Kisah
Rukyah 2: Halaman 73 – 75
Sayed Abdullah Al-Ghalbi / Nasiriyah
Saya melihat dalam alam rukya bahawa Al-Syed
Ahmad Al-Hassan dan sekumpulan ansar dikurung di dalam penjara besar, Al-Syed mengutus
dua orang ansar diberikan tugas dan kemudian bimbang pada mereka lalu beliau menghadap
ke arah qiblat dan bertakbir dengan suara yang kuat dan panjang suaranya lalu
berpaling ke belakang dan saya melihat Imam Mahdi (as) datang bertakbir dengan suara
yang kuat juga. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Ulasan: -
Penjara melambangkan dunia, telah dinyatakan
dari Rasul Allah (dunia adalah penjara orang-orang mukmin) dan mengumandangkan takbir
adalah permulaan dakwah ke jalan Allah Jalla Jalalah, dan dengan demikian takbir
Al-Syed Al-Mansur adalah sebelum takbir Al-Imam (Semoga Allah menempatkan
beliau di bumi). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Syeikh Badr - Najaf Al-Asyraf
Saya melihat Imam Mahdi (as). Kemudian saya berkata kepadanya, Ya Maulai, tunjukkan
kepadaku sifat-sifatmu, lalu disingkapkan kepada saya tudung di muka (as) yang
mulia. Saya melihatnya seperti dalam riwayat (keningnya bertemu, di pipi
kanannya ada tahi lalat). Saya berkata kepadanya, Ya Maulai, bahawa Al-Syed Mahmud Al-Hassani mengatakan sifat-sifat
ini boleh dilakukan oleh sebarang pembedahan kosmetik. Imam tersenyum dan
berkata bahawa kamu tidak dapat mengenalku melalui sifat-sifat ini, tetapi kamu
boleh mengenalku melalui utusanku Ahmad Al-Hassan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.
Ulasan: -
Imam ini (Semoga Allah menempatkan beliau
di bumi) memberitahu kamu jalan mencapai maktifat kepadanya (as) dan apa pun jalan
lain bukanlah jalan yang rasmi (sah) selain dari imam-imam dan ia adalah jalan yang
batil dan tidak sampai kepada Allah Taala. Atau adakah kamu mahu Imam (as) yang
datang itu mengikut keinginan kamu dan keinginan ulamak kamu, kerana kita adalah
kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepada-Nya, dan Wal-Hamdu Lillah atas ujian-Nya
dan betapa banyak nikmat-nikmat-Nya.
Abu Muhammad - Nasiriyah
Enam tahun sebelum dakwah Imam Mahdi (as)
dan anaknya, telah datang kepada saya berita gembira itu, dan saya lihat pada
tahun 1997, khususnya dalam alam rukya Imam Mahdi (as) dan bersamanya seorang yang
tidak saya kenali pada masa itu dan saya memberi salam kepada mereka berdua dan
mengadu kepada Imam (as) ... dan selepas itu rukya saya melihat Al-Syed Ahmad
Al-Hassan, saya terkejut bahawa dia adalah orang yang sama yang saya lihat bersama
Imam Mahdi (as) dalam rukya yang lalu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah
Abu Muhammad - Nasiriyah
Tiga tahun lalu, khususnya pada tahun 2000
M saya melihat Imam Mahdi (as) dengan imej Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan saya
memberi perhatian kepada kesan kaki kanannya dan selepas saya melihat Al-Syed
Ahmad teringat rukya dan memeriksa tempat kesan itu dan saya nampak tapak yang
sama dan di tempat yang sama. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.. Wal-Hamdu Lillahi
Wahdah.
Ulasan: -
Tidak menghairankan untuk melihat Imam
dalam imej Imam Mahdi (as) kerana dakwah yang diseru oleh pembina dari keluarga
Muhammad adalah dakwah Imam Mahdi (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah
Abu Fatimah - Nasiriyah
Saya melihat dalam alam rukya, Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) berkata, sesiapa yang ingin mendekati saya, hendaklah mendekat
maqamnya kepada AllahTaala, maka dia akan dekat dengan saya. Wal-Hamdu Lillahi
Wahdah
Abu Fatimah - Nasiriyah
Saya melihat Rasulullah (S) duduk dan memberi
salam kepada saya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Ulasan:
Rasulullah, jika dia memberi salam kepada
seseorang dalam rukya itu, adalah kebaikan daripada Allah dan jika dia seorang
Ansar, maka Dia redha akan ansar itu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah..
Abu Fatimah - Nasiriyah
Saya melihat dalam alam rukya saya datang mengahadap
Imam Mahdi (as) dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), saya berjalan dihadapan mereka kemudian saya memasuki tempat
itu dan saya melihat sekumpulan ansar melaungkan dan berkata: (Adakah Imam yang
maksum mahu berjalan dengannya), lalu Imam dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan
keluarga Imam masuk bertanya kepadanya seorang perempuan dan berkata kepada
beliau, katanya, sejak bila orang-orang itu bersama tuan, Maka beliau berkata
kepadanya: sejak permulaan dakwah ... Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.
Umm Ahmad – Baghdad
Kami bersama Abu Nur yang mempunyai keraguan
di hatinya tentang kesahihan dakwah (dakwah utusan Imam Mahdi, Al-Syed Ahmad
Al-Hassan) dan telah berhujah dalam beberapa perkara. Maka apabila saya tidur,
saya melihat dalam alam rukya - pada malam yang sama - Saya melihat Amirul
Mukminin (as) ketika dia (as) berkata kepada saya: Wahai Umm Ahmad! Dengarlah kata-kataku. Saya berkata kepadanya, "Siapa kamu?
Dia berkata kepada saya: Aku Ali bin Abi Talib. saya katakan padanya, Ya Maulai
apa yang kamu inginkan. Lalu katanya kepada saya, katakan kepada Muhammad, saya
tanya Muhammad yang mana, katanya Abu Nur, kamu katakan kepadanya: ini adalah
jalan Allah (iaitu, jalan Al-Syed Ahmad Al-Hassan) jika kamu berjalan akan tetap
bertahan dan Allah menjadi saksi atas apa yang saya katakan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi
Al-3alamin.
No comments:
Post a Comment