Soalan
483: Nama bayi dan Kabah
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad dan sahabat terpilih baginda.
.
Salam
atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Saya
ingin meminta tafsiran untuk rukya seorang lelaki dari keluarga saya. Isteri
lelaki ini mengandung seorang bayi lelaki dan dia akan menamakannya Abdul
Rahman. Pada hari bayi ini dilahirkan, bapanya melihat dalam tidurnya bahawa
bayi yang dilahirkan ini didukungnya di Kabah dan dia bertawaf di Kabah. Dan
semasa Tawaf seorang Sheikh memakai serba putih datang kepadanya dan berkata:
"Siapakah ini?". Dia berkata: "Abdul Rahman". Maka orang
itu berkata: "Tidak ini adalah Muhammad". Akhir rukya.
Dan
diakhiri kata-kata kami dengan Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Pengirim:
Muhammad- Maghribi
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Rukya
ini adalah khabar gembira dari Allah kepada anda mengenai kemunculan Al-Mahdi.
Kanak-kanak itu adalah khabar gembira daripada Allah dan namanya ialah
Muhammad, dan Mahdi Pertama namanya di Langit adalah Muhammad dan di bumi
adalah Ahmad
.
Dan
Ka’bah adalah kiblat (arah ibadah) manusia kepada Allah, dan ia merujuk kepada Khalifah
Allah di setiap zaman, untuk Khalifah Allah adalah kiblat sebenar kepada Allah,
maka Allah memerintahkan kepada malaikat untuk menjadikan Adam (as) sebagai
kiblat mereka kepada Allah.
Semoga
Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Dan Salam atas kamu,
rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Zhul
Hijjah / 1430 Hijrah
No comments:
Post a Comment