanya dan Jibrail membalikkan ke sisi. Dan ia melakukannya berulang kali, dan kemudian dia menyeru dari perjalanan masjid Al-Khaif: "Wahai Ibrahim, telah benarlah rukya kamu..." [1].

Syaitan (la) mengwas-waskan setiap usaha Al-Khalil Allah dan anak-anak Adam (as) yang lain, tetapi aulia Allah tetap tidak melihat melainkan Allah dan Dia memelihara mereka dan menyokong mereka, sehingga mereka menghabiskan perintahNya Yang Maha Suci. Bagi sesiapa yang meragui Allah, dia tidak menerima kalam Allah Yang Maha Suci dan oleh itu tidak menerima wahyu Allah Yang Maha Suci (rukya).

Bahawa Aali Bait nubuwah (as) telah menggambarkan kepada kita keupayaan syaitan, yang tidak dapat berpakaian (menyerupai) dalam bentuk aulia Allah Yang Maha Suci, tidak dapat mencontohi gambar nabi dari imej para nabi terutama imej penutup para nabi dan washi-washinya,


---------------------------
1- Al-Kafi: J 4.207-208


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 14


Bahkan tidak boleh menyerupai Syiah Amirul Mukminin (as) secara umum, dan dalam hal ini hadits Ahl al-Bait (as) menggambarkan dengan bentuk dan medan yang berbeza dan sebahagian dari hadits-hadits ini ialah:

Apa yang diriwayatkan dari Rasulullah (S), sabdanya: Apabila sampai zaman rukya orang beriman tidak lagi didustakan, Dan mereka membenarkan rukya, mereka membenarkan percakapannya [1]

Kebenaran hadits ini adalah jelas bukan untuk para nabi dan washi, ia adalah untuk orang awam, dan Nabi (S) mengatakan bahawa rukya orang beriman ini hampir-hampir tiada kedustaan. Ini dalam rukya dalam bentuk umum tidak pada maksum dalam bentuk khusus seperti yang dijelaskan dari Hadits yang mulia tersebut.

Apa yang dikatakan oleh Rasulullah tentang kehendak rukya dan pemiliknya, di mana baginda (S) bersabda: Yang terbaik di antara kamu adalah yang utama pengertiannya (Ulu Al-Nuha). Lalu dikatakan: Wahai Rasulullah, siapakah Ulu Al-Nuha itu? baginda (S) bersabda: Ulu Al-Nuha adalah yang utama pada mimpi benar [2]

Apa yang diriwayatkan dari Al-Redha (as) dari bapa-bapanya bahawa Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang menziarahiku dalam mimpi telah (benar-benar) menziarahiku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian nubuwah [3]

Dari Mereka (as) bahawa Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang melihatku dalam mimpi telah melihat Aku, kerana syaitan tidak mewakili bentuk rupaku mahupun bentuk rupa salah seorang washi-washiku dan tidak dalam bentuk salah seorang daripada Syiah mereka, dan rukya yang benar adalah sebahagian daripada Tujuh puluh bahagian dari nubuwah.) [4]

Dalam hal ini terdapat riwayat hadits seorang Arab dusun yang datang kepada Rasulullah (S) dan dia adalah seorang pelayan yang cantik. Dia berkata: Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepadaku tentang firman Allah AWJ

﴿الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ * لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. * Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. [5]

--------------------------
1 – Al-Amali – Al-Syeikh Al-Thusi: hal 386, Bihar Al-Anwar: J 58 hal ,172 Mustadrak Safinah Al-Bihar: J 4 hal ,31 Mizan Al-Hikmah: J 4 hal.1012
2- Bihar Al-Anwar: J 58 hal 190.
 Seperti yang dinyatakan banyak Hadtis mengenai rukya di bahagian ini, - sila rujuk Mizan Al-Hikmah - oleh Al-Risyahri:.J 2, hal 1013
3 – 3uyun Akhbari Al-Redha (as) – oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: J 1 hal ,288 Midainah Al-Ma3ajaz – oleh Al-Bahrani: J 7 hal.183
4- Man La Yahdhuruh Al-Faqih - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal ,585 Al-Amali - oleh - Al-Shaduq: J 2 hal 1210 Raudah Al-Wa3izin: hal,234 Wasail Al-Syi3ah Al-Islamiyah: J 10 hal,4360 Bihar Al-Anwar:- oleh Al-Syeikh Al-Majlisi: J 49 hal.283 .
5- Yunus 10: 63-64


Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 15

Maka Al-Mustafa (S) bersabda: Adapun tentang firman Allah AWJ
﴿لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia.
Ia adalah: rukya yang baik yang dilihat oleh orang mukmin sebagai berita gembira di dunia
Dan mengenai firman Allah AWJ:
﴿وَفِي الْآخِرَةِ
dan di akhirat.
adalah berita gembira orang mukmin pada masa kematiannya, sesungguhnya Allah telah mengampunkan kamu dan sesiapa yang membawa kamu ke kubur." [1]

Di sini ternyata bahawa para nabi (as) diuji juga dengan rukya, dan syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa para nabi dan rasul Allah dan wali-waliNya, bahkan juga Syiah mereka, bukan ini sahaja, bahkan salaf yang soleh akan bersedih dan bermuram durja jika tidak melihat rukya; kerana rukya mereka adalah nisbah jarak dengan Allah yang Maha Suci seperti yang kita dengar dari mereka, dan para imam menghina perkara itu kepada mereka yang mengatakan rukya mereka, dan ini diriwayatkan di beberapa tempat, sebahaguannya adalah:

Diriwayatkan Al-Shaffar (atasnya rahmat) dengan sanad dari Muhammad Al-Rafi’ei, beliau berkata: Saya mempunyai seorang sepupu memberitahunya Al-Hassan bin Abdullah, dan telah disembah rakyat pada zamannya, dan dia menemui Sultan dan mungkin menghadapi Sultan bercakap nasihat yang keras kepadanya dan menyuruh berbuat baik, dan Sultan mampu berbuat demikian untuk kebaikannya, jadi ini masih berlaku hingga hari Abu Al-Hassan Musa (as) memasuki masjid lalu merendahkan diri kepadanya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Aba Ali, apa yang saya sukai dengan apa yang ada di dalamnya dan yang memikatku padamu tidak lain kamu tidak mempunyai pengetahuan dan pergilah cari pengetahuan (makrifah). Beliau berkata: Semoga aku menjadi tebusanmu, makrifah apa? Dan dia berkata kepadanya, "Pergilah, fahamilah dan tuntutlah ilmu hadits. Dia berkata: Dari siapa? Beliau berkata: Anas bin Malik dan para fuqaha penduduk Madinah, kemudian lihat hadits denganku. Beliau berkata: Pergi dan bercakap kepada mereka dan kemudian membaca dan menggugurkan semuanya dan kemudian beliau berkata kepadanya: Pergi dan tuntutlah pengetahuan. Orang yang dilantik dengan agamanya masih mengamati kepada Aba Al-Hassan (as) sehingga dia pergi ke ladangnya dan mengikutinya dan layak di jalannya, Dia berkata kepadanya, "Semoga aku menjadi tebusanmu,....." Kemudian dia berikrar dengannya dengan wilayah Amirul Mukminin (as), dan kemudian dia terus berdiam, dan tidak ada yang melihatnya bercakap-cakap selepas itu. Dia sebelumnya telah melihat rukya yang baik, dan kemudian rukya itu terputus dan dia melihat Aba Abdullah (as) pada suatu malam, ketika tidur dia melihatnya dan mengadu bahawa rukya itu terputus. Dia berkata: " Jangan diam, orang yang beriman, sekiranya dia teguh dalam iman, dia akan ditinggikan dengan rukya." [2]


---------------------------
1 - Al-Kafi: J 8, hal 90, Man La Yahdhuruh Al-Faqih - J 1 hal 133, Wasail Al-Syi3ah Al-Islamiyah: J 2 hal,828 Bihar Al-Anwar: J 58 hal 159
2 - Bashair Al-Darajat – oleh Al-shaffar: hal,274  Al-Tsaqb Fi Al-Manaqib - oleh Al-Thusi: hal 456, Bihar Al-Anwar: J 58 hal 159


✡✡✡✡✡
                                        
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas




Monday 22 April 2019

Titik Pertama: - Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum


... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 11

Titik Pertama:


Rukya Para Nabi - Rukya Masyarakat Umum

Mereka yang menyangkal kesahihan rukya membahagikan rukya kepada dua bahagian: rukya para nabi, dan rukya masyarakat umum. Dan mereka tidak menafikan rukya Al-Maksum yang paling umum dan biasa, dan kemudian rukya para nabi dan washi (as) kebanyakannya adalah sebagai hujah. Ini adalah bahagian pertama. untuk bahagian kedua: rukya masyarakat umum tidak ada kesahihan pada mereka. Hujah mereka yang menjadi iktiqad adalah rukya para nabi dan rasul Allah (as) dan tidak samar rukya mereka, atau makna dan petunjuk rukya itu, ia adalah jelas pada mereka, maknanya jelas, ianya tidak diragui kepada nabi atau rasul (as), Kemudian bagi para nabi (as) syaitan (laknahu Allah) tidak dapat memasuki rukya atau mengwas-waskan mereka, tetapi bagi yang lain iaitu rukya masyarakat umum adalah sebaliknya; kerana rukya masyarakat umum dadalah kabur, tidak jelas untuk diketahui, adalah ditolak antara wahyu dari Allah atau dari diwas-waskan syaitan.

Begitulah kata-kata orang-orang yang menafikan hujah rukya, "Mereka tidak melihat sesuatu hujah bagi orang-orang yang berhujah dengan rukya masyarakat umum selain para nabi dan washi."

Di sini kita membincangkan masalah ini dari beberapa aspek untuk menyelesaikan kekeliruan ini dan semua masalah-masalah lain yang berkisar pada rukya untuk menjelaskan bentuk bagi setiap pencari kebenaran supaya mengukuhkan hujah dalam bentuk yang jelas yang tidak meninggalan alasan oleh pencari alasan:

Bukankah para nabi telah ditugaskan, dan semua orang yang ditugaskan akan menjalani ujian, dan di antara ujian-ujian itu ada persoalan rukya, sebagaimana ujian terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul Allah dalam perkara-perkara umum yang menguji mereka yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka dalam rukya, Tiada siapa yang membayangkan bahawa ujian ini jelas atau biasa didedahkan kepada para Nabi dan Rasul Allah, tetapi sebaliknya, ia sudah tentu suatu perkara yang amat sukar, Ia adalah tugasan yang sangat sukar yang bagi orang biasa tidak dapat membayangkannya serta membawanya, dan contoh yang paling jelas adalah peruhal Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) telah diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya dalam suatu rukya, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

Maka tatkala anak itu sampai (umur) berusaha sendiri, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar".." (1)
                        
---------------------
-1 Al-Shaafat 37: 102
.......

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 12

Perkara yang pelik adalah bahawa para pemikir yang menangani masalah ini melihat pengalaman pahit yang dialami oleh Nabi Allah Ibrahim Al-Khalil (as) yenteng penyembelihan anaknya hanya sebagai hasil jasih syang kebapaan yang melanda Nabi Allah Ibrahim Al-KhalilNya

Bahawa penderitaan Ibrahim Al-Khalil (as) dan betapa besar ujian ini ke atasnya, sehingga Allah menamakan ujian ini di dalam kitabnya yang agung dengan Ujian yang besar.
﴿إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. [1]

Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui sebab-sebab penderitaan ini, Ibrahim Al-Khalil kurang jelas dan kurang pasti takwil (makna) rukya itu. Tetapi Ibrahim (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan kehendak Ilahiyah. Iaitu Ibrahim Al-Khalil (as) tidak teragak-agak dalam melaksanakan rukya sebagai hasil dia tidak menggugurkan tugasan ilahi yang diarahkan kepadanya, bukan sebagai hasil daripada kasih sayang ibu bapa hanya seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak, Ibrahim (as) tidak melihat melainkan hanya kepada Allah SWT dan ini disebut dalam hadist Ahl Al-Bait. Ini dipanggil hari pertimbangan dengan panggilan hari Al-Tarwiyah iaitu, kerana Ibrahim (as) melihat pada hari ini untuk memastikan rukya yang diperintahkan menyembelih anak ini dari Allah Taala atau sesuatu yang dilemparkan oleh Syaitan yang direjam). [2]

Ibrahim mempertimbangkan dalam pelaksanaannya untuk memastikan perintah ilahi, dan bahawa tidak ada pintu masuk bagi Syaitan yang direjam (la) dalam rukya ini. Dan dalam rukya ini Ibrahim (as) melihat sekali lagi rukya ini, dan Allah Taala memerintahkan dia untuk menyembelih anaknya, dan kemudian Ibrahim (as) menerima pengetahuan di mana dia tahu mandat (tugas) ilahi ini lalu menamakan hari ini, sebagai hari Arafah; kerana dia tahu secara pasti tentang tugasbya melalui rukya kedua. Tanda (alamat) ini adalah nyata sebagai rahmat kepadanya dan membawa kata-kata ini kepada kita untuk melihatnya bersama:

Kerana pada malam Al-Tarwiyah (pertimbangan) Ibrahim (as): melihat dalam mimpi bahawa ia adalah hari menyembelih anaknya. Lalu menjadikannya hari pertimbangan (Al-Tarwiyah). Iaitu dia mengambil masaa untuk mempertimbangkannya, "Adakah ini dari Allah atau hanya mimpi?"
Lalu memanggilnya: Hari Al-Tarwiyah..
Dan pada malam kedua melihatnya juga, dia menjadikannya: "Hari Arafah" ...) [3]

-----------------------
1- Al-Shaafat 37:106
2- Diterangkan dalam dalam sumber-sumber sebelumnya bahawa syaitan (la) mempunyai keupayaan untuk melontar sesuatu yang tergantung di hujumg rukya seperti yang dijelaskan Al-Syed (as) kepada ansar.. Dan bahagiannya akan diterangkan pada tempatnya (rukya mengikut kefahaman Al-Quran) tafsiran perbandingan, insya Allah.
3 - Muntaha Al-Matlab  (Tha . Qaf) – Al-3alamah Al-Hiliy: J 2 hal , sebagaimana yang disebut oleh Al-Khawnsari dalam kitabnya Masyariq Al-Syumus (Tha . Qaf) J 2 ha. 453

✡✡✡✡✡
                                        
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas