Saturday, 23 August 2014

Soalan 367: Kühl (celak) adalah penawar untuk mata - Abu Al-Fadhl

Soalan 367:  Kühl (celak) adalah penawar untuk mata - Abu Al-Fadhl

Saya berharap tuan mentafsirkan mimpi (rukya) berikut:

Saya keluar dari pintu rumah, dan saya melihat planet berwaran oren (jingga), dan ia dekat dengan rumah kami. Kemudian saya dan ibu saya keluar. Tingkap kereta terbuka, saya lihat dari sebelah kiri seorang wanita yang memakai pakaian serba putih.
Kemudian ibu saya berkata kepada saya: "beri aku Kühl  (celak mata) cepat", dan saya memberikan Kühl kepada wanita yang memakai pakaian yang serba putih itu, maka wanita itu memegang tangan saya seolah-olah dia telah mengucapkan terima kasih kepada saya, dan air mata saya mengalir, dan saya mengambil semula Kühl itu dan pergi dengan kereta. Kemudian saya terbangun.

Saya harap tuan boleh menterjemahkan mimpi (rukya) ini, dan semoga Allah memberkati tuan dan melindungi tuan dari segala bahaya, dengan hak Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Pengirim: Abu Al-Fadhl

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Kühl adalah penawar untuk mata, dan mimpi (rukya) ini bermakna bahawa anda memberikan wanita ini apa yang menyembuhkan penglihatan beliau supaya dia boleh melihat kebenaran. Bermakna Kühl boleh merupakan Hadits-hadits Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) atau laman web yang mengandungi hadits-hadits mereka untuk menjadi petunjuk kepada kebenaran dan mengetahui (mengenali) bahawa penyeru (pendakwah) kebenaran, atau pun buku-buku (kitab-kitab).

Ahmad Al-Hassan

No comments:

Post a Comment