Tuesday 19 August 2014

Soalan 504: Saidatina Ruqayyah memberikan saya Abaya (jubah) beliau

SOALAN 504:

Saya melihat dalam tidur saya bahawa saya telah pergi ke sebuah rumah di mana mereka lakukan Tasyabih (mengingati dan melakon kembali) tentang Imam Al-Hussein (as), dan ia adalah tempat di mana hanya wanita yang hadir dan mereka memainkan peranan sebagai Saidatina Ruqayyah (as), dan pintu rumah itu terbuka, dan terdapat satu kawasan lapang di hadapannya. Dan kemudian seorang gadis keluar, dan dia berpakaian hitam, semuanya hitam, mukanya tidak ditnunjukkan. Jadi salah seorang wanita berkata: Ini adalah Saidatina Ruqayyah dia telah tiba. Kemudian salah seorang wanita berkata kepada saya: Mengapa kamu tidak memainkan peranan Saidatina Ruqayyah? Jadi saya jawab: Saya tidak suka Tasyabih, saya datang untuk menonton sahaja. Dan saya berada di situ sehingga Saidatina Ruqayyah memberikan saya Abaya (jubah) beliau, Abaya itu begitu berat sehingga ia menyakiti kepala saya. Dan saya berkata: Semoga Allah membantu Saidatina Ruqayyah bagaimana dia telah membawanya.

Pengirim: Umm Ali- Iraq

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-mmam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktarafan.

Mimpi (rukya) ini adalah berita gembira bagi sesiapa yang Saidatina Ruqayyah memberikannya Abaya (jubah) beliau, dan insya Allah ia adalah martabat (kedudukan) yang tinggi yang baik jika Allah memberikan kepadanya kejayaan atas keikhlasan dan pengakhiran yang baik

Dan Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awwal / 1431 Hijrah

No comments:

Post a Comment