Tuesday, 2 September 2014

Mimpi-mimpi dan Kasyaf indah



Pengalaman selepas menjadi ANSAR
Assalaamu alaikum wa Rahmatullah wa wa barakaatuhu

Apa khabar saudara dan saudari,

Selepas setahun saya menjadi seorang Syiah, kemudian saya beriman dengan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Saya ingin berkongsi dengan saudara beberapa pengalaman saya selepas menjadi ansar.(Imam Mahdi (as))

Saya telah  mengalami banyak mimpi-mimpi, dan juga kesedaran saya telah meningkat.

Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman saya dengan saudara hanya untuk menjadi saksi kepada kebenaran, dan keikhlasan kerana Allah.

Semua pengalaman ini selepas membaca buku Imam Ahmad Al-Hassan (as). Selepas membaca buku beliau, daya intelek saya telah meningkat.

Saya telah dapat melihat beberapa perkara, ia adalah seperti medan kuantum (quantum field) [], kadang-kadang saya boleh mengawal beberapa aspek medan kuantum ini, dan menghantar satu bentuk tenaga kepada orang lain. Saya telah dapat merasai getaran melalui medan ini, dan menghantar getaran pada masa yang sama.

Terdapat banyak zarah (unsur) dalam medan ini, ada yang baik dan ada yang tidak, selepas membina pada zarah yang baik mungkin pula untuk mempengaruhi zarah lain untuk berada dalam kedudukan yang baik untuk saudara. Apabila terdapat cukup zarah, kadang-kadang satah atau meridian yang terbentuk melalui zarah ini dan meridian (satah-satah) ini dihubungkan melalui badan yang tidak dapat dilihat, zarah-zarah hanya boleh diaktifkan dalam satu urutan, jika saudara cuba untuk mengaktifkan zarah yang salah saudara akan jatuh ke dalam ketidaktepatan, ia adalah ujian untuk melihat zarah pilihan saudara, ada ujian dalam segala-galanya dalam fikiran kita, setiap pemikiran adalah satu dorongan, dan ia adalah sejenis kuantum gerak hati, gerak hati ini bergerak melalui zarah ini dalam medan kuantum ini, ini adalah salah satu mekanisme bagaimana peraturan (tiori) tarikan berfungsi.

Kadang-kadang saya dapat mengalami dan menghantar impuls (isyarat) ini seperti persekitaran saya, yang boleh mempengaruhi dan dapat dikawal.
Saya berlindung (dengan Allah) dari Al-Ana (keakuan – ego), saya hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya lihat, saya melihatnya selama ini dalam keadaan jaga (kasyaf - penterjemah).

Saya melihat zarah, saya tidak tahu jika ia adalah Zharr (dari alam Zharr – Zharrah), tetapi ia adalah di dalam dada saya, betul-betul di tengah-tengah, atas sebab tertentu ia disambungkan dengan talian ke kerongkong (tekak) saya.


Ketika saya melihat orang-orang kafir kadang-kadang saya melihat seperti ada kalung di leher mereka, dan salah satu garisan di dunia zarah ini adalah dihubungkan dengan kalung ini, seolah-olah saudara hampir boleh menariknya.

Kadang-kadang ada mimpi (rukya) dalam tidur saya di mana saya akan melihat beberapa orang ansar, dalam bentuk Zharr (Zharrah), Apa yang saya perhatikan dalam rukya-rukya ini ialah terdapat lokasi yang sangat khusus bagi setiap Zharr, dan lokasi yang khusus untuknya, atau orang yang tertentu itu.

Saya ingin berkongsi banyak lagi perkara-perkara dengan saudara, hanya kerana perkara-perkara ini begitu indah, dan saya memohon kepada Allah mengampuni saya, kerana kelemahan saya.

Insyaa' Allah saya akan berkongsi lebih banyak perkara, saya berdoa kepada Allah semoga saudara rasa saya telah berkongsi (rukya dan kasyaf) ini dengan saudara hanya kerana Allah. Dunia ini begitu indah, Sesungguhnya Allah Maha Indah.

Saya masih ada rukya dan kasyaf lain yang saya ingin kongsikan dengan saudara-tetapi saya rasa saudara mungkin berfikir saya memaksa saudara untuk mendengar rukya atau pengalaman (kasyaf) saya.

Hamba Yang hina, khadam untuk semua ansar, ansar Allah dan ansar Imam Ahmad,


✡ ✡ ✡ ✡ ✡
------------------------------------
✡ - Ini Bintang Nabi Allah Daud. Simbolnya di monopoli oleh Zionist Yahud 
[✡]- Teori kuantum merupakan huraian terhadap interaksi jirim yang wujud dalam alam semesta menerusi kewujudan zarah-zarah perantara yang dikenali sebagai boson tolok (gauge bosons). Manakala pengformalannya pula dikenali sebagai teori medan kuantum (quantum field theory). Dalam alam mikroskopik, khasnya yang berkaitan dengan dengan teori gerakan tabii zarah atom, fizik kuantum digunakan bagi menerangkan interaksi di antara atom dan molekul seperti dalam spektra-spektra eksperimen spektroskopik.[selak]

No comments:

Post a Comment