Soalan
493: Tingkat-tingkat Ilmu Di Bumi Dan Di Malakut (Kerajaan langit) - Al-Batul Muhammad - Kuwait
Saya
melihat (mimpi-rukya) bahawa isteri bapa saudara saya, yang telah meninggal
dunia dan pergi ke rahmat Allah bulan lalu, saya melihat dia selepas
kematiannya bercakap dengan kami dalam mimpi (rukya) dan berkata kepada kami
bahawa dia telah bermimpi (isteri bapa saudara saya, (Allah yarhamuha), berkata
bahawa dia telah bermimpi walaupun dia telah meninggal dunia). Dia berkata
bahawa dia bermimpi bahawa ada orang yang meninggal dunia selepas menamatkan
Ijazah Sarjana Mudanya. Dan Al-Batul (saya) akan mati selepas Ijazah Sarjana
Mudanya. Dalam mimpi (rukya) itu ia seolah-olah saya sedang dalam tahun ketiga
saya untuk Ijazah Sarjana Muda, dan hanya tinggal untuk tahun ketiga dan keempat
untuk saya menamatkan ijazah Sarjana Muda saya. Pada hal sebenarnya saya telah
selesai Ijazah Sarjana Muda saya bertahun-tahun yang lalu. Mengetahui bahawa
isteri bapa saudara saya menyebut sesuatu yang sangat pelik dalam mimpi (rukya)
itu, di mana dia berkata: "Al-Batul graduan Madarasah Al-Sadat akan mati
selepas Ijazah Sarjana Muda" dan dia tidak mengatakan mengenai perkara yang
sama kepada selain daripada saya, dia tidak mengatakan bahawa selain daripada
saya adalah seorang siswazah dari Madrasah Al-Sadat; kerana sebenarnya hanya saya
di bandar yang saya tinggal belajar di Madrasah Ahlul Bayt Al-Sadat Al-Basyar.
Pengirim:
Al-Batul Muhammad - Kuwait
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Semoga
Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Rukya adalah mengenai kesempurnaan
akal dan Langit Ketujuh Keseluruhan, apabila malaikat ingin menjelaskan sesuatu
kepada anda mereka menjelaskannya dengan simbol-simbol (lambang-lambang) yang
anda tahu dan boleh mengetahuinya di dunia ini, dan juga [simbol-simbol] yang disemat
dalam jiwa anda supaya ia menjadi mudah untuk para malaikat menunjukkannya
kepada anda.
Pelajaran
peringkat awal sebagai contoh dalam agama belajar mengenal akidah kepercayaan
dan amal ibadah secara zahir. Bagi pendidikan menengah, bermakna enam tahun
yang mengikuti pendidikan rendah (awal), merujuk kepada Enam Langit daripada
Kerajaan Langit (Malakutiyah), dengan mana manusia mendaki dan meningkat dengan
menggunakan apa yang mereka belajar dan beramal dengannya supaya dia boleh mengenal
kebenaran, yang bermaksud, beramal dengan ibadah-ibadah dan melatih melawan diri,
syaitan, dunia dan perhiasannya.
Oleh
yang demikian, hasil amalan (usaha) akan meningkat dalam tempoh Enam
Langit-langit dari Kerajaan-kerajaan Langit separa sempurna. Dan ini adalah apa
yang anda lakukan selepas anda menamatkan pendidikan asas, di sepanjang
pendidikan (pembelajaran) menengah apa yang anda belajar sebagai pendidikan
asas - iaitu bagaimana untuk membaca dan menulis - membaca dan menyelesaikan
masalah dan mengenal ilmu-ilmu dan memperoleh maklumat daripadanya.
Bagi
kolej (kuliah), di dalamnya anda belajar untuk melaksanakan, bermakna anda
sedang disediakan melalui pendidikan dengan kuliah-kuliah untuk mengajar pihak
lain atau faedah-faedah yang lain mengenai apa yang tidak mampu dilakukannya. Ini
betul-betul sama dengan pengetahuan yang diperolehi oleh para nabi di Langit
Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kuliyah); supaya mereka yang
bersedia untuk diutus, yang juga sama dengan apa yang dilakukan oleh siswa yang
keluar dari kolej (kuliah). Maknanya, Nabi-nabi juga apabila mereka diutus mereka
mengajar orang lain atau memberi manfaat kepada mereka mengenai apa yang mereka
tidak mampu lakukan, dan ajaran Nabi kepada orang lain itu kepada kebaikan.
Bagi mereka memberi manfaat kepada orang lain, yang juga yang menerangkan
kepada anda jika anda rujuk kepada urusan ekonomi Yusuf (as) atau politik atau kemasyarakatan,
pada beliau dan Nabi-nabi yang lain yang diutus (as).
Pada
rukya (mimpi) anda secara khusus, ia bermakna bahawa anda dengan keikhlasan
anda kepada Allah taufiq (kejayaan) Allah kepada anda adalah dari penghuni
Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kuliyah). Dan rukya (mimpi)
adalah khabar gembira kepada anda, dengan disempurnakan dilebihkan oleh Allah
kepada anda.
Adapun
kematian, ia adalah makna yang sebenar jika dikehendaki Allah, makna, pengabdian
kepada Allah dan hari akhirat selepas mengenal kebenaran (Makrifah Al-Haqiqah).
Ali (as) berkata: (Aku hanya jiran kepada kamu, badanku jiran kamu untuk hari-hari
(dunia)) - Al-Kafi Jil.1 hal.299
Dan
Muhammad (S) bersabda: (Sesiapa yang mahu melihat orang yang mati berjalan di
atas bumi hendaklah ia melihat kepada Ali ibn Abi Talib)
Saya
akan menjelaskan lebih banyak perkara untuk anda:
Pertama: Bumi = Sekolah Rendah
Maknanya,
apa sahaja yang anda lihat dengan mata anda dan mendengar dengan telinga anda,
dan ... dan ... dan ... dan ..., semua itu tidak melampaui kepada
Kerajaan-kerajaan Langit tanpa beramal, dan manusia yang tinggal (kekal) di
bumi, pengetahuannya tidak melebihi Bumi ini, dan pengetahuannya tidak mengatasi
kehidupan di dunia ini, walaupun dia membaca beribu-ribu kitab tentang agama, akidah
dan ibadah. Lihatlah - semoga Allah meneguhkan anda dan memberikan anda
kejayaan (taufiq) kepada segala perkara yang baik - pada firman Allah SWT:
﴿يَعْلَمُونَ ظَاهِراً
مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ﴾
{Mereka hanya mengetahui
yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan)
akhirat adalah lalai.} [Surah Al-Rum 30:7],
Orang-orang
yang ditujukan dalam ayat bukanlah kepada peniaga yang telah terganggu oleh
perdagangan mereka, sebaliknya, mereka adalah ulamak yang sibuk dengan belajar
dan mengajar agama, tetapi Allah berkata kepada mereka, anda tidak tahu apa-apa
dan pengetahuan anda hanya pengetahuan keduniaan yang tidak ada hubungan dengan
akhirat.
Apabila
manusia berilmu dia mestilah beramal, dan amalan mestilah ikhlas; agar manusia
boleh meningkat naik dan makrifatnya (pengetahuannya) mencapai hakikat (menjadi
kenyataan). Maka jika anda belajar menulis dan membaca, seperti mana halnya
dalam pendidikan asas, dan tidak beramal (mempraktikkan) apa yang anda telah
belajar untuk meningkatkan pengetahuan (makrifah), maka apakah perbezaannya jika
anda dan buta huruf, tidak tidak tahu membaca atau menulis? Sebaliknya, orang
yang buta huruf keadaannya akan lebih baik daripada anda jika dia adalah
seorang pendengar yang baik kepada guru-guru. Bukankah batu lebih baik daripada
hati yang keras dan tidak mendengar dalam sesetengah keadaan?
﴿ثُمَّ قَسَتْ
قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً
وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا
لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ
خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ﴾
{Kemudian setelah itu
hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara
batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan di antaranya
sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya
sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah
sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan} [Surah Al-Baqarah 2:74]
Kedua: Al-Malakut (Kerajaan Langit) =
Sekolah Menengah
Saya
akan memasukkannya ke dalam persamaan untuk anda supaya ia boleh menjadi lebih
jelas mengapa enam tahun pendidikan menengah melambangkan enam langit daripada
Kerajaan-kerajaan Langit (Al-Malakut).
Enam
tahun - Enam Langit
Enam
peringkat, setiap satu lebih tinggi tinggi daripada yang lain selepasnya = Enam
langit, setiap satu lebih tinggi tinggi daripada yang lain selepasnya
Melaksanakan
pelajaran sebelumnya untuk meningkatkan pengetahuan = Beramal dengan ilmu pengetahuan
sebelumnya untuk meningkatkan makrifah.
Untuk
itu anda dapati bahawa secara tabieinya (thabi3i - semula jadi) Malaikat
melambangkan Enam Langit bagi Kerajaan Langit (Al-Malakut), atau yang semakin tinggi
darinya, atau peningkatkan pencapaian di dalamnya, dengan pendidikan menengah
atau enam tahun pendidikan yang diuikuti oleh pendidikan asas. Bahkan, ia
adalah kebijaksanaan yang besar yang dilambangkannya dengan simbol ini yang mahu
perkenalkan kepada anda dengannya. Jadi ia adalah bijak supaya lambang itu
menjadi dekat kepada mereka dan supaya ia boleh dikenali oleh mereka dengan
cara yang jelas.
Dan
juga menunjukkan bagaimana rapatnya perlambangan.
Perlu
diketahui bahawa hakikat dalam pendidikan peringkat menengah anda menggunakan peralatan
yang anda perolehi dalam pendidikan rendah; iaitu membaca dan menulis. Tetapi adakah
ia cukup untuk mencapai dan bergerak dari satu tahap ke tahap yang lebih
tinggi, atau anda perlu menumpukan perhatian dan faham apa yang anda baca dan tulis?
Sesungguhnya anda perlu untuk menumpukan perhatian kepada pemahaman, jika tidak
makrifah tidak akan berlaku dan tiada hasil yang akan dicapai dan anda tidak
akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi daripada tahap peringkat anda berada.
Begitulah
juga urusan pada peningkatan Enam Langit bagi Kerajaan Langit (Al-Malakut).
Maka beramal dengan apa yang anda pelajari sebelum ini semata-mata tidak cukup untuk
bergerak ke tahap yang lebih tinggi atau langit yang lebih tinggi dan yang
terbaik daripada tahap peringkat anda berada. Sebaliknya, perlu ada keikhlasan,
kerana amalan tanpa keikhlasan tidak mempunyai apa-apa nilai dan tidak
meningkatkan makrifah (pengetahuan), samalah seperti membaca tanpa tumpuan.
Sebagai
contoh, mungkin suatu hari anda memegang sebuah buku di tangan anda dan anda
telah membaca isi kandungannya, tetapi fikiran anda sibuk dengan masalah
keluarga, maka selepas anda menutup buku itu anda akan dapati diri anda sama
seperti anda tidak membukanya.
Perlu
diketahui bahawa bagaimana rapatnya perlambangan di antara keduanya. Dan
bagaimana ia bijak dari penuh makna bahawa pada melambangkan malaikat bagi peningkatan
Enam Langit dengan pendidikan menengah sebagai contoh.
Ketiga: Kuliah-kuliah (Al-Kulliyah - Kolej),
atau Pengajian Tinggi di Universiti = Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Kulliyah
Al-Sabi3ah).
Perlambangan
di sini mempunyai nama-nama yang sepadan. Langit Ketujuh adalah Langit
Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Kulliyah Al-Sabi3ah), dan ia bukan satu bahagian
langit yang berbeza dan bertentangan. Begitu juga pengajian tinggi selepas pendidikan
menengah ditamatkan (disempurnakan) di pusat-pusat pengajian yang lazimnya
dipanggil "Kuliah-kuliah (kolej)", dan tidak ada masalah dengan
asal-usul nama bukan Arab, apa yang penting adalah bahawa ia adalah nama yang
dikenali kerana pusat-pusat pengajian ini yang khusus dalam pendidikan tinggi.
Juga seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, pendidikan di kolej biasanya
dijalankan realitinya di muka bumi. Yang bermaksud bahawa manusia yang didedahkan
dengan kolej-kolej (kuliah) di mana masyarakat manusia belajar di dalamnya, dan
kemudian selepas dia melengkapkan pendidikannya di sana, dia kembali kepada
masyarakat yang dibawa darinya untuk mengajar atau memberi manfaat kepada
masyarakat manusia yang dengannya dia belajar atau mengenal. Atau
sekurang-kurangnya kita katakan bahawa dia bersedia untuk urusan ini selepas
menamatkan pengajian di kolej-kolej (kuliah).
Oleh
itu manusia selepas meningkat naik ke Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’
Al-Kulliyah Al-Sabi3ah) dia telah bersedia untuk mengajar orang lain dan
memberi manfaat kepada masyarakat manusia dengan apa yang akan membawa kepada
kesempurnaan dan kebajikan. Atau untuk menjelaskan lagi perkara ini saya
katakan: Lepasan (siswazah) Langit Ketujuh Keseluruhan (Al-Samaa’ Al-Kulliyah Al-Sabi3ah)
mereka adalah nabi-nabi yang mungkin diutus kepada manusia, dan mungkin mereka
tidak diutus kepada manusia. Tetapi dalam kedua-dua keadaan mereka akan memberi
manfaat dan kebajikan (islah) kepada masyarakat manusia, dan dalam kedua-dua keadaan
mereka akan menjadi pendakwah kepada Allah. Ya, ada perbezaan yang besar antara
seorang nabi tidak diutus dan nabi yang diutus, dan ini dapat dijelaskan lagi kepada
anda dengan membaca buku "Al-Nubuwah
Al-Khatimah (Penutup kenabian)".
Dan
masih ada satu soalan yang mungkin akan datang ke minda setiap manusia, dan itu
adalah: Bolehkah mana-mana manusia, sama ada lelaki atau perempuan, menjadi
nabi? Maksudnya mempunyai maqam kenabian dan naik ke Langit Ketujuh Keseluruhan
(Al-Samaa’ Al-Kulliyah Al-Sabi3ah) dan memperoleh pengetahuan (makrifah) ini yang
mana Allah permudahkan bagi Nabi Adam mencapainya? Jawapannya adalah ya. Untuk maqam
kenabian tidak terhad kepada lelaki, tetapi, yang terhad hanyalah kepada
orang-orang yang diutus sahaja. Tetapi pintu peningkatan dibuka untuk semua
orang, tidak ada perbezaan antara seorang manusia dengan manusia yang lain,
tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan, dan tidak ada perbezaan antara
Arab dan bukan Arab (3ajam), dan tidak ada perbezaan antara putih dan hitam.
Pintu ini dibuka untuk semua orang di dalam peraturan (Ilahi): "Seluruh
dunia adalah kejahilan kecuali tempat-tempat ilmu Dan ilmu keseluruhannya adalah hujjah
kecuali apa yang diamalkan dengannya, dan seluruh amalan adalah riyak
(menunjuk-nunjuk) kecuali yang ikhlas. Dan keikhlasan adalah terlalu besar
getirnya sehingga manusia akan melihatnya nanti bagaimana kesudahannya."
Semua
orang adalah sama dalam peraturan itu.
Beruntunglah
bagi sesiapa yang mendengar dan dibantu dengan kejayaan (taufiq) Allah kepada
mereka.
Semoga
Allah memberikan anda kejayaan (taufiq) dan menetapkan anda. Dan saya berharap
anda mengingat ebut saya dalam doa anda, semoga Allah membalas dengan kebaikan.
Dan
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Shafar
/ 1431 Hijrah
No comments:
Post a Comment