Soalan
484: Selesema Babi, 485 Azan, 486: Gelap Ayat Al-Kursi
Saya
melihat rukya dalam tidur saya, satu tulisan mengatakan "Selesema Babi (swine
flu) adalah operasi yang dibuat oleh tentera Amerika" dan di sebelah
tulisan ada ditulis: "Sayyed Ahmad Al-Hassan", yang bermaksud bahawa
tulisan ini adalah dari Syed. Dan selepas saya melihat rukya ini saya terus
membuat Dua 'kepada Allah dalam tidur saya dan bersumpah kepada Allah demi
Muhammad dan Ahlul Bayt baginda supaya menunjukkan saya kebenaran seruan
(dakwah) ini, dan seluruh badan saya menggigil dari Dia tempat saya bermohon
doa dan saya membuat doa dengan suara yang sekuat mungkin. Dengan segala hormat,
apakah makna rukya saya ini?
Pengirim:
Al-Gha'ib Al-Montazar - Iraq
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Semoga
Allah memberi kejayaan kepada segala perkara yang baik dan memperkukuh langkah anda
dan menjadikan anda di kalangan mereka yang mencari kebenaran dengan keikhlasan.
Dan saya memohon kepada Allah supaya Dia menunjukkan kebenaran itu kebenaran
dan mendorong anda mengikutinya, dan menunjukkan kepada anda yang batil itu
batil dan memberkati anda supaya menjauhinya. Dan Dia adalah Waliyku dan Dia Waliy
orang-orang soleh.
Ahmad
Al-Hassan
Zhul
Hijjah / 1431 Hijrah
Soalan
485: Azan
Dalam
rukya saya berada di tempat yang besar yang saya tidak ingat, dan terdapat
ramai orang, dan Imam Ahmad berdiri di tempat yang tinggi, dan saya melihat dia
dari belakangnya.
Beliau tinggi orangnya, kurus, dan belakangnya panjang walaupun
dia duduk, beliau melambai-lambaikan tangannya ke arah orang ramai, dan melambai-lambaikan
tangannya ke arah belia yang menyeru-nyeru namanya dan berkata: "Ya Ahmad,
laungkanlah azan, dan tuan adalah muazzin saya (tukang azan) ". Kemudian
Ahmad bangun dan melaungkanl azan dengan rakyat.
Pengirim:
ael - Jerman
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Muazzin
(tukang azan) adalah orang yang mengumumkan dan menyebarkan seruan (dakwah) kebenaran.
Dan azan adalah seruan (dakwah) ke arah kebenaran.
Dan
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
Ahmad
Al-Hassan
Zhul
Hijjah / 1431 Hijrah
Soalan
486: Gelap Ayat Al-Kursi
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Saya
menghantar soalan ini untuk minta pengertian rukya ini kepada Maula Ahmad (as),
dan ia adalah rukya (mimpi) yang dimiliki oleh seorang gadis yang berumur
kira-kira 12 tahun. Dia melihat bahawa dunia adalah gelap, lalu dia mula
membaca Ayat Al-Kursi. Dan apabila dia sampai "Al-Haiyu Al-Qaiyum (Yang Hidup,
Yang Sedia dengan sendiriNya), dia mendengar suara yang indah kemasan bersamanya
ayat yang mulia, maka dia terbangun. Dan salam saya ke atas Maula saya dan
salam saya ke atas anak Maula saya. Dan Salam atas kamu semua, rahmat Allah dan
barkahNya.
Pengirim:
Khakzad - Emirah Arab Bersatu.
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Dunia
yang gelap bermakna bahawa ia telah dipenuhi dengan kezaliman, ketidakadilan dan
kesesatan, dan dia tidak mengenal petunjuk (hidayah) dan cahaya dalam kegelapan
itu.
Dan
bacaan nya Ayat Al-Kursi bermakna bahawa dia melihat kebenaran dan telah
mengambil langkah ke hadapan ke arah mempercayai kebenaran dan petunjuk dan
cahaya, maka Allah SWT membantunya olehNya melalui AuliyakNya (Waliy-waliyNya);
dan suara tersebut adalah yang menyempurnakan dengannya Ayatul Kursi.
Dan
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya
Ahmad
Al-Hassan
Zhul
Hijjah / 1431 Hijrah
No comments:
Post a Comment