Wednesday 1 May 2019

Titik keempat: Agama Allah Lebih Mulia Dari Rukya


Titik keempat:

Agama Allah Lebih Mulia Dari Rukya


Dan sebahagian daripada orang yang mengingkari rukya, mereka mahu mengatakan bahawa hadits yang diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq (as): (Bahawa Agama Allah (AWJ) lebih mulia dari apa yang dilihat dalam tidur) menafikan kekuatan hujah rukya. Maka adakah selamanya Imam Al-Shadiq (as) mengatakan Bahawa Agama Allah (AWJ) lebih mulia dari apa yang dilihat dalam tidur, rukya itu bukanlah hujah bagi mereka yang berhujah dengannya.

Dan sangat aneh apabila ramai orang yang mudah diperdaya dengan hujah palsu ini tanpa merujuk kepada asal hadits yang mulia, dan berikut ini adalah teks hadits yang mulia untuk menerangkan kepada pembaca bagaimana cara musuh menggunakan - hadits yang mulia tersebut.

)عن أبي عبد الله (ع) قال: قال: ما تروي هذه الناصبة ؟ فقلت: جعلت فداك في ماذا ؟ فقال: في آذانهم وركوعهم وسجودهم، فقلت: إنهم يقولون: إن أُبي بن كعب رآه في النوم، فقال: كذبوا فإن دين الله (عز) أعز من أن يرى في النوم، قال: فقال له سدير الصيرفي: جعلت فداك فأحدث لنا من ذلك ذكراً، فقال أبو عبد الله (ع): إن الله (عز) لما عرج بنبيه إلى سماواته السبع أما أوليهن (...

Dari Abi Abdillah (as) katanya: Beliau berkata: Apa yang kamu lihat pada Al-Nasibi ini? Aku berkata: Semoga aku menjadi tebusanmu, mengenai apa? Beliau berkata: Mengenai azan, ruku’ dan sujud mereka, Aku katakan: Mereka mengatakan: Bahawa Ubai bin Ka'ab melihatnya dalam tidur, Beliau berkata: Mereka telah berdusta, agama Allah AWJ lebih mulia dari apa yang dilihat dalam tidur, katanya lagi: berkata Sadir Al-Shairafi kepadanya: Semoga aku nebjadi tebusanmu, Ia menyebabkan kita menyebut mengenainya, Lalu Abu Abdillah (as) berkata: bahawa Allah AWJ ketika mikrajkan nabiNya kepada tujuh langit-langitNya adalah lebih dahulu darinya...) [1]

Adapun Hadits tersebut jelas memperkatakan tentang orang yang menafikan wali Allah dan hujahNya: iaitu nasibi (orang yang bertegas memusuhinya), maka orang yang mengingkari wali Allah, bolehkah diambil sesuatu darinya, Maha Suci Allah, Jadi bagaimana jika dia ingkar dan mahu menyesatkan manusia dengan kedustaan aqidahnya kepada manusia iaitu hujah kuat rukya. Maka dia berkata, hujah dalam amalan mereka adalah rukya. Dengan itu didatangkan jawapan Imam (as) Agama Allah AWJ lebih mulia dari apa yang dilihat dalam tidur. Allah Taala telah melantik imam-imam yang diwajibkan untuk ditaati oleh hamba-hambaNya dan memerintahkan hamba-hambaNya mengambil dari mereka (as) dan sesiapa yang menyalahi mereka adalah salah seorang penghuni Neraka. Sebenarnya Allah SWT apabila mensyari’atkan hujah rukya yang sahih telah membuat kunci-kunci dan kunci-kuncinya adalah Ahl Al-Bayt (as). Tidak ada hujah yang jelas tanpa menyerah kepada pemiliknya yang maksum dan tidak bererti bahawa itu bukan hujah, tetapi orang yang menerangkan dan menjelaskannya kepada manusia adalah Al-Maksum, dan contoh dari Al-Quran Al-Karim adalah rukya Firaun maka ia adalah hujah di atasnya.

------------------------
1- Al-Kafi - Al-Syeikh Al-Kulani: J 3 hal 486 - 482

... Rukya Mengikut Kefahaman Aali Al-Bait (as)--- 32


Dan ia mempunyai maksud kunci-kunci yang tidak kelihatan (ghaib) untuk membuka simbol-simbolnya iaitu yang diberi maksud oleh waliNya (Yusuf) untuk menyingkap rahsia-rahsianya. Ini cukup bagi mereka yang mempertimbangkan untuk mengenali kebenaran dan ahlinya. Kita memohon kepada Allah untuk memberi hidayah kepada semua orang yang mahukan bimbingan.[1]

Selain itu, pada hadits itu terdapat petunjuk yang lain bahawa Imam (as) menghuraikan pemdapat dalam perkara ini bertentangan dengan apa yang dibawa oleh para Nasibi yang mengada-adakannya terhadap Allah dan Rasul-Nya, dan masalah ini tidak tersembunyi pada sesiapa yang mengikuti sejarah, maka mungkin bagi mereka yang ingin mengetahui kebenaran, dan hakikatnya mereka akan mengetahuinya, walaupun setakat ini jauh untuk menghuraikannya selepas semuanya hampir dengan mereka.

Dari riwayat yang dibawa kita dapat membuat kesimpulan bahawa hujah atau kenyataan rukya dalam perundangan, tetapi dengan syarat bahawa ia diakui oleh Al-Maksum, Bagi menjadi panduan untuk mengenal Al-Hujah yang maksum, ia adalah hujah dan dalil yang sempurna.

Dari Suwaid Al-Qalanusi, dari Bashir, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Aku berkata kepadanya: Aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan memberitahumu: Pertempuran bersama dengan selain Imam untuk wajib mentaatinya adalah haram dan seperti memakan bangkai, darah dan babi, aku berkata pada diriku: Ya, ia adalah seperti itu, Lalu Abu 'Abdillah berkata: ia adalah seperti itu, ia adalah seperti itu [2]

Di sini Imam (as) mengakui rukya untuk pemiliknya tidak mengatakan kepadanya bahawa Agama Allah lebih mulia dari apa yang dilihat ketika tidur.


✡✡✡✡✡
*

--------------------
1- Adalah perlu diberi perhatian kepada kalimah ini bahawa Ahl Al-Bait tidak bertujuan untuk menjadikan rukya manusia salah satu cara untuk mensyariatkan aqidah atau fiqah; kerana dalam perkara ini Allah telah melantik ahlinya, mereka adalah para hujajNya (hujah-hujah) atas penciptaan-Nya pada setiap zaman, tetapi tujuannya adalah bahawa rukya yang benar sebagai panduan untuk meneliti keabsahan kebenaran, antara yang di sekelilingnya yang menyerupai dia secara dusta dan palsu, atau petunjuk kepada hujah Allah atau pengesahannya, apabila terdapat kesamaran atau keraguan, seperti yang berlaku dalam dakwah-dakwah para nabi, rasul-rasul dan imam-imam.
Kerana undang-undang bermakna membawa sesuatu atau mempengaruhi atau pengisytiharan;... dengan pertimbangan sebelum wujudannya penghakiman syar’ei,, manakala meneliti keabsahan kebenaran dan petunjuk-petunjuk, bermakna bahawa keabsahan wujud dan disahkan iaitu oleh penggubal undang-undang atau dikatakan yang dilantik atau yang diutus sebagai para hujaj (hujah-hujah) Allah, dan menjadikan rukya saksi kepada mereka dan panduan kepada mereka dan meneliti mereka.
2. Al-Kafi – J 5 hal 27


✡✡✡✡✡
                                              
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas




No comments:

Post a Comment