Tuesday, 30 September 2014

Post Imam (as) Di Facebook: Rukya Al-Mansuri

Februari 28, 2013 Super User


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam

Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Saya dapati bahawa Encik Thiyaa Al-Mansuri, semoga Allah melindungi beliau dan meluruskan jejak langkah beliau, menghantar rukya pada laman saya dan meminta tafsirannya, dan dengan kehendak Allah, saya akan menjelaskan ta’birnya.

Thiyaa Al-Mansuri: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
kepada Tuan Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani. Semoga Allah melindungi Tuan dan menjaga Tuan. Saya berharap bahawa Tuan akan menjawab dan mentafsir mimpi (rukya) untuk saya, kerana saya merasa rukya ini memberi kesan yang kuat ke atas saya dan para penterjemah tidak dapat memberikan saya satu tafsiran yang meyakinkan. Dan walaupun dalam buku tafsiran mimpi, saya tidak dapat mencari jawapannya. Oleh itu, saya meminta Tuan dan dengan kehendak Allah, saya akan belajar tafsirannya dari Tuan, dengan bantuan Allah dan kekuatan-Nya.

Rukya bermula:


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani. Saya melihat diri saya seolah-olah berdiri di tepi pantai dan air pasang telah mula surut, tetapi saya sedang sujud dalam solat tanpa mengangkat kepala dari sujud saya. Saya sujud pada lumpur dan di atas tanah yang mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, dan di lubang-lubang ini mengandungi air yang tertinggal dari air pasang. Dan dalam salah satu sujud saya, rambut saya yang sederhana panjang apabila saya sujud, rambut saya masuk ke dalam sebuah lubang yang dipenuhi air. Apabila saya mengangkat kepala saya, saya dapati seekor ketam telah bergantung kepada satu gumpalan rambut saya berhampiran dahi saya, tetapi saya tepis dengan satu pukulan, maka ia jatuh, dan saiz ketam itu sangat kecil. Saya sujud lagi dan apabila saya mengangkat kepala saya, saya melihat salji sebesar bebola kapas kecil jatuh dari langit. Saya melihat dan berkata 'Subhan Allah [Maha Suci Allah], ini kali pertama saya melihat salji jatuh di sini. 'Dan salji yang turun dari langit itu dari arah timur, dan ia jatuh di atas kepala saya dan di sebelah belakang saya, tetapi ia tidak jatuh ke atas muka bumi, dan tidak ada matahari di langit, suasana seperti waktu subuh."

Inilah rukya saya, dan saya berharap Tuan akan memberi manfaat kepada saya, semoga Allah menambah ilmu Tuan dengan Ilmu-Nya dan menyinari Tuan dengan cahaya-Nya. Dan Salam atas Tuan, rahmat Allah dan barkahNya.

Thiyaa Al-Mansuri Al-Basrah.

Tafsirannya:

Dengan izin Allah, saya akan menerangkan kepada anda beberapa ta’bir dari rukya yang anda lihat supaya orang lain akan mendapat manfaat daripada tafsiran simbol-simbol ini. Dan saya percaya bahawa anda akan memahami rukya anda jika anda belajar tentang simbol sebaik sahaja anda mengumpul maknanya di dalam fikiran anda.

Laut: Ia merupakan satu petunjuk bagi Khalifah Allah dan pengetahuan mereka, dan khususnya, Muhammad (S) dan Aali Muhammad (as).

Yang air laut yang pasang telah mula surut: Ia merupakan satu petunjuk sementara, bahagian lengkap khalifah Allah di muka bumi-Nya dan bahagian pengetahuan dari manusia, sama seperti air memukul pantai ketika air pasang dan dari mana orang hidup: di daratan.

Sujud: Ini adalah tanda ketaatan kepada Allah dan beriman kepada khalifah-Nya, seperti sujud para malaikat kepada Adam (as). Jadi sesiapa yang melihat dirinya sujud di hadapan laut, ini bermakna beliau akan disokong dalam mematuhi khalifah Allah dan belajar dari pengetahuannya.

Rambut: Ini adalah petunjuk daripada idea-idea manusia dan apa yang berlaku di dalam kepala, rambut panjang menentang Allah akan dikutuk, dan rambut panjang di tempat-tempat lain boleh dipuji kerana ia merupakan pengetahuan dan idea-idea manusia. Juga, jenis rambut dalam rukya boleh menunjukkan pengurusan idea-idea atau kekeliruan atau penyebaran, sama ada ia diurus dan disikat atau kerinting. Dan dalam rukya yang berkaitan, rambut panjang merupakan petunjuk kebaikan pemikiran manusia dan pengetahuannya.

Ketam: ia merupakan manusia yang menyimpang dari agama Allah, dan membawa sikap iri hati. Ketam ini agak sama dengan kala jengking, yang mewakili simbol iri hati di dalam kerajaan Langit. Dan kuku ketam ini melambangkan bahawa orang iri hati mempunyai keupayaan untuk memperkenalkan kekeliruan kepada idea-idea dan maklumat, dan dengan ini kuku atau kekeliruan, dia berpaut kepada rambut anda atau katakan dia berpaut kepada idea-idea anda, dalam satu percubaan oleh ketam ini atau iri hati manusia untuk menghalang anda daripada sujud seperti para malaikat sujud kepada Khalifah Allah. Jadi, walaupun berpaut kepada rambut anda adalah berhampiran tempat anda sujud.

Dan cepatnya penyingkiran anda pada ketam ini dan anda kembali sujud menunjukkan kegagalan ketam ini atau iri hati manusia untuk menghalang anda daripada kebenaran dan sujud seperti para malaikat sujud kepada Adam.


No comments:

Post a Comment