Sunday 14 September 2014

Soalan 500: Bertemu Rasulullah 501: Menyembelih Isteri


Soalan 500: Bertemu Rasulullah 501: Menyembelih Isteri









Pada suatu malam saya melihat rukya selepas membaca Du3a Al-Rukya dari Al-Washiy (as), dan ia adalah seperti berikut: Saya melihat seorang lelaki duduk di depan saya pada meja atau sesuatu seperti itu, tetapi jarak antara saya dengannya adalah setengah meter. Kemudian perasaan yang datang kepada saya bahawa orang ini adalah Rasulullah (S), jadi saya bertanya kepada baginda: Adakah tuan Muhammad Rasulullah? Lalu baginda menganggukkan kepalanya menandakan "ya". Jadi saya bertanya kepada baginda: Saya, dan beberapa orang saudara, mempercayai seruan Syed Ahmad Al-Hassan, maka adakah dia seorang dari anak-anak tuan dan seorang Rasul dari tuan? Lalu baginda menganggukkan kepalanya sekali lagi menunjukkan "ya", dan dia tersenyum dan cahaya keluar dari mukanya seolah-olah ia adalah sinar matahari atau lebih kuat lagi. Maka saya menutup mata saya kerana kuatnya cahaya itu dan apabila saya membuka mata, saya dapati diri saya terjaga. Dan Allah menjadi saksi kepada apa yang saya katakan. Saya berharap tuan boleh mentafsir rukya ini dengan lebih jelas lagi, semoga Allah memberi tuan kejayaan.

Pengirim: Hussein Al-Asady - Iraq.

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Semoga Allah memberi kejayaan (taufiq) kepada segala perkara yang baik, rukya anda adalah terang dan nyata, dan ia mempunyai khabar gembira kepada anda, dan bahawa anda melihat Rasulullah Muhammad (S), dan sesiapa yang melihat baginda (S) itulah baginda, jika dikehendaki Allah, dari ciptaan Allah yang terbaik, kerana Dia memberi kejayaan (taufiq) kepada keikhlasan dan kesudahan yang baik..
                         
Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awwal / 1431 Hijrah


Soalan 501:

Kepada tuan dan Maula Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), kepada Yamani Aali Muhammad. Selawat Allah ke atas baginda dan ke atas keluarga baginda dan limpahan salam. Semoga roh-roh kami menjadi tebusan tuan, roh saya, keluarga saya dan semua anak-anak saya.





Ya Tuan, Ya Maula, saya bermimpi (rukya) di mana Allah telah memerintahkan saya menyembelih isteri saya. Lalu saya mendapatkan isteri saya semasa dia berada di rumah saya dan berkata kepadanya, “Bahawa Allah menyuruhku untuk menyembelih mu,” dan pisau ada di tangan saya. Apabila isteri saya mendengar apa yang saya katakan kepadanya degan serta-merta dia menyerahkan dan menghulurkan kepalanya dan meletakkan lehernya kepada saya dan berkata: sembelih saya. Tetapi saya tidak dapat menyembelihnya. Saya masih memegang pisau di tangan saya dan menangis sambil berkata: “Saya tidak sanggup menyembelih kamu.”

Ya Tuan, Ya Maula, apakah tafsiran rukya (mimpi) ini?

Pengirim: Muhammad Al-Tamimi

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Tafsiran rukya (mimpi) ini adalah mengarahkan kepada anda untuk memerintah isteri anda supaya sentiasa mengikuti kebenaran, dan beribadah dan taat kepada Allah dan mengikhlaskannya kerana Allah dan melaksanakan apa yang dia boleh amalkan dari yang Mustahab (sunat); seperti bersolat malam. Penyembelihan bermakna pembunuhan "Al-Ana (keakuan)" dan keinginan nafsu dan cintakan dunia dalam diri beliau.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Awal / 1431 Hijrah

No comments:

Post a Comment