Friday 31 May 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 70 – 72


Kisah Rukyah 2: Halaman 70 – 72



Syed Abdullah Al-Ghalibi - Nasiriyah

Saya melihat di dalam tidur Imam Mahdi (as) berkata kepada saya: pada sepuluh Muharram akan terjadi peristiwa besar dikhabarkan oleh Al-Syed Muhammad Al-Qari. Apabila saya terjaga dari rukya, pada hari kedua saya pergi untuk memberitahu orang yang berkenaan dan apabila datang pada sepuluh Muharram tidak lain berlakunya letupan di Karbala dan Al-Kadzimiyah, membunuh ramai orang-orang yang berziarah yang tidak bersalah semoga Allah merahmati mereka. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin
.

Ulasan: -

Rukya melihat imam Maksum yang pertama dan yang kedua menjadi kenyataan di bumi nyata, maka ia menjadi khabar-khabar berita ghaib yang diberitahu oleh Aali Al-Bayt kepada sesiapa yang mereka inginkan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin
.

Hussein Abu Ali - Hungary

Dalam alam rukya saya melihat Imam Mahdi (as) di bumi padang pasir dan dia di atas puncak sebuah batu besar dan menyeru manusia dengan seruan yang berbunyi seperti yang berikut: (Aku telah utuskan kepada kamu urusanku Al-Syed Ahmad Al-Hassan, mengapa kamu tidak mempercayainya, Aku sendiri akan datang kepada kamu, adakah kamu mempercayaiku, Adakah sesiapa penolong yang akan membantu kami? Adakah sesiapa yang akan mengukuhkan apa yang diharamkan Rasul) dan kemudian membaca awal Surat Qaf

( بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ * بَلْ عَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ)

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang * Qaaf Demi Al-Quran yang sangat mulia. * Bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu yang amat ajaib".) [Qaaf 50:1-2] 

Tidak, ya Saidi Wa Maulai, kami percaya dan kami taat


Syed Talib - Najaf Al-Asyraf


Pada suatu malam saya merenungkan dakwah Imam Mahdi (as) dan menimbulkan banyak soalan dalam fikiran saya mengenai tempat tinggal Al-Syed Ahmad Al-Hassan dari seruan dakwah ini dan dalam masa yang sama menghasilkan saya mendapat kasyaf dan saya melihat bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah orang yang mengetuai semua kempen konfrontasi yang difardhukan mengikut riwayat-riwayat yang akan dilakukan oleh Imam Mahdi (as) dan senahagian dari perkara-perkara berikut: Orang-orang yang mengadakan bai’ah kepada Imam Mahdi (as) di Mekah, dan pelancaran tentera dari Mekah ke semua wilayah Islam,termasuk Kufah, yang akan membubarkan semua anasir yang mahu memerangi Imam Mahdi (as), yang akan menyerahkan tempat-tempat ini, semuanya bersedia untuk Imam Zaman (as) dengan jiwa kita sebagai langkah memulakan tanah tebusan. Terdapat juga penjelasan untuk kedudukan ini bahawa Imam (as) tidak boleh ditunjukkan keadaan ini di mana tidak kenal siapa yang disukai dan siapa yang dibenci, Imam (as) adalah persediaan Allah Taala dan beliau adalah pemimpin kepimpinan umum untuk memimpin perancangan dan bimbingan, dan peranan ini dijalankan oleh Imam Mahdi (as) dan pelaksana bagi perancangan ini adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dan selepas satu tempoh masa kembali ke fikiran saya masalah ini dan dalam kasyaf itu menjadi sesuatu untuk saya mengatakan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah seorang pemerintah yang dikatakan mengenainya pada riwayat-riwayat bahawa dia penguasa yang tidak berbuat kerusakan.

Ulasan: -

Riwayat-riwayat mengesahkan isi kandungannya di mana di dalam Ghaibah Al-Nu’mani hadits Rasulullah (S) bersama Amirul Mukminin (as), Jafar dan Abbas. Dan hadits yang menyebutkan (pemerintah yang tidak berbuat kerusakan) dan lain-lain. Ini adalah dari sisi lain, yang sangat penting, iaitu bahawa dia mahu menghadapi Allah Taala dan dia meminta Allah Jalla Jalalah memberikan kepadanya apa yang dimintanya, dan Dia SWT tidak mengecewakan permintaannya dan tidak mengugurkan tuntutannya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah

                                             
Pelajar – Nasiriyah


Saya melihat dalam tidur bapa saudara saya yang telah mati (Abu Salah) dia datang ke rumah kami dan dia berkata selepas memberi salam: Mengapa kamu tidak memanggil saya dan kamu berada dalam Husseiniyahh ansar Imam Mahdi (as)? saya bertanya kepadanya sama ada dia seorang ansar Al-Syed Ahmad Al-Hassan? Dia berkata ya, dan dia berkata saya melihat Imam Mahdi (as).

Dan saya tahu bahawa orang mati bercakap dari Dar Al-Haq (perkampungan ebenaran).


Syeikh Haidar - Nasiriyah


Saya melihat bapa saudara saya yang telah mati (Abu Salah) dan saya bertanya kepada beliau mengenai dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Adakah di sana wujud di sisi mereka di akhirat, dia berkata kepada saya bahawa dakwah ini ada di sisi kami sebelum kamu, ya adalah yang hak dan kami bersamanya Insya Allah dan semasa rukya saya mempunyai rasa yang dia bercakap kepada saya dari Dar Al-Haq (perkampungan kebenaran), adalah diketahui bahawa anak-anaknya adalah ansar Imam Mahdi (as). . Wal-Hamdu Lillahi Wahdah


Syeikh Badr - Najaf


Saya melihat orang-orang murtad telah dikumpulkan kepada Imam Mahdi (as) dan saya melihat mereka ditegur oleh Imam dengan berkata: Mengapa kamu tidak beriman dengan dakwah dan orang-orang itu tahu bahawa maksudnya adalah dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan kepada Imam Mahdi (as), dan pada permulaannya ketua kepada orang-orang itu dari kawan-kawan saya, mereka berkata kepada Imam: Kami tidak tahu dengan dakwah ini. Maka Imam menjawab: dengan menegur, tutup mulut kamu semua aku datang kepadamu (untukku dari jalan laut, untukku dari jalan daratan, dan untukku dari jalan langit). Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin
.

Ulasan: -

Ini adalah rukya bersama Imam maksum daripada apa yang mengasingkan kata-kata dalam ayat-ayat, firman Allah:

(أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ )

(Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat.) [Al-Baqarah 2:85]  





Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment