Wednesday 8 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 17-19


Halaman 17-19


Ali - Najaf

Seolah-olah Husseiniyah (masjid) ansar Imam Mahdi (as) bertukar menjadi kapal dan seolah-olah Al-Syed Ahmad Al-Hassan pemyeru di atas muka bumi, dia berkata: Wahai bumi terbelahlah, lalu ia terbelah dan sebelahnya dari pintu Al-Husseiniyah itu di sebelah lagi di pintu (makam) Imam Hussein (as) dan bahagian ini dipenuhi dengan air seolah-olah kapal itu nergerak dan mengumpul mereka beramai-ramai dari hamparan -hamparan ke kapal itu tiba ke Imam Hussein (as). Seolah-olah semua ansar telah menaiki kapal itu semasa tiba di makam Imam Hussein (as) berpindah bangunan (bangunan Imam Hussein ke belakang kapal tempat makam Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dan makam Al-Syedah Zainab (as) dan kemudian kami kembali ke tempat asal di Al-Husseiniyah dan airnya menghilang. Tempat Al-Husseiniyah menjadi tempat suci bagi umat manusia, menuju ke Imam Hussein, Al-Syedah Zainab (as) dan Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dan selepas suatu tempoh ketiga-tiga tempat-tempat suci itu menghilang dan menjadi alam untuk ziarah Al-Husseiniyah. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

Hassan Al-Kinani - Najaf

Dalam suatu oengalaman rukya saya melihat bahawa kami sedang membina di Al-Husseiniyah lalu datang Imam Mahdi (as) dan beliau berkata: di setiap tingkat (thabuqah/batu-bata) bangunan, Al-Husseiniyah ini, seperti tempat tawanan lama dari tawanan Aali Muhammad, dan kemudian membawa tiga tingkat (thabuqat/batu-bata) dan beliau berkata, janganlah meletihkan diri kamu sendiri dan bawalah dua-dua. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Al-Syed Talib Al-Musawi - Najaf

Kami pergi berjalan ke (makam) Imam Hussein (as) dan di jalanan kami membaca nasyid-nasyid Imam Hussein (as), dan di salah sebuah tempat perhentian saya tidur untuk berehat. dan saya melihat dalam alam rukya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan saya berada dalam salah sebuah makam seorang nabi, lalu datang salah seorang dari nabi dengan sebuah kunci di tangannya lalu memberikan kunci itu kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan berkata kepadanya: Bukalah peti itu. Tiba-tiba kelihatan peti itu dikeluarkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan dibukanya. ia adalah warisan nabi-nabi dan lipatan kitab-kitab seperti kertas besar yang dilipat. Lalu Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengeluarkan salah satu daripadanya dan nabi itu berkata kepadanya: Orang yang mewasiatkannya adalah Nabi Muhammad (S) kepada Imam Mahdi (as) dan kepada kamu. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Muhammad - Karbala

Saya mengedarkan kertas mengenai dakwah Ahmad Al-Hassan. Kemudian berlaku pertengkaran antara kami dengan pihak polis dan selepas halangan itu saya berIstikharah kepada Allah, dan saya pergi bersama mereka. Kemudian saya melihat salah seorang daripada ansar di dalam penjara, dia berkata kepada saya: Tahniah semalam saya melihat kertas yang kamu edarkan itu diedarkan di syurga dan kemudian menjadikan diri saya letih sehingga saya tertidur dan saya melihat dalam alam rukya: Saya mengedarkan daun-daun putih di syurga. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Umm Ali
Salah seorang mukminah - Najaf

Saya pergi ke sebuah klinik doktor dan apabila saya masuk seolah-olah terdapat sekumpulan orang dan di pekarangan tersebut ada seorang lelaki yang saya kenal sedang berdiri iaitu Imam Mahdi (as). saya pergi kepadanya dan memberi salam dan dia menjawab salam saya dan saya berkata kepadanya: Ya Imam, Adakah dakwah Ahmad Al-Hassan ini benar atau batil, beliau (as) berkata: ianya benar. Kemudian saya meminta kepada imam untuk membawa saya ke rumah saya, kerana suami saya telah ketinggalan dari saya dan saya tidak boleh pergi sendirian. pada mulanya Imam tidak keberatan, seolah-olah saya tahu dia malu berjalan dengan wanita, saya berkata kepadanya: Ya Imam, saya seorang wanita, bagaimana saya akan berjalan bersendirian, Akhirnya Imam bersetuju membawa saya ke rumah dan kami sampai dan masuk ke rumah. Saya memberitahu suami saya bahawa Imam Al-Mahdi (as) ada di pintu, suami saya bergegas keluar mendapatkan Imam lalu memeluk Imam dan memberi salam - kepadanya dengan menjemput dan mempersilakan Imam masuk ke rumah dan duduk di dalam ruang tetamu, dan saya kebingungan mengapa lama pada Saidi Maulai Imam Mahdi (as), dan akhirnya diberikan kepadanya air dan kemudian dia mengambil air itu dari saya dan mula membaca kalimat-kalimat pada air itu. Ia amat melegakan bagi sesiapa yang mendengarnya dan kemudian merenjiskan air itu di rumah kami dengan tangannya yang mulia. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.

Salah seorang mukminah

Ini adalah dakwah Allah dan masalah sah menurut Imam Ali (as) dan dalam alam rukya saya melihat bahawa saya berziarah Imam Ali (as), dan khususnya dalam mihrab wanita dan saya melihat seorang wanita sujud kepada Allah dan di kelilingi sekumpulan wanita, saya tahu bahawa wanita ini adalah Syedah (Fatimah Al-Zahra’) (as). Al-Zahra’ (as) bertanya soalan: Dia berkata bolehkah melihat imam dalam rukya (Imam Ali (as))? Tiada seorang wanita pun yang menjawab. dan bertanya soalan lain, bolehkah melihat Imam al-Mahdi (as) dalam rukya? saya menjawab, Saya Syedah telah melihat Imam Al-Mahdi (as) dalam rukya itu. Syedah Al-Zahra’ (as) menjawab: Imam Ali (as) mengatakan bahawa kedua-duanya adalah naqib-naqib (ketua) dan Al-Syed Ahmad adalah salah seorang naqib-naqib. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.



Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas


No comments:

Post a Comment