Thursday 11 September 2014

Soalan 487 Pangkat 5 Bintang Dan Mahkota - Ali Gamal - Iraq

Soalan 487 Pangkat 5 Bintang Dan Mahkota - Ali Gamal - Iraq


Salam atas kamu. Saya melihat dalam mimpi (rukya) seorang pegawai tentera di tengah-tengah perhimpunan orang ramai, dan dia melaungkan nyanyian ............ dan dia mempunyai pangkat yang pelik, dia mempunyai 5 bintang dan mahkota.

Pengirim: Ali Gamal - Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Pegawai tentera ditafsirkan sebagai Malaikat dari Malaikat-malaikat, dan mereka adalah Malaikat yang menolong Al-Mahdi untuk menegakkan Negara Keadilan Ilahi.

 Bagi pangkat, lima bintang merujuk kepada 5 orang Ashhab Al-Kisaa’ Al-Yamani (ahli di bawah Jubah Al-Yamani); dan mereka adalah Muhammad. Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (a.s). Dan mahkota merujuk kepada - Raja Ilahi – (Al-Malik Al-Ilahi) Raja Al-Mahdi.
                                 
Yang bererti bahawa pangkat merujuk kepada Al-Yamani dan Raja Al-Mahdi dan mewujudkan Hakimiyah Allah; kerana kelima-lima dari mereka (shalawaat Allah 3alaihim) kesemua mereka diselubung di bawah Jubah Yamani, dan Rasul Muhammad (sawas) telah sembuh setelah diselimutkan dengan Jubah Yamani, dan kesembuhan ini adalah petunjuk kepada pengislahan Agama Islam yang dibawa oleh Muhammad selepas kemusnahan akan disempurnakan oleh Allah dengan Al-Yamani

Oleh itu apa yang anda lihat dalam rukya (mimpi) anda adalah kegembiraan Malaikat Allah dan penduduk langit dengan kemunculan Al-Yamani dan persiapan yang perlu dilakukan untuk persediaan menegakkan Negara Keadilan Ilahi dan Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan menzahirkan keutamaan Muhammad dan keluarga Muhammad (as), dan terutamanya Lima Ahli Al-Kisaa’ (as).

Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.
.
Ahmad Al-Hassan

Zhul Hijjah / 1430 Hijrah

No comments:

Post a Comment