Soalan
481: Saihah Jibril dan Saihah Iblis
Pagi
hari ini, 21 Ramadan 1430 Hijrah, pada kira-kira 6 pagi, iaitu selepas matahari
terbit, saya tidur, dan bermimpi - jika
ungkapan ini benar - ia tanpa apa-apa gambaran (imej), hanya suara yang bagus
yang telah memberitahu saya secara harfiah (Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani) dan
ia berulang-ulang. Kebahagiaan yang saya rasakan tidak dapat dijelaskan dan
sangat menyenangkan, tetapi tiba-tiba saya terbangun dan saya masih berasa
kebahagiaan dan keselesaan yang sama. Kemudian saya sambung tidur saya, dan
saya melihat seorang lelaki, atau lebih tepat lagi, kepala manusia, dan ia berulang-ulang,
maknanya, dua kepala yang kelihatan serupa antara satu sama lain, sama kedua-duanya,
dan dia pakai serban putih, dan dia melihat ke arah saya dari arah pipi
kirinya, dan saya tidak melihat tubuhnya. Dia melihat saya dengan pandangan yang
tidak menyenangkan, dan seseorang memberitahu saya bahawa dia adalah Imam Ahmad
(as), tetapi dalam diri saya, saya percaya bahawa dia adalah seorang yang
selain daripada Imam; kerana dia kelihatan tidak selesa dan dia melihat dengan
cara yang kurang selesa juga. Kemudian saya bangun dari tidur. Dan saya memohon
ampun kepada Allah untuk diri saya dan untuk anda.
Nota:
Itulah perasaan kebahagiaan dan keselesaan yang saya rasa, saya tidak pernah
merasakannya dalam hidup saya kecuali tiga masa; kali pertama ialah apabila
suara itu mengulangi nama Imam Ahmad Al-Hassan (as), kali kedua adalah beberapa
tahun yang lalu, saya berdoa dalam solat malam dan bangun pada waktu pagi
dengan perasaan yang sama, dan kali ketiga adalah 15 tahun yang lalu dan ia
adalah pada bulan Ramadhan, dan saya mendengar azan dan suara muazzain melaungkan
azan yang sangat sedap didengar seolah-olah ia adalah dari Langit, dan bila
sampai kepada kesaksian ketiga di mana dia berkata, saya bersaksi bahawa Ali
adalah Waliy Allah. Kemudian ayah saya mengejutkan saya dari tidur ketika muazzain
melaungkan azan di masjid berkata aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh
Allah. Tamat. Dan semoga Allah meneguhkan kamu semua.
Pengirim:
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah,
Selawat dan Salam ke atas Muhammad
dan Aali Muhammad Imam-imam
dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktarafan.
Mimpi
(rukya) anda adalah dari Allah SWT, dan ia mewakili dua Saihah yang mengiringi seruan
(dakwah) Al-Qa'im, ia adalah Saihah Jibril dan Saihah Iblis, atau Saihah tentang kebenaran dan Saihah
kebatilan yang mengikutinya.
Oleh
itu dalam mimpi (rukya) anda ini ada sokongan kepada kebenaran, dan juga amaran
kepada anda dari Saihah (Seruan) kebatilan yang anda dengar dari orang-orang
yang batil yang cuba dengan segala cara untuk menghapuskan Saihah kebenaran dan
menghalang manusia daripada mengikut Saihah kebenaran dengan [menimbulkan]
kekeliruan dan menggambar imej batil kepada penyeru (pendakwah) yang sebenar
supaya mereka boleh menyokong ketua mereka Iblis dan menyesatkan manusia dan menjauhkan
mereka dari kebenaran.
Oleh
itu mimpi (rukya) ini adalah penjelasan kepada anda dari Allah, yang pertama
anda mendengar Saihah (Seruan) terhadap kebenaran yang mengarahkan anda untuk
mengikuti kebenaran dan seruan yang benar, maka anda mendengar Saihah kebatilan
yang cuba memutarbelitkan anda dari gambaran sebenar dan menunjukkan pemanggil
dari kebenaran dengan memutarbelitkan dalam gambaran tidak benar dan khayalan,
untuk mengelakkan anda jika boleh daripada mengikut kebenaran. Jadi, anda harus
mengikuti apa yang Ahlul Bayt (as) yang telah mengarahkan anda ke arah mendengar
Saihah pertama yang benar dan untuk menjauhkan dari yang kedua Saihah iblis dan
batil yang anda mendengarnya melaui lidah penyokongnya dari manusia dan jin.
Dan
aku bermohon kepada Allah untuk anda supaya anda berhasi mengatasi diri anda sendiri
dan syaitan, dan untuk mengikuti Saihah (Seruan) kebenaran dan kekal kukuh pada
jalan yang benar, dan tidak menjadi dari orang-orang yang binasa dengan
mengikuti Saihah kebatilan, semoga Allah melindungi anda daripadanya. Maka puji
Allah dan syukur kepadaNya kerana membuat anda mendengar Saihah kebenaran dalam
bulan Ramadan dan pada malam dan hari-hari yang diberkati dengan menerima Saihah
kebenaran dan menolak Saihah kebatilan, supaya Allah boleh meningkatkan anda
daripada limpah kurniaNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Dan
Salam atas kamu,
rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Zhul
Hijjah / 1430 Hijrah
No comments:
Post a Comment