Tuesday 30 September 2014

Déjà Vu - Caroline Horn - Jerman

Déjà Vu

Mengapa kita kadang-kadang merasa bahawa sesuatu terjadi pada kita telah terjadi pada kita sebelumnya?

Sebuah pertanyaan yang dikirim kepada Imam Ahmad al- Hassan as , dan jawabannya:

Dan Salam atasmu dan rahmat Allah dan Berkah-Nya, Imam Ahmad al - Hassan. 

Selawat dan salam Allah ke atas Muhammad dan keturunannya , para imam dan para Mahdi.

Mengapa kita kadang-kadang merasa bahawa sesuatu terjadi pada kita telah terjadi kepada kita sebelumnya (déjà vu)? Apakah ada rahasia di balik situasi ini? Dan apakah ada sesuatu yang boleh kita pelajari darinya?

Maafkan kekurangan saya dalam beramal antara tangan-tangan Tuan, saya meminta Allah untuk memberi kuasa kepada Tuan dan bapaTuan di bumi ini.

Dikirim oleh : Caroline Horn - Jerman


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam . Selawat dan salam Allah ke atas Muhammad dan keturunannya , para imam dan para Mahdi.

Roh manusia boleh diberitahu tentang beberapa perkara ghaib untuk masa depan melalui pembacaan pada Tulisan Lauh Penghapusan dan Pengesahan* dan oleh banyak kaedah; darinya ia adalah satu kaedah yang jelas dan terkenal yang merupakan rukya (mimpi) yang anda lihat semasa tidur, sehingga ia menjadi kenyataannya seperti yang anda melihatnya dalam realiti selepas satu tempoh masa. 

Dan kadang-kadang, anda melihat rukya dan melupainya apabila terjaga tetapi apabila kejadian itu berlaku dalam realiti anda menyedari bahawa ia telah berlaku kepada anda sebelumnya, jadi anda sama ada ingat bahawa ia telah berlaku dalam suatu rukya (mimpi) sebelumnya dan anda telah lupa atau anda tidak menyedari bahawa ia telah berlaku dalam suatu rukya (mimpi) sebelumnya, oleh itu anda tidak mengetahui mengapa anda rasa bahawa peristiwa ini berlaku kepada anda pada masa lalu.



Ahmad al - Hassan
Syawal 1433 Hijriah


----------------------------------
* Untuk lebih lanjut tentang dewan penghapusan dan konfirmasi, lihat Terjemahan, Al-Mutasyabihaat Jilid 1 oleh Imam Ahmad al-Hassan as , Soalan 19. Dari Kitab Mutasyabihat – Muhkamaat dan Mutasyabihat

- atau Lihat lebih lanjut di :
http://www.saviorofmankind.com/homepage/88-english-uk/article/166-d%C3%A9j%C3%A0-vu#sthash.YVRPuzQd.dpuf

No comments:

Post a Comment