Tuesday 7 May 2019

Kisah Rukyah: Halaman 14 - 16


Halaman 14 - 16


Seorang Mukminah - Al-Zubair

Saya melihat dalam mimpi Imam Mahdi (as) telah melawat kami selepas hari kami terima kertas-kertas dari ansar Imam, maka kami tahu bahawa kedatangan Imam adalah dengan kedatangan urusan dakwah oleh ansar Imam Mahdi (as).


Salah seorang ansar - Al-Zubair

Saya beristikharah dengan Al-Quran dan saya melihat ayat
فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ
(Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.) (Al-Zhariat 51:23) dan saya berada di Madrasah Musa Al-Kadzim bertawasul kepada Amirul Mukminin (as) dan saya berkata kepadanya: Aku di kawasan kejirananmu dan aku ingin darimu pada malam ini memperlihatkan kepadaku Imam Mahdi (as) untuk mengetahui dakwah ini. Maka saya melihat satu peribadi yang indah, kelihatan kening hitamnya bertemu di kedua belah matanya, dia memiliki janggut yang cantik, seorang lelaki muda kehitaman kulitnya dan saya dalam rukya itu faham bahawa dia adalah Imam (as) lalu dia berkata kepada saya, (Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.) (Al-Zharuat 51:23) rukya ini adalah selepas bertawasul kepada Amirul Mukminin (as) dua minit atau lebih.


Abu Muhammad - Karbala’

Saya adalah salah seorang ansar (ansar Imam Mahdi (as)). Saya melihat dalam mimpi bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan mengajarkan saya doa Imam Musa Al-Kadzim (as)
(اللهم يا مخلص اللبن من بين فرث ودم … )
Pada malam yang lain (selepas satu hari saya dipenjarakan kerana perkara ini dan pada malam yang pertama dalam penjara saya berdoa kepada Allah dan membaca (Surah) Tauhid seratus kali dan memohon kepada Allah supaya menerima amalan saya selepas solat subuh dan kemudian saya tidur dan apabila dalam alam rukya saya melihat Imam Mahdi (as) berdiri di kepala saya dan meletakkan tangannya yang mulia di atas kepala saya seolah-olah berkumat-kamit dan membaca kata-kata yang tidak saya menghafalnya dan saya merasakan sangat selesa, dan sangat menenangkan, Seolah-olah saya telah berpindah ke alam lain dan saya tidak pernah merasakan keselesaan seperti itu, Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Syed Muwafiq / Imarah

Dalam suatu pengalaman rukya, saya melihat dua orang ansar Imam Mahdi (as) dalam makam Al-Syed Al-Dafas di Imarah dan di tangan mereka ada kertas yang perlu dihantarkan kepada Al-Syeikh Ahmad Al-Wa’ili dan kertas itu ditulis dengan ayat-ayat yang akan dibaca pada hari yang diketahui dan sesiapa yang membacanya akan selamat dari azab, dan ketika saya membaca kertas itu, saya dapati ia tertulis di dalamnya (Bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah jalan yang lurus, dan ia adalah Wadi Sulaiman Lembah yang dipenuhi dengan khazanah-khazanah) dan Allah dan Rasul-Nya menjadi saksi atas apa yang saya katakan. Wal -hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Ibrahim - Baghdad

Ini adalah rukya ketika saudara saya berada di dalam penjara, kami gagal untuk mengeluarkannya dengan berbagai cara dari (penjara Amerika) dan dalam rukya itu seolah-olah saya berdiri di hadapan Imam Mahdi (as), saya berkata kepadanya: (Saidi wa Maulai berilah saya tempoh kerana saya tidak dapat  melihat saudara saya) Dia (as) berkata kepada saya: (Adakah kamu mahu melihatnya), saya berkata kepadanya: (Ya, Saidi wa Maulai), Dia lalu menolak saya dari belakang, dan dengan tiba-tiba burung terbang ke bumi. Dia bersama saya, dan kami semua telah mencelah (melepasi) semua orang dan semua orang itu tidak melihat kami telah memasukinya, seolah-olah mereka buta dan selepas kami masuk ke dalam penjara dan mendapati saudara saya dalam sel lalu saya merangkulnya dengan hangat dan sukacita, kata Imam (as): apa yang kamu mahu selepas ini? Saya berkata kepadanya: (Saidi, bukankah saudara saya dari ansarmu, mengapa tidak kau keluarkan dia dari tangan-tangan mereka yang najis ini), beliau (as) berkata, (Apa maknanya urusan ini ia bukan khusus untuk kamu dan saya mengikuti perkaranya dan jika kamu sangat ingin keluar, aku akan mengeluarkan kamu berdua." Jadi saya berkata, "Ya, Maulai," dan dia (as) meletakkan di samping beberapa pemotong. Maka saya nampak ruangan saliran air. Beliau (as) berkata: Jika kamu masuk ke sini, kamu akan pergi ke hadapan Amirul Mukminin (as). Lalu saya katakan padanya: bagaimana kita masuk ke dalam kotoran ini melainkan ia tidak najis) Beliau (as) berkata: (Saya beri jaminan bahawa kamu tidak akan disentuhnya darinya kamu akan diseret), beliau as) berkata, (ambillah pelajaran dari saudara kamu di luar nanti dan aku nasihatkan kamu agar bersabar dan beriman, kerana akan datang banyak lagi).
Ketika saya pergi ke Karbala untuk memeriksa keluarga saudara saya itu dan neneknya dia telah keluar dari penjara. Adalah diketahui bahawa pembebasannya adalah selepas peselisihan polis dan pihak Sepanyol kerana polis dan hauzah telah menuntutnya. mereka telah menolak dikeluarkan dari kedua belah pihak, saya dapati bahawa, pihak Sepanyol itu saliran kotoran yang keluar melaluinya tidak menajiskannya, Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Abu Zahraa’ – Karbala’

Pada suatu malam saya berada dalam  kesedihan. Saya berkata: Ya Tuhanku betapa mudahnya kami dihinakan dan betapa mudahnya kami masuk kepada kitaran yang dipukulkan kepada Imam Ali dan tidak ada yang bercakap dan mengadu kepadaMu. Dan Engkau telah lapangkan aku dalam alam rukya, aku berdiri di halaman besar dan datang Imam Mahdi (as) berjalan kaki sambil menundukkan kepalanya dan sedih dan beliau (as) duduk di hadapanku dan aku juga duduk dan tidak dapat lari dari berkata-kata, dan menyoalnya dan aku berkata kepadanya: Wahai tuan, perjuangan kita adalah benar, beliau berkata: Ya, ia adalah benar, saya berkata: Maulai, orang banyak bercakap, beliau (as) berkata: Jangan peduli kepada perkataan manusia, saya berkata kepadanya: Maulai, sampaikanlah pada kawan-kawanku, beliau berkata: Pergilah dengan segera dan sampaikan lalu bangkitlah dengan gembira. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.


Salah seorang ansar - Diyala


Bahawa rukya yang saya lihat ini adalah berasal dari seorang Al-Sunnah yang baru masuk Mazhab Syiah kerana ia mengimbau kebenaran. Orang ini berkata: Saya melihat Imam Mahdi (as) berjanggut putih bercahaya  dan saya memberitahunya saya bingung dan memintanya supaya mendoakan saya dan rukya itu berakhir, Selepasa hari itu kami bersungguh-sungguh, saya dan adik saya berjalan kaki ke Karbala untuk Ziarah Arba’ein, dan ianya selepas dua hari melihat rukya itu, dan semasa dalam perjalanan dan di sempadan sebelum daerah Al-Yusufiyah saya melihat seorang lelaki tua berjanggut putih bercahaya dan mempunyai ciri-ciri yang sangat dekat dengan ciri-ciri Imam Mahdi (as) dalam alam rukya itu. Kami beriringan dalam perjalanan ke Ziarah itu dan dia datang dari Baghdad untuk Ziarah yang sama. Selepas berkenalan, beliau menngemukakan kepada kami dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan, saya segera menerimanya dan mengetahui bahawa Allah telah mengkabulkan doa saya. Wal-hamdu Lillahi Wahdah.



Sebelum ✡✡Menu✡✡ Selepas




No comments:

Post a Comment