Saturday 1 June 2019

Kisah Rukyah 2: Halaman 73 – 75


Kisah Rukyah 2: Halaman 73 – 75


Sayed Abdullah Al-Ghalbi / Nasiriyah


Saya melihat dalam alam rukya bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan sekumpulan ansar dikurung di dalam penjara besar, Al-Syed mengutus dua orang ansar diberikan tugas dan kemudian bimbang pada mereka lalu beliau menghadap ke arah qiblat dan bertakbir dengan suara yang kuat dan panjang suaranya lalu berpaling ke belakang dan saya melihat Imam Mahdi (as) datang bertakbir dengan suara yang kuat juga. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan: -

Penjara melambangkan dunia, telah dinyatakan dari Rasul Allah (dunia adalah penjara orang-orang mukmin) dan mengumandangkan takbir adalah permulaan dakwah ke jalan Allah Jalla Jalalah, dan dengan demikian takbir Al-Syed Al-Mansur adalah sebelum takbir Al-Imam (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.


Syeikh Badr - Najaf Al-Asyraf


Saya melihat Imam Mahdi (as). Kemudian  saya berkata kepadanya, Ya Maulai, tunjukkan kepadaku sifat-sifatmu, lalu disingkapkan kepada saya tudung di muka (as) yang mulia. Saya melihatnya seperti dalam riwayat (keningnya bertemu, di pipi kanannya ada tahi lalat). Saya berkata kepadanya, Ya Maulai,  bahawa Al-Syed Mahmud Al-Hassani mengatakan sifat-sifat ini boleh dilakukan oleh sebarang pembedahan kosmetik. Imam tersenyum dan berkata bahawa kamu tidak dapat mengenalku melalui sifat-sifat ini, tetapi kamu boleh mengenalku melalui utusanku Ahmad Al-Hassan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.
                                             
Ulasan: -
                                          
Imam ini (Semoga Allah menempatkan beliau di bumi) memberitahu kamu jalan mencapai maktifat kepadanya (as) dan apa pun jalan lain bukanlah jalan yang rasmi (sah) selain dari imam-imam dan ia adalah jalan yang batil dan tidak sampai kepada Allah Taala. Atau adakah kamu mahu Imam (as) yang datang itu mengikut keinginan kamu dan keinginan ulamak kamu, kerana kita adalah kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepada-Nya, dan Wal-Hamdu Lillah atas ujian-Nya dan betapa banyak nikmat-nikmat-Nya.


Abu Muhammad - Nasiriyah


Enam tahun sebelum dakwah Imam Mahdi (as) dan anaknya, telah datang kepada saya berita gembira itu, dan saya lihat pada tahun 1997, khususnya dalam alam rukya Imam Mahdi (as) dan bersamanya seorang yang tidak saya kenali pada masa itu dan saya memberi salam kepada mereka berdua dan mengadu kepada Imam (as) ... dan selepas itu rukya saya melihat Al-Syed Ahmad Al-Hassan, saya terkejut bahawa dia adalah orang yang sama yang saya lihat bersama Imam Mahdi (as) dalam rukya yang lalu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah

               
Abu Muhammad - Nasiriyah


Tiga tahun lalu, khususnya pada tahun 2000 M saya melihat Imam Mahdi (as) dengan imej Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan saya memberi perhatian kepada kesan kaki kanannya dan selepas saya melihat Al-Syed Ahmad teringat rukya dan memeriksa tempat kesan itu dan saya nampak tapak yang sama dan di tempat yang sama. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan: -

Tidak menghairankan untuk melihat Imam dalam imej Imam Mahdi (as) kerana dakwah yang diseru oleh pembina dari keluarga Muhammad adalah dakwah Imam Mahdi (as). Wal-Hamdu Lillahi Wahdah


Abu Fatimah - Nasiriyah


Saya melihat dalam alam rukya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata, sesiapa yang ingin mendekati saya, hendaklah mendekat maqamnya kepada AllahTaala, maka dia akan dekat dengan saya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah


Abu Fatimah - Nasiriyah


Saya melihat Rasulullah (S) duduk dan memberi salam kepada saya. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

Ulasan:

Rasulullah, jika dia memberi salam kepada seseorang dalam rukya itu, adalah kebaikan daripada Allah dan jika dia seorang Ansar, maka Dia redha akan ansar itu. Wal-Hamdu Lillahi Wahdah..


Abu Fatimah - Nasiriyah


Saya melihat dalam alam rukya saya datang mengahadap Imam Mahdi (as) dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), saya berjalan dihadapan mereka kemudian saya memasuki tempat itu dan saya melihat sekumpulan ansar melaungkan dan berkata: (Adakah Imam yang maksum mahu berjalan dengannya), lalu Imam dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan keluarga Imam masuk bertanya kepadanya seorang perempuan dan berkata kepada beliau, katanya, sejak bila orang-orang itu bersama tuan, Maka beliau berkata kepadanya: sejak permulaan dakwah ... Wal-Hamdu Lillahi Wahdah.

                         
Umm Ahmad – Baghdad


Kami bersama Abu Nur yang mempunyai keraguan di hatinya tentang kesahihan dakwah (dakwah utusan Imam Mahdi, Al-Syed Ahmad Al-Hassan) dan telah berhujah dalam beberapa perkara. Maka apabila saya tidur, saya melihat dalam alam rukya - pada malam yang sama - Saya melihat Amirul Mukminin (as) ketika dia (as) berkata kepada saya: Wahai Umm Ahmad! Dengarlah kata-kataku. Saya berkata kepadanya, "Siapa kamu? Dia berkata kepada saya: Aku Ali bin Abi Talib. saya katakan padanya, Ya Maulai apa yang kamu inginkan. Lalu katanya kepada saya, katakan kepada Muhammad, saya tanya Muhammad yang mana, katanya Abu Nur, kamu katakan kepadanya: ini adalah jalan Allah (iaitu, jalan Al-Syed Ahmad Al-Hassan) jika kamu berjalan akan tetap bertahan dan Allah menjadi saksi atas apa yang saya katakan. Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.


Sebelum✡✡Menu✡✡ Selepas



No comments:

Post a Comment