Monday, 22 September 2014

Soalan dari Injil Wanita Berselimut Matahari Dan Bulan - (The Thirteenth Disciple)

Soalan 3: Imam Ahmad Al Hassan telah menerangkan bahawa wanita yang berpakaian matahari dan bulan di dalam mimpi John/ Yohannes, adalah ibu Imam Mahdi AS. Bagaimanapun para paderi dan gereja menyatakan sebaliknya. Jadi, bagaimana beliau AS membuktikan perkataannya?




Jawaban Sayed Ahmad AS:

Bahagian Pertama

Soalan di atas adalah berkaitan ayat berikut: kitab Wahyu Kepada Yohanes  Bab 12 (Revelation 12) – Perjanjian Baru


 (1) Lalu terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa. Seorang wanita yang memakai matahari sebagai pakaiannya, sedang berdiri di atas bulan. Di kepalanya terdapat sebuah mahkota yang terdiri dari dua belas bintang.
(2) Wanita itu sedang hamil, dan karena sudah waktunya untuk melahirkan, maka ia berteriak kesakitan.
(5) Lalu wanita itu melahirkan seorang anak laki-laki yang akan memerintah semua bangsa dengan tongkat besi. Tetapi anak itu dirampas dari wanita itu, lalu dibawa kepada Allah dan ke hadapan takhta-Nya.
(11) Saudara-saudara kita sudah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba itu, dan dengan berita benar dari Allah yang mereka kabarkan. Mereka rela mengurbankan nyawa mereka sampai mati.
(12) Sebab itu, hendaklah syurga dan semua yang tinggal di dalamnya, bersukaria! Tetapi celakalah bumi dan laut, sebab Iblis sudah turun kepadamu dengan amarah yang sangat besar, karena ia tahu bahawa waktunya tinggal sedikit lagi."
(13) Pada waktu naga itu menyadari bahawa ia sudah dibuang ke bumi, ia mulai mengejar wanita yang telah melahirkan anak laki-laki itu.
(17) Naga itu menjadi marah sekali kepada wanita itu, sehingga ia pergi menyerbu keturunan yang lain dari wanita itu, yaitu semua orang yang mentaati perintah-perintah Allah, dan yang memberi kesaksian tentang Yesus dan kuasa-Nya.


1. Kristian menafsirkan "wanita" dalam ayat diatas sebagai gereja. Sayed Ahmad AS mengatakan ini jauh dari kebenaran. Sedangkan pendeta Kristian juga menafsirkan Isa AS sebagai anak gereja. Namun hakikatnya Isa AS diutuskan sebelum wujud atau adanya institusi gereja.

2. Dan menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS juga adalah tidak tepat, kerana:

Jika wanita itu adalah, maka siapa anaknya?
Siapakah 12 bintang, matahari dan bulan?

3. Jika mereka menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS, maka mereka memerlukan 15 lagi watak untuk menafsirkan mimpi ini dengan tepat.

 
4. Dan adakah Isa AS " memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi"?

 
5. Atau adakah Mariam AS mempunyai zuriat lain selain Isa AS yang dikenali sebagai pelindung agama, iaitu sebagai seorang Rasul atau Khalifah? Yang akan sentiasa diperangi oleh syaitan seperti yang disebut dalam mimpi di atas. -Tiada-

 
6. Seperkara lagi, mimpi selalunya akan menerangkan perkara masa hadapan, kerana jika ia menerangkan perkara kelmarin contohnya, atau perkara yang sudah terjadi, maka ia akan kehilangan makna atau tujuan. Sebabnya, kebanyakan orang dah tahu perkara yang terjadi sebelumnya.

 
7. Mimpi John/Yohannes terjadi lama selepas Mariam AS melahirkan Isa AS, maka telah sempurna misi Isa AS dan beliau telah diangkat. Jadi mimpi Yohannes adalah berkaitan perkara ghaib, yang akan terjadi di masa hadapan, bukan perkara sejarah yang sudah terjadi. 

 
8. Apa yang telah disebut sebelum ini, semuanya menafikan wanita ini sebagai Mariam AS.

 
Perkara Kedua

1.  Sebelum Sayed Ahmad AS menerangkan makna mimpi ini, beliau menekankan bahawa mimpi adalah kata-kata Tuhan. Seperti juga Taurat, Injil, dan Quran, maknanya berbeza pada waktu dan tempat yang berbeza.

2.  Matahari mungkin boleh membawa maksud Nabi dan Rasul di satu tempat, namun maksudnya boleh jadi juga sebagai ibu bapa dalam mimpi yang lain. Mungkin kita melihat seseorang tertentu dalam mimpi, tetapi bukan orang itu yang dimaksudkan. (Contoh: Ana(auzubillahi minal ana) pernah bermimpi berjumpa Sayed Khamenei dan makan bersamanya. Mungkin benar itu adalah orangnya, mungkin tidak, mungkin Aimmah AS, yang datang dalam bentuk Sayed Khamenei)


5. Anak yang akan wanita ini lahirkan adalah Mahdi Pertama, yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW. Jadi jumlah keseluruhan menjadi 15 seperti yang disebutkan dalam mimpi ini, syaitan dari kalangan jin dan manusia memerangi keturunan wanita ini, kerana mereka semua adalah khalifah Allah di muka bumi.

6. Gambaran wanita ini melahirkan seorang anak yang tidak terus daripadanya, maka realitinya, wanita ini melahirkan Imam Mahdi AS iaitu asal semua para Mahdi.

7. Ambil perhatian bahawa mimpi ini boleh berubah maksudnya di waktu yang lain, kerana wanita ini melahirkan orang yang sama, iaitu paksi kepada mimpi ini. Maka di waktu lain, wanita ini boleh juga merupakan Fatimah AS, dan 15 orang itu adalah bapanya, ibunya, suaminya, dan 11 Imam dari anak-anaknya, dan rahsia yang yang diamanahkan kepadanya, iaitu Imam ke 12, Imam Mahdi AS, paksi kepada mimpi ini.

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 3: Wanita Berselimut Matahari Dan Bulan





No comments:

Post a Comment