Thursday, 11 September 2014

Soalan 488: Al-Zahraa' menjulang bayi baru lahir - 3amili - Jerman

Soalan 488: Al-Zahraa' menjulang bayi baru lahir - 3amili - Jerman



Sewaktu abang saya sedang tidur di rumahnya, dua bulan sebelum isterinya bersalin, dia melihat mimpi (rukya) ketika beliau sedang tidur di atas kerusi di hospital di sebelah isterinya, Al-Zahraa' (as) muncul dan berkata kepadanya: "Sesungguhnya, Allah mengucap salam-Nya kepada kamu, kerana Dia memandang ke hati kamu dan didapati tidak ada yang lebih baik dari kamu selain memberkati seorang anak yang mempunyai satu perkara yang besar dalam Islam dan menjadi pemimpin bersama anakku Imam Mahdi (as) "Kemudian Al -Zahraa' bergerak menuju ke arah isteri dan mengangkat bayi saya dengan tangannya sendiri, dan dijulang bayi yang baru lahir itu ke langit dan membaca doa. Beliau berkata mimpi (rukya) ini adalah di pertengahan bulan Sya3ban.

Pengirim: 3amili - Jerman

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Mimpi (rukya) yang jelas kepada anda jika dikehendaki Allah, hanya bayi itu bukan anaknya, hanya saudaranya, yang bererti bahawa bayi itu adalah anda, semoga Allah memberikan kejayaan (taufiq) kepada segala perkara yang baik.

Adapun pengertian kelahiran anda dan anda seorang bayi yang baru lahir: ia adalah bahawa sesiapa yang dihidayahkan kepada Wilayah Allah SWT adalah seperti bagaimana ibunya melahirkannya tanpa dosa.

Bagi Al-Zahraa' (as) yang datang ke hadapan, ia bermakna bahawa dia adalah sebab anda dihidayahkan dan makrifah (mengetahui) kebenaran.


Dan makna beliau menjulangkan anda ke arah langit, ia bermakna bahawa dia akan menjadi sebab rukya (mimpi) anda melihat Kerajaan-kerajaan Langit Allah SWT.

Juga bayi yang baru lahir adalah berita gembira, jadi dalam rukya (mimpi) ini bermakna bahawa anda membawa khabar gembira kepada saudaramu yang melihat bahawa bayi yang baru lahir telah dilahirkan untuknya, dan dalam rukya (mimpi) anda membawa kepadanya khabar gembira dengan kemunculan Imam Mahdi; kerana dalam rukya (mimpi) itu menyebut bahawa bayi yang baru lahir adalah dari ansar (penyokong) Al-Mahdi.

Juga membiarkan harapan saudara anda dari nikmat / keutamaan Allah yang Allah boleh menjadikan keturunannya orang-orang soleh daripada ansar Mahdi-mahdi pada masa hadapan. Semoga Allah memberi kejayaan (taufiq) kepada segala perkara yang baik.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

No comments:

Post a Comment