Sunday 17 August 2014

Simbol-Simbol Benda

Panduan Ta’bir Mimpi (Tafsir Mimpi) Dari Imam Ahmad Al-Hassan a.s.
                             
Simbol-Simbol Benda

1. Celak Mata

Kühl (celak mata) adalah penawar untuk mata, dan mimpi (rukya) yang bermakna bahawa anda memberikan wanita tersebut apa yang menyembuhkan penglihatannya supaya dia boleh melihat kebenaran.


Bermakna Kühl (celak mata) boleh bermakna Hadis Muhammad (S) dan Keluarga Muhammad (as) atau laman web yang mengandungi hadits-hadits yang mereka untuk mendapat petunjuk kepada kebenaran dan mengetahui pendakwah yang benar, atau buku.

2.

Mendaki gunung, bermakna kenaikan anda ke Kerajaan-kerajaan Langit.
Dan dalam mimpi (rukya) ia bermakna menetapkan arah pergerakan roh.



Menyeberangi lembah api ertinya anda terselamat dari kesesatan. 






3. Katil

Katil adalah pangkat / kedudukan dan raja / pemilikan

Fabrik (kain) dalam Kerajaan-kerajaan adalah pakaian takwa, dan pakaian orang-orang syurga. Semoga Allah menjadikan anda dari kalangan yang terbaik daripada ahli syurga, Allah itu Maha berfirman:


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

{Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.} [Surah Al-'Araf 07:26].


4. Kalung, kunci dan haruman

Untuk kalung dan kunci ertinya penjara. Semoga Allah melindungi kamu dari penjara akhirat.


Dan haruman adalah kata-kata yang baik / bagus.






5. Asap dan Kabut



Bagi asap: ia adalah tanda hukuman. Maknanya, hukuman yang mengiringi seruan kebenaran, sebagaimana ia telah mengiringi semua Dakwah Ilahiyah (seruan Ketuhanan) sebelum ini dan datang ke atas umat-umat yang menentang, tetapi kali ini ia akan termasuk semua penghuni bumi jika mereka menentang perintah Allah; kerana seruan (dakwah) telah sampai kepada mereka dan ditujukan ke atas mereka semua. Saya bermohon kepada Allah supaya Dia menyelamatkan orang yang beriman dengan Rahmat / nikmatNya SWT.  


Dan orang-orang yang tidak sujud tidak beriman daengan kebenaran, kerana yang sujud adalah malaikat dan ingkar adalah Iblis dan segala pengikutnya, sama seperti perintah yang pertama tersebut, jadi ia berulang di setiap zaman.



6. Kertas bertulis

Kertas yang mempunyai huruf Nun padanya merujuk kepada kata-kata Allah SWT:


ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ * مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ 

{Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis,* berkat nikmat Tuhanmu kamu sekali-kali bukan orang gila.} [Al-Qalam 68:1-2]


Dan memerintahkan anda untuk bangun, bermakna untuk menyokong kebenaran dan bangun daripada kelalaian dunia dan [bangun dari] kesibukan dengannya itu dan dengan penduduknya.


7.


Kuda adalah menunjukkan seorang manusia.

Kapal terbang ini merupakan kelegaan. Dan insya Allah (jika dikehendaki Allah) ia hendaklah tiba ke sasaran di sebalik satu cubaan musuh-musuh Allah untuk memadamkan cahaya Allah, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani kesemuanya. 


8.



Makanan adalah ilmu yang manusia belajar, Allah (swt) berfirman:


فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ

{Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.} [Surah Abasa 80:24].


Maksudnya, pada pengetahuannya dan dari mana dia mengambilnya. Jadi adalah mungkin manusia mengambil ilmunya dari orang-orang yang benar sehingga dia berada dalam kebenaran, atau dari orang-orang yang batil sehingga dia berada dalam kebatilan.









Orang yang memberikan anda makanan, adalah seseorang yang daripadanya anda belajar sesuatu daripada ilmu pengetahuan.





Serban dalam mimpi (rukya), melambangkan perkara; ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh orang itu, dan juga: simbol raja dan kerajaan duniawi, Pemakaian serban adalah mahkota orang-orang Arab, iaitu mahkota raja-raja mereka. Tetapi seseorang tidak merasakan dia mempunyai banyak ilmu, Maka serbannya melambangkan milikan duniawi

No comments:

Post a Comment