Thursday, 11 September 2014

Soalan 489:: Pelajar asing dan ujian mereka - Yusuf - Arab Saudi

Soalan 489:: Pelajar asing dan ujian mereka - Yusuf - Arab Saudi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Wahai Tuan, Wahai Maula, wahai anak Rasulullah, Solawat Tuhanku atas Tuan dan Bapa-bapa Tuan Yang disucikan dan Mahdi-mahdi dari anak-anak Tuan (as)


Wahai Tuan, Wahai Maula, saya telah melihat rukya (mimpi) dalam tidur saya yang mana saya tidak dapat mentafsir dan juga mengambil pengajaran daripadanya. Jadi saya mengarahkan muka ke arah tuan untuk memahami apa yang dimaksudkan dari rukya (mimpi) saya. Wahai Tuan, saya melihat bahawa saya dengan sekumpulan rakan-rakan pelajar biasiswa di sebuah negara asing. Tetapi apabila kami tiba di negara itu, kami mendapati bahawa kami tidak suka dan kita mahu keluar daripadanya. Jadi rakan-rakan yang bersama saya telah berbincang tentang cara yang terbaik dan sebab yang terbaik dan menasabah mengapa mereka menghantar kami ke negara ini. Lalu, saya dapati diri saya berkata kepada mereka: Kumpulkan urusan kamu dengan satu kata, dan mengatakan apa yang Nabi Allah Musa katakan kepada kaumnya.

Jadi apakah yang dikatakan oleh Nabi Allah Musa kepada kaumnya yang sesuai dengan keadaan kami ini? Dan adakah kata-katanya itu mempunyai hubungan kepada kisah Imam Mahdi (as)? Dan apakah yang tuan arahkan dan nasihatkan kepada saya dalam keadaan seperti ini?

Pengirim: Yusuf - Arab Saudi

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Ketahuilah Allah memberikan taufiq kepada anda, bahawa Shaihah (seruan) Jibril (as) diikuti oleh Shaihah (seruan) iblis. Dan setiap Shaihah (seruan) yang benar diikuti oleh Shaihah (seruan) yang batil. Jadi seperti yang anda dengar seruan (dakwah) kebenaran dan pendakwah kepada kebenaran dan anda mesti melalui ujian dan mendengar dari syaitan manusia dan jin yang mengelirukan yang mereka usahakan untuk menutup kebenaran dan menyesatkan penciptaan (makhluk) dari jalan yang lurus.

Maka rukya (mimpi) anda ini menunjukkan kepada anda jawapan yang sesuai kepada Syiah Al-Maraji3 ini dan pembantu dan penyokong mereka, yang mewajibkan untuk bertaqlid (ikut) kepada selain ma3shum, oleh hawa nafsu mereka, dan mereka memperbodohkan diri mereka dengan (patung) Anak Lembu dan Samari dan mereka menyimpang dari jalan yang betul. Maka Allah menjelaskan kepada anda jawapan yang sesuai untuk mereka apabila mereka menyeru anda untuk beralih dari kebenaran, dan tindak balas ini adalah apa yang Nabi Musa (as) katakan kepada orang-orang seperti mereka:

﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُواْ إِلَى بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".} [Surah Al-Baqarah 2:54].

Sebaliknya juga kata-kata Nabi Musa (as) kepada kaumnya:

﴿يَا قَوْمِ اذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاء وَجَعَلَكُم مُّلُوكاً وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِّن الْعَالَمِينَ﴾

{"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya kamu raja-raja, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".} [Surah Al-Ma'idah 5:20]

Ayat-ayat inisesuai untuk menasihati mereka dengannya dan mengingatkan mereka dengan Wasiat Rasulullah Muhammad (S) di mana baginda telah meilantik di kalangan mereka Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as)
{ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu raja-raja}, jadi anda mesti bersyukur kepada Allah atas nikmat yang besar kepada anda dan anda mengikuti kebenaran dan menerima Wasiat Al-Rasul Al-Karim Muhammad (S), kerana Allah telah memberikan kamu apa yang tidak pernah diberikan kepada yang lain di seluruh alam, anda diutamakan pada umat ini sejak Dia menjadikan bagi kamu pemimpin yang terbaik dari ciptaan-Nya SWT, dan mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as) Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as)

﴿يَا قَوْمِ اذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاء وَجَعَلَكُم مُّلُوكاً وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِّن الْعَالَمِينَ﴾

{"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu raja-raja, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".} [Surah Al-Ma'idah 5:20]

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Ahmad Al-Hassan
Shafar / 1431 Hijrah

No comments:

Post a Comment