Wednesday, 10 September 2014

Soalan 482: Islam mulanya Asing akan kembali Asing

Soalan 482



Syed Ahmad Al-Hassan, Imamku dan anak pada Imamku, Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.

Saya telah melihat suatu mimpi beberapa tahun dahulu, sebelum saya beriman dangan seruan (dakwah) tuan dan sebelum saya mendengarnya atau mendengar nama tuan mulia. Rukya (mimpi) di mana Yaqin (keyakinan) masuk ke dalam hati saya mengenai Imam Mahdi (as) telah muncul dan saya maju untuk menyeru (berdakwah) orang ramai untuk beriman kepadanya. Tetapi saya lupa perkara itu. Dan selepas saya beriman dangan seruan (dakwah) itu, saya ucap salam kepada tuan antara saya dan Allah SWT dan saya terus teringat rukya tersebut dan saya mula menangis semau-maunya. Sehinggalah saya memahami bahawa Allah mahu memberitahu saya bahawa Al-Mahdi yang kamu lihat dalam tidur kamu adalah sama dengan Al-Yamani (as) yang kamu telah imani dan yang telah kamu ucapkan salam atasnya. Oleh itu adakah khabar (mesej) yang Allah SWT mahu sampaikan kepada saya?

 Kemudian saya melihat khabar-khabar (mesej-mesej) yang datang kepada saya dari Imam Mahdi (as), dan selepas rukya pertama saya yang telah saya ceritakan kepada tuan, saya melihat bahawa langit dibentangi dengan huruf-huruf cahaya yang tertulis Kalimah La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah (Tiada Tuhan melaiinikan Allah, Muhammad adalah Rasulullah). Saya melihat penglihatan ini dua kali, dan ia adalah sangat jelas pada kedua-duanya. Dan saya juga melihat bahawa saya berada di Kabah dan saya nampak dua lelaki kulit hitam pendek merokok di Rumah Suci, lalu saya tendang mereka keluar dan saya bersolat di dalam Kabah Al-Syarif. Dan saya melihat Laylatul Qadr (Malam Lailatul-Qadar), selepas saya menghidupkan malam 23 dan para malaikat dari cahaya telah turun ke Bumi. Dan saya melihat pada bulan ini, bulan Ramadan, bahawa jiwa saya naik ke langit, maka dibuka bagi saya langit yang pertama, saya rasa rukya ini adalah selepas saya beriman dangan seruan (dakwah) yang Mulia ini dan kali pertama melihat langit di dalam tidur dan hati saya telah bergetar (berayun) dan jiwa saya terbang tinggi di langit sehingga saya melihat bintang-bintang.

Saya juga melihat pada bulan Ramadan keranda Imam Ali (as), dan saya akan merasakan dalam bulan Ramadan itu perasaan yang saya tidak pernah alami sebelum seruan (dakwah), ini dan saya juga melihat hari kiamat dan langit menurunkan hujan azab dan tahi-tahi bintang.

Saya mohon tuan membantu mentafsir rukya saya, dan mendoakan ibu dan kakak saya untuk mendapat petunjuk. Dan saya mohon agar tuan mendoakan untuk saya agar Allah melindungi saya dari bisikan syaitan. Apabila saya membaca Kitab "Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut" saya memahami ilham dari Allah mengikut andaian saya dan maknanya pada saya dalam sesuatu perkara. Saya berharap tuan mentafsir rukya, ya tuan, ya Yamani Aali Muhammad (as).

Dan saya mempunyai satu soalan, apa yang saya fahami bahawa orang-orang Islam pada masa Imam Al-Shadiq (as), adakah mereka hanya diminta untuk beriman pada 12 Imam (as) dan tidak kepada Mahdi-mahdi? Dan mengapa Syiah tidak beriman kepada Mahdi-mahdi dan pimpinan-pimpinan mereka, dan apakah hal keadaan perkara ini? Dan saya mahu penjelasan mengapa perkara Mahdi-mahdi ini tersembunyi dan yang akhir adalah perkara pertama mereka (as)?

Semoga Allah melindungi tuan dan semoga Dia meningkatkan umur kami agar kami boleh mendokong tuan apabila tuan muncul. Dan tidak lagi menjadi rahsia kepada manusia seperti saya melihat dalam rukya mengenai Imam Mahdi (as) tanpa meminta perkara tersebut dan tanpa mengetahui bahawa dia telah muncul.

Dan doa kami akhir adalah dengan memuji Allah semata-mata sahaja semata-mata atas nikmat-Nya, ya tuan.

Pengirim: Abdullah - Sweden

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik. Segala puji Allah SWT untuk membuatkan anda mengenal kebenaran dan membuat anda mendengar seruan (shaihah) kebenaran oleh keutamaan dan kurnia-Nya, dan melimpahkan kepada anda dengan rukya kebenaran dalam Kerajaan-Nya, dan menjadikan anda di kalangan orang-orang yang mendengar Kalimah-Nya Yang Maha Suci dan menyedarinya dan membenarkannya.

Rukya anda terbentang di langit Syahadah La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah (Tiada Tuhan melainikan Allah, Muhammad adalah Rasulullah). padanya, bermakna risalah baru seperti risalah Muhammad (S); kerana Mahdi pertama adalah juga seorang Rasul, dan dia adalah orang yang membawa berita gembira dan juga pembawa amaran seperti datuknya Muhammad (S). Dan Mahdi juga mengulangi Sunnah datuknya Muhammad (S) selepas ia telah dihapuskan oleh ahli batil dan yang menyeleweng. Dan Rasulullah Muhammad (S) bersabda:

(إن الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء)

 (Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan ia akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing) – Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah Bab 20 Hadits 45 Halaman 201.
Pada permulaan Islam ia sebagai sesuatu yang asing (ganjil, anih) dengan seruan (dakwah) Muhammad (S), dan ia akan kembali asing dengan seruan (dakwah) Al-Mahdi, semoga Allah memberi anda kejayaan (taufiq).

Rukya anda pada kedua-dua lelaki kulit hitam pendek yang merokok, maka anda menendang mereka keluar dan anda bersolat dalam ruang Kabah, bermakna bahawa mereka yang menjaga Bait Allah adalah orang-orang yang batil, kerana mereka adalah hitam dan pendek , dan ini adalah satu tanda bahawa mereka berada di atas kebatilan. Juga menjadi pendek merujuk kepada kelemahan hujah-hujah mereka dan berbuat dusta (fitnah) terhadap hak Ahlul Bayt (as). Merokok merujuk kepada masalah yang akan mereka hadapi akibat dari amalan (kerja-kerja) mereka dan kejahatan dan bahaya yang dihasilkan dari mereka. Dan jika Allah menghendaki anda sebahagian dari Ansar Al-Mahdi yang akan menendang mereka keluar dari rumah Allah, semoga Allah memberi anda kejayaan (taufiq).

Rukya anda yang lain adalah hampir jelas. Dan keranda Imam Ali (as) merujuk kepada pengetahuan dan apa yang dia (as) tinggalkan kepada manusai, dan mereka adalah Ahlul Bayt Nabi Muhammad dan Ali (as)

Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia memberi anda kejayaan (taufiq) untuk semua yang baik, dan untuk mengurniakan kepada anda petunjuk kepada sesiapa yang telah dituliskan hidayah dari keluarga anda. Dia adalah Waliyku dan Waliy orang-orang soleh.

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.

Ahmad Al-Hassan
Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

No comments:

Post a Comment